Skip to main content

Al-Kisah Sekeping Cermin...

Bercakap tentang cermin...semua orang mesti kebanyakannya suka guna cermin untuk pelbagai kegunaan. Kebanyakannya adalah untuk menyiapkan diri dan bertata hias. Cermin ni banyak jenis kategorinya, sama ada kecil atau besar, pegang di tangan ataupun melekat di dinding.

Cermin ni sifatnya memantulkan kembali objek di depannya seperti nyata yang ada pada objek itu. Cermin ini akan memaparkan dan menayangkan segalanya yang ada pada objek di depannya daripada sekecil2 benda sehinggalah ke sebesar2 benda pada objek itu. Syaratnya objek tu mestilah saiznya lebih kecil daripada cermin tu...cermin ni sifatnya jujur dan tidak pandai menipu.

Perlukah cermin ni dalam hidup kita?

Ya, sangat perlu sebenarnya untuk kita cermin diri supaya kita dapat lihat diri kita di dalamnya. Jika baju senget boleh dibetulkan, jika tudung sengetpun boleh dibetulkan, malah jika baju atau seluar koyak juga kita boleh nampak. Apa juga keburukan dan kelebihan pada diri kita akan kita nampak dan boleh tambahbaik di mana yang perlu dan sesuai. 

Ada orang suka berhias lama2 di cermin sehingga berjam2 dan ada orang juga tak suka dengan cermin. Bila kita tak suka cermin diri, maka kita tidak akan nampak sebarang bentuk kekurangan pada diri kita...kita akan perasan yang pakaian yang kita pakai tu bagus, make-up kita cantik dan sebagainya lagi, sedangkan hakikatnya kita tidak tahu bahawa pakaian kita tu senget dan koyak sana sini...kita tak sedarpun dan dalam masa yang sama tiada pula orang yang memberitahu kita bahawa ada yang kurang dengan kita...maka selamanya lah kita perasan yang kita sangat outstanding.

Justeru, sangat penting untuk kita cermin diri supaya kita boleh nampak semua pantulan diri kita di cermin tu. Sedar diri di mana kita dan tambah baik di mana yang perlu jika kita ingin dilihat baik dalam segala segi sama ada pemakaian, pembawaan diri dan cara kita bertata hias.

Simpan elok2 cermin itu bagi tujuan kita melihat ke dalam diri sendiri melalui pantulan cermin.  Sentiasa lihat diri kita di cermin..dalam erti kata lain cermin diri selalu untuk kita persiapkan diri dan meyakinkan orang yang melihat kita. Makanya key word penting di sini adalah "Cermin Diri" bagi tujuan mengetahui bagaimana diri kita di pantulan cermin tu...tengok dan renung betul2 bagaimana kita dan muhasabah seketika apa yang kita dpt hasil daripada pantulan cermin itu...

Suka-suka menulis saja.

#memangperlucerminformakeup

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe