Skip to main content

Al-Kisah Pisang Sedekah Menjadi Menu Istimewa Jepput Pise...

Dua tiga hari lepas balik drpd ofis seperti biasa agak kepenatan dan agak lewat sampai rumah. Sampai depan rumah tengok ada barang dalam plastik disangkutkan ke pagar. Seikat pisang di dalamnya...dah tak tahu pula nama pisang ni...agak besar dan panjang2..bukan pisang tanduk, bukan pisang Raja tapi tak tahu pisang apa..selalu juga jumpa pisang ni tapi tak tahu nama. Ia mirip bentuk pisang nangka.

Dalam hati berbisik..Allahu siapalah pula pemberinya kali ini. Selalu juga ada org sedekah barang makan seperti pisang dan rambutan juga pulut kuning dan beberapa lagi..selalunya disangkut di pagar..mungkin bila dipanggil tak ada org di rumah atau panggilan tidak didengar dari dalam rumah. 

Saya terus mendoakan kebaikan jua buat individu atau jiran yang memberi dan bersedekah ini. Moga dimurahkah rezekinya dan dikabulkan Allah apa jua doa dan niatnya dalam memberikan sedekah ini. Diberi keberkatan dan rahmat berpanjangan oleh Allah. Amiin YRA

Setelah dua tiga hari pisang ni diletakkan di atas meja, maka hari ni berjumpa weekend, makanya pisang ni saya transform kan kepada menu istimewa, menu yang sangat disukai oleh saya dan seisi keluarga iaitu cekodok pisang atau ore kelate panggil sebagai jepput pise...ada sabdu cket bila menyebutnya..hehe.

Pisang yang lima biji ni saya guna dua biji saja unk buat jepput..ada tiga biji lagi tak tahu lagi nok buat gapo..pise makin lebu (meranum), sehari dua saja lagi boleh bertahan. Makanya perlu cepat2 fikir la nok buak gapo pulokss.. 

Makanya menjadilah hidangan jepput. Sangat sedap pise ni dibuat jepput. Mungkin sebab pisang dah masak meranum, bila dilenyek tu elok aje lembutnya...masuk tepung, gula dan sedikit garam, juga sedikit saja air dlm 10ml saja.

Jepput ni saya ada sukatan standardnya untuk saya pastikan jepput ni tidak tersalah keras...buat jepput ni mesti kena lembut dan tidak berminyak dan melekat di kuali selepas digoreng. Walaupun dilihat mudah tapi perlu ada skill nya untuk buat adunan dan cara nak balik2kan jepput ni masa digoreng sbb adunannya lembik..tersalah balik mmg akan ia akan pecah drpd bentuknya tu dan pasti akan melekat di kuali.

Sukatan saya seperti berikut:

Satu biji pisang (saiz standard mcm pisang awak atau pisang abu) bersamaan dengan satu sudu besar tepung. Manakala gula pula bersamaan satu sudu besar unk dua biji pisang. Jadinya bila saya buat 3 biji pisang saiz panjang (mewakili dua biji pisang abu), saya masukkan 6 sudu besar tepung dan diekstrakan dua sudu besar lagi, juga tiga sudu besar gula (tidak merumbu, hanya separas sudu tu saja). Gulanya jgn terlebih sebab nanti adunan melekat di kuali pula semasa goreng. Jika terkurang pula, dah tawar la pulok jepput kita. Caranya..lenyekkan pisang dan gula juga sedikit garam hingga hancur dan sebati dulu. Then blh masuk tepung. Agak2 adunan ya..jika adunan nampak lembik..blh tambah sedikit lagi tepung.

Masa nak goreng tu, pastikan minyak dah panas..jika minyak tak panas nanti adunan ni akan melekat di kuali dan bentuk jepput yang bulat tu kan pecah dan melekat di kuali...dah jadi huru hara pula bentuknya dan buat kita stress nanti tgok "kehancuran" jepput dale kuali.. Hehe

Makanya done hasilnya...


Alhamdulillah.

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...