Skip to main content

Sakit Itu Nikmat Tersembunyi...

Sakit yang Allah datangkan pada kita adalah suatu nikmat yang perlu kita syukuri. Bila dtg sakit, jangan kita bersedih atau kecewa. Sakit itu anugerah sebenarnya.

Mindset kita perlu ditukar. Mindset sakit itu adalah kesedihan perlu ditukar kepada kebahagiaan. Bahagia kerana Allah memilih kita untuk diberikan kesakitan. Dengan sakit yang kita rasai, akan memberikan kita sebuah keinsafan bahawa hidup itu sementara dan hidup ini ada naik turun dan pasang surutnya. Kerana itu kita akan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang baik.

Kesakitan akan mengajar manusia dengan banyak perkara. Rasa sakit yang dilalui akan menjadikan manusia sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, menginsafi diri, dan tawar kepada tuntutan kehendak dunia yang berlebih-lebihan.

Bila didatangi kesakitan, usah bersedih sebaliknya ubah pemikiran kepada yang lebih membahagiakan. Buang perasaan was2 dalam diri sebaliknya meyakini bahawa sakit itu akan baik.

Sakit itu bukan pengakhiran kepada segala-galanya. Justeru, jangan menjadikan sakit kita itu sebagai penghalang untuk kita berkreativiti dalam pelbagai cara yang kita sukai..

InsyaAllah pemikiran yang sentiasa positif, emosi yang sentiasa stabil dan rasa bahagia yang berpanjangan akan menjadikan kita sentiasa sihat. Ubah mindset dan ubah perilaku. Hasilnya pasti lumayan!

Salam Hormat,

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...