Menyumbang dengan ikhlas.
Apa jua bentuk sumbangan, kepakaran, idea dan pemikiran adalah harta intelektual.
Justeru, sumbang dan terus sumbang dengan ikhlas. Apakah konsep ikhlas tu? Menyumbang tanpa mengharapkan dan memikirkan apa jua balasan. Tapi sentiasa memikirkan untuk sebuah kebaikan.
Soal timbal balas jangan masuk dalam kamus diri. Soal itu soal Allah. Soal kita adalah sentiasa ikhlaskan diri dan niat apa jua yang kita sumbangkan itu kerana Allah. MasyaAllah...semoga kita terus istiqomah. Jika sesuatu itu kita niatkan kerana Allah...nikmatnya luar biasa.
Bila nak menyumbangkan kepakaran, idea, dan kemahiran...jangan kita fikir pengiktirafan atau ucapan terima kasih dan penghargaan orang pada kita..jangan!
Sebaliknya fikirkan bahawa itu adalah amal jariah kita yang mana pahalanya akan mengalir secara berterusan. Di alam sana nanti, amal jariah kita akan menemani kita..MasyaAllah...
Sekadar peringatan kepada diri...KERJA KERANA ALLAH...jangan terpesong niat..walau sejuta dugaan yang datang. Istiqomah!
Ingat..populariti, kuasa, nama dan pangkat itu hanya urusan dunia...usah mengejar urusan dunia sehingga kita mengabaikan urusan akhirat...gagal membezakan buruk dan baiknya adalah sesuatu yang akan dihitung di sana kelak.
Celoteh malam,
RZH
Comments
Post a Comment