Skip to main content

Kesabaran Yang Semakin Menipis & Hati Mula Tawar...

Rasa itu penting...detik hati itu juga ada kebenarannya.

Kadang2 kita boleh merasakan bila diri kita menjadi tidak penting lagi.

Bertindak dengan bijak supaya perasaan kecil hati dan terluka tidak menjadi lama terbuku dalam hati. Jangan terlalu mengikut rasa. Hidup ini perlu diraikan.

Straight forward saja..bila diri sudah tidak penting dan tidak lagi menjadi keutamaan pada seseorang...jalan terbaik adalah berlalu pergi.

Bagaimana kita nak tahu kita ini penting atau tidak?

Beberapa perkongsian di tik tok menyentuh tentang sikap seseorang terhadap komunikasi di wasap di mana bila dia tidak lagi menghargai, dia akan sentiasa menipu tentang status whatsApp nya yang memanjang online..jawapan standard adalah:

WhatsApp sentiasa online tu sebab lupa tutup, sebab sedang tengok status, dan sebab sdg tgok group. Tapi hakikatnya, online tu sebenarnya sebab dia sdg berwasap dgn seseorang yang lain yang dia anggap lebih penting daripada kita...atau bervideo call dalam tempoh tertentu. Bila bervideo call, mesej masukpun  tidak akan dijawab sebab mesej tu tak disedari pun masuk. Jika bervideo call setengah jam, maka setengah jam la juga mesej tidak dijawab...jika satu jam, maka satu jam lah juga ianya tidak dijawab. Kalau jawab pun dgn sending sticker saja.

Bayangkan betapa remuk hati orang yang menunggu balasan wasap tu. Wasap sdg online tapi tak chat dengan kita dan tak reply pun mesej kita. Dia just ignore mesej kita sbb dia tidak merasa perlupun untuk menjaga hati kita. So, mengapa kita perlu tunggu lagi...jgn sakiti hati kita hanya kerana kita sayangkan dia.

Jika seseorang itu sanggup membiarkan mesej kita tidak dijawab hingga berjam-jam, maksudnya kita tak penting pada dia...dia tak kisahpun tentang perasaan kita..dia tak rasa penting pun untuk menjaga hati kita...dia lebih mengutamakan apa yang dia nak utamakan dan kita bukan keutamaan dia untuk dia nak jaga hati kita...

Jika keadaan ini sudah banyak kali berlaku..usahlah membendung rasa sakit hati yang terlalu lama. Jangan terlalu lama menahan rasa...makan dalam sakitnya. Berlalu saja daripada kehidupan yang buat kita rasa sedih dan kecewa. Hati juga mungkin tanpa sedar akan menjadi tawar sebab sudah sangat penat menahan diri, penat menahan sabar, dan penat memendam di hati dan menelan segalanya...bersabar juga ada limitnya...kerana lama2 nanti hati kita semakin sakit dan semakin remuk. Sakitnya nanti terlalu dalam kerana ianya berulang2 dan kita juga sudah sgt penat.

Kesimpulan ringkas, jika kita tidak lagi penting dalam hidup seseorang...jangan tunggu lagi...berlalu lah...ingat selalu yang kita tidak boleh memaksa orang untuk menyayangi kita atau mengutamakan kita sebaliknya kita boleh memaksa hati kita untuk keluar daripada radar itu dan cuba melupakan. Setiap orang ada sebab dan justifikasi mereka tersendiri, kita belajar untuk terima realiti dan hormati pilihan orang walau sekalipun kita sangat menyayangi. 

Sekadar perkongsian santai...

RZH




Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe