Skip to main content

Belajar Untuk Tidak Ambil Peduli...

Semalam mendengar satu perkongsian di tik tok ttg " Belajar untuk tidak ambil peduli"

Katanya, kita perlu belajar untuk tidak ambil peduli, tidak ambil kisah dan tidak ambil cakna, buat tidak tahu, ignore atas satu2 perkara jika hati kita terus-terusan disakiti.

Tidak perlu untuk kita ambil peduli apa jua perkara yang membuatkan hati kita sakit. Lepaskan dari radar kita. Just ignore!

Jika berulang kali orang buat acuh tak acuh dengan kita...tidak langsung nampak ingin menjaga hati kita...setiap kali bertanya takkan mungkin ada jawapan...buat menambah rasa sakit kita...makanya ambil pendekatan tak perlu sibuk nak bertanya why begitu why begini. Biar la guruh, ribut petir dan halilintar sekali pun..tidak usah bertanya apa2, belajar untuk tidak perlu hiraukan. Kita anggap dia nak begitu kan..maka kita beri seperti yang dia nak. Jika dia nak kita berubah spt dulu, maka dia perlu belajar untuk berubah dulu. Jangan pula dia nak kita mengambil berat semua perkara tentang dia, tapi sebaliknya yang berkaitan dengan kita dia tak ambil kisahpun, itu tak adil namanya. 

Hidup ini sangat simple. Orang beri kita 10 sen kita beri 10 sen...tapi kalau orang sentiasa konsisten beri kita 10 sen tanpa ada pasang surut dan dia selalu menunjukkan dia perlukan kita...maka kita boleh beri dia lebih dari apa yang dia beri...

Justeru, jangan pening2 jangan stress2 dan jangan penatkan dan semakkan minda kita. Ambil konsep "kita buat dia dan bukan dia buat kita". InsyaAllah semua akan okey.

Jika orang tak suka kita...so biar dia pergi..jgn tahan dan jangan kita terhegeh-hegeh. Jika dia betul2 perlukan kita, dia akan kembali kpd kita, tapi jika mmg betul dia tidak perlukan kita...tak perlu kita buang masa kita untuk orang mcm ni. Redha dan terima takdir...pasti ada hikmah Allah. Yakin di situ.

Salam santai,

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...