Skip to main content

Masa Beralih Lagi... 2022 Mendatangi

Masa beralih lagi...

Di awal pagi hari pertama memasuki 2022 menitipkan sesuatu tentang masa.

Pagi ini 1 Januari 2022 mengambil peluang menulis dan tulisan ini adalah sebagai pembuka bicara memasuki hari pertama tahun 2022...tahun masihi yang menjadi kiraan dan rujukan masa di alam dunia.

Jika ditanya kepada diri, serasa baru semalam berada di tahun 2021. Rupanya telah 365 hari berlalu. Pantas sungguh. Tidak terasa lamanya...sedar-sedar awal pagi ini sudah memasuki 2022. Sudah pasti terlalu banyak kisah suka duka yang dilalui sepanjang 365 hari yang telah dilewati. Semuanya kekal di lipatan hati. Yang manis dan indah bawalah bersama sebagai pemangkin semangat di tahun 2022, manakala yang pahit dan pedih tinggalkan saja biar hilang ditelan masa. 

Kini, 365 hari bakal dilalui lagi..sudah pasti tempohnya sesingkat 2021 yang berlalu...dan nanti tanpa sedar 2023 mengambil tempat pula. Begitu la seterusnya masa beredar sehinggalah kita meninggalkan dunia yang fana ini...Allahuakbar...

Sekadar mengingatkan diri, bila berganjaknya tahun ke satu tangga lagi, maka usia kita juga turut berganjak satu anak tangga lagi. Jangan biarkan usia kita berganjak secara sia-sia. Renunglah kepada diri masing-masing sudah berapakah angka usia kita sekarang. Adakah di 20-an, 30-an, 40-an, 50-an, 60-an, 70-an, 80-an, 90-an sehinggalah seterusnya mengikut turutan sekiranya masih kita dipanjangkan umur oleh Allah.

Apa agaknya pengajaran dan iktibar yang boleh kita ambil daripada masa yang beralih tahun demi tahun dan usia kita juga semakin bertambah dari tahun ke tahun sehingga membawa kepada angka yang semakin banyak. Apakah maksudnya dengan angka yang semakin banyak atau semakin besar ini? Adakah kita hanya tahu menyebut dan melihat jumlah angka itu tanpa sedikitpun terasa sesuatu dan mengambil iktibar daripadanya.

Ya, kita perlu merasa sesuatu dengan angka atau nombor yang semakin tinggi atau semakin besar ini. Nombor yang semakin besar menunjukkan usia kita yang semakin meningkat dan semakin menghampiri tua dan kita semakin meninggalkan waktu muda. Usah sebut lagi zaman kanak-kanak, sudah sememangnya telah berpuluh tahun ditinggalkan. Mungkin ada kini yang memasuki alam remaja atau alam dewasa dan sudah pasti ramai juga yang memasuki gerbang usia tua. Jika sudah lima series tu makanya usia itu sudah dikategorikan dalam usia tua. Bila dalam usia menghampiri tua ni, banyak perkara yang perlu ditinggalkan supaya kita tidak terus dilalaikan dengan duniawi semata-mata

Setiap kali beralih tahun dan berganjak usia, tanya pada diri kita apakah halatuju kita dan apakah yang kita mahu sebenarnya. Jika jawapannya masih lagi berkait dengan kebendaan dan keduniaan, maka kita sebenarnya masih masih sayangkan dunia dan dalam erti kata lain masih "lalai"...kita masih lagi merasakan kehidupan ini adalah tempat untuk bergembira semata-mata tanpa kita sedar hari tua sudahpun tiba. Bila hari tua telah tiba...masa untuk dijemput juga sudah semakin hampir. Tanya diri, apakah persiapan dan persediaan kita untuk kembali kepada Pencipta dan meneruskan kehidupan dalam fasa berikutnya?

Apa agaknya halatuju kita dalam memasuki usia tua ini? Halatuju orang lima series ini seharusnya hanya satu saja, iaitu mendapat redha Allah atas apa jua yang dilakukan, diberikan kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah kepada Allah dan beroleh kebahagiaan dan keberkatan di dunia dan akhirat. Perkara2 yang berlebih-lebihan untuk dunia tu sudah slowly ditinggalkan. Jika di sini kita letak halatuju kita, insyaAllah kita tidak tersasar jauh daripada apa yang sepatutnya kita lakukan. Jika tersasar sekalipun, kita akan cepat-cepat tersedar dan kembali semula ke tracknya bila niat kita adalah kerana Allah.

Dalam usia ini, apakah agaknya yang kita mahukan? Sudah pasti kita hanya mahu kehidupan yang tenang-tenang saja dan diberikan Allah kesihatan yang baik. Kita tidak mahu lagi perkara-perkara yang kalut-kalut dan meresahkan diri, kita juga tidak mahu berada dalam kebimbangan dan keresahan. Justeru itu, kita akan seboleh mungkin cuba menghindari konflik, kejahatan dan menghindari diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Dalam usia begini, bawa-bawalah juga untuk tidak lagi merajakan dunia dalam apa jua bentuknya. Cukup-cukuplah...ingatkan diri selalu bahawa semua itu kita tidak boleh bawa bersama menjadi peneman di sana kelak. Hanya amalan kita saja yang kita akan bawa.  

Tambahan lagi dalam usia sebegini, sudah tiada kemampuan sebenarnya untuk kita ligat beraksi sebagaimana zaman muda-muda dulu. Semua kita dalam usia ini pastinya tahu dan sedar beberapa perubahan yang berlaku pada diri bila kita melewati usia sebegini. Allah sebenarnya secara perlahan-lahan menarik nikmat sihat dan kekuatan diri kita apabila kita semakin berusia supaya kita sedar bahawanya kita semakin dekat untuk kembali kepada-Nya.

Antara nikmat yang perlahan-lahan ditarik daripada kita adalah:

1. Kudrat diri yang semakin tidak kuat lagi.
2. Mata yang semakin kabur
3. Rambut yang semakin memutih
4. Gigi yang semakin rapuh dan tercabut
5. Tahap pendengaran telinga yang semakin kurang
6. Rasa cepat penat
7. Semakin mudah didatangi penyakit
8. Semakin pelupa/mudah lupa
9. Kecekapan Diri semakin kurang
10. Tulang, saraf dan sendi yang semakin tidak kuat
11. Percakapan banyak tersasul

Justeru, bila setiap kali masa beralih..renunglah kepada diri, muhasabah lah dan kenalpasti lopong-lopong yang perlu ditambahbaik. Buat penilaian kendiri atas apa yang telah dilalui sepanjang tahun yang telah berlalu. Buat pengukuran, adakah kita semakin baik atau sebaliknya. Jika sebaliknya, maka kita sebenarnya masih lagi seorang pencinta dunia yang tidak ingin melepaskan dunia ini pergi sedangkan hakikatnya sudah tidak lama masa yang tinggal untuk kita pergi meninggalkan dunia ini. 

Pesan pada diri selalu supaya jangan terlalu leka merasakan diri masih muda dan masih perlu Xplore banyak perkara lagi untuk kepuasan dunia...Allahuakbar....jika ini masih dalam pemikiran kita, maka bawalah hati kembali kepada Allah dan berdoalah agar Allah memberikan suatu rasa kepada kita yang mana rasa itu nanti akan mengingatkan kita bahawa dunia ini hanya sementara dan tiada apa yang perlu dikejar lagi melainkan Redha Allah jua sebagai bekalan kita menuju ke kampung abadi. 

Sekadar coretan mengingatkan diri pada awal tahun baharu ini. Semoga tulisan ini menjadi suatu peringatan kepada diri pada setiap masa dalam usia yang masih berbaki ini. Baki yang tinggal ini sebenarnya sudah sangat sedikit...bila-bila masa ajal Allah datang menjemput. Sama-sama kita memasuki gerbang 2022 ini dengan niat yang baik di jalan Allah dan semoga kita semua terus mendapat redha, rahmat dan keberkatan Allah di sepanjang 365 hari yang kita lalui dalam tahun ini. 

Semoga apa jua yang kita lakukan adalah dengan niat kerana Allah dan Allah terus mempermudahkan segala urusan kita dan sentiasa memberikan kesejahteraan dan perlindungan daripada segala malapetaka, kejahatan dan pancaroba dunia akhir zaman ini. InsyaAllah. Sama-sama kita mulakan dengan Bismillahirahmanirrahim untuk langkah permulaan kita memasuki 2022 ini...

Salam Hormat,
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe