Kena cepat kejutkan diri supaya wake up..jangan melayan rasa sedih terlalu lama...badan jadi lemah dan otak tidak produktif nanti...wake up!
Apa2 jua punca yang menyebabkan kita sedih..jangan biaRkan ianya terlalu lama berada dalam diri. Sedih itu akan "membunuh" kebahagian kita. Jadi jangan biar ia lama2 dlm diri.
Cari punca mengapa kita sedih. Jika boleh settle, maka settlekan..jika tidak mampu settle, lepaskan saja...jgn prolong dalam diri kerana rasa sedih itu memusnahkan perkara yang lain. Doa pada Allah selalu.
Ingat! rasa sedih, bahagia, suka dan duka itu adalah milik Allah. Allah mengizinkan ia berlaku kepada kita..jangan rasa down, sebaliknya fikir dari sudut positif...pasti ada hikmah Allah mengapa kita diberikan rasa sedih itu. Jangan berlawan dengan takdir Allah...terima dengan redha dan ikhlas...insyaAllah rasa tenang akan mengambil tempat dan mengisi ruang kosong dalam diri kita.
Sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Ingat, setiap sesuatu itu tidak kan mungkin kekal lama...ianya come and go dalam hidup kita. Rasa yang kita lalui itu adalah hasil drpd bagaimana kita berfikir tentangnya. Fikiran kita yang menguasai diri kita, jadi mengapa kita memilih rasa yang membuat kita berduka...pilih la yang membuat kita gembira...
Jom latih diri kita untuk memikir perkara yang membahagiakan. Let go rasa yang membuat kita rasa terluka...
RZH.
Comments
Post a Comment