Skip to main content

Fahami Ujub Dalam Diri...

Ujub adalah suatu rasa yg hadir dalam diri seseorang tanpa orang lain mengetahuinya. Bila terdetik satu rasa bangga dan rasa diri hebat berbanding orang lain, maka itulah dinamakan ujub. Ujub ini adalah riak yang tidak nampak. Allahu...

Abdullah Ibn Al-Mubarak ketika ditanya tentang ujub atau bangga diri, beliau menjawab "engkau melihat di dalam dirimu sesuatu yang tidak ada pada diri orang lain.

Bisyr bin Al-Harith Al-Hafi menyebut " Ujub itu ialah engkau merasa memiliki amal yang banyak dan menganggap amal orang lain sedikit.

Imam Ghazali berkata, ujub ertinya mengagungkan diri atau menganggap agung amal yang dilakukan. Contohnya, dengan mengatakan " Akulah orang paling soleh, tidak ada orang yang melebihi kesolehanku".

Rasa ujub ini perlu disingkirkan daripada hadir dalam diri kita kerana ia boleh membawa kepada perasaan lain yang lebih besar, iaitu riak dan akhirnya takabur yang sangat dimurkai Allah.

Dunia akhir zaman ini membawa manusia kepada pelbagai situasi yang membawa kepada hadirnya rasa ujub dalam diri tanpa sedar. Sebagai contoh, banyak status yang dibuat di media sosial yang boleh mengelirukan dan mendatangkan salah tafsir orang lain. Perkongsian yang dibuat mungkin dengan niat dan mungkin tanpa niat.

Hanya tuan empunya badan yang tahu niat di hatinya semasa menulis satu-satu status atau perkongsian. Cumanya, bagi mengelakkan sebarang salah tafsir atau hadir satu rasa bangga dalam diri, elakkan lah menulis sesuatu yang boleh mengundang pujian, tahniah dan syabas daripada kenalan muka buku kita kerana bimbang hati kita tidak kuat untuk mengelak daripada pelbagai bentuk perasaan yang hadir.

Dalam masa yang sama elakkan lah berkongsi tentang kejayaan dan kecemerlangan kita, kejayaan suami dan anak-anak, berkongsi gambar rumah atau halaman rumah yang besar dan cantik, gambar dalaman rumah yang menampakkan deco dan perabut yang mewah, menayang gambar streng kereta yang terpapar brand atau logo kereta,  menayangkan gambar berlatar belakangkan kereta mewah atau kereta besar, gambar percutian yang mewah, gambar tempat makan yang mahal dan sebagainya lagi yang boleh mengundang pelbagai persepsi dan risau turut mengundang rasa ujub hadir dalam diri tanpa sedar. Sesekali tanya kepada diri mengapa kita perlu berkongsi semua itu..untuk apa sebenarnya...

Formulanya sangat mudah untuk kita menghindari semua ini. Dengan kita sentiasa ingat bahawa segala nikmat yang Allah berikan kepada kita itu adalah untuk kita mensyukurinya dan dalam masa yang sama untuk kita terus berusaha meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya. Segala nikmat ini bukan untuk ditayang bagi meraih like, komen dan ucapan tahniah serta puji-pujian. InsyaAllah hati kita dijaga daripada cenderung untuk membuat perkongsian tanpa batasan.

Berdoa selalu agar kita dilindungi Allah daripada menjadi seorang yang suka menagih perhatian dan suka kepada puji-pujian. Sebagai manusia kadang2 kita cepat lupa. Sekurang2nya doa secara istiqomah boleh mengejutkan kembali kita daripada kelalaian dan kealpaan berpanjangan.

Sama-sama kita. InsyaAllah.


Salam Hormat.

RZH









Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe