Skip to main content

Lagi Tinggi Naik Lagi Kuat Terhempasnya...

Allahuakbar...
MasyaAllah...
Subhanallah...
Astagfirullahalazim...

Apa lagi yang nak disebut bila kata2 sudah tidak terluah tersekat di kerongkong, fikiran sudah tidak terjangkau dan rasa sudah tidak terucap...Makanya beristigfar dan terus beristigfar la...kerana tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan dan keizinan Allah. 

Benak, hati, dan rasa dikembalikan dan diserahkan seluruhnya kepada Allah kerana Dia tuhan yang satu yang memiliki seluruh kekuasaan dan kebesaran dalam cakerawala ini. Tiada daya upaya kami ya Allah...Engkau Maha Mengetahui rahsianya. Kami yakin dan tetap yakin. 

Jika ini rasa yang hadir maka hanya Allah jua tempat bergantung. Tiada lagi tempat pergantungan lain...

Allah Maha Berkuasa dan Maha Mentadbir segalanya. Dunia dan seluruh isi alam ini milik-Nya. Keseluruhan jalan cerita juga milik Allah. Allah Maha Mengetahui permulaan dan pengakhiran-Nya.

Sama ada baik atau buruk. Ianya milik Allah. Justeru yakinlah apa jua yang Allah susun pasti ada hikmah yang tersembunyi, pasti ada rahsia yang Allah hold dulu. Tiba ketika Allah keluarkan dan pertontonkan. 

Bagi yang menjadi mangsa, atau yang merasa kecewa dengan apa yang berlaku maka bersabar dan redha lah...laluinya dengan penuh ketabahan. Apa lagi yang mampu dilakukan selain daripada meyakini segala apa yang berlaku itu milik Allah...seluruh pergantungan hanya pada-Nya yang Berkuasa dan Maha Mentadbir jua. Maka hati kita akan tenang dan tidak merasa terkesan.

Bagi yang sedang bergembira dan bersorak dengan apa yang berlaku atas perbuatan yang dilakukan, maka ingatlah segala yang berlaku itu adalah dengan keizinan Allah jua dan bukan kerana hebat atau kebalnya diri. Jika baik maka insyaAllah dalam redha Allah dan barokah jua, namun jika jahat maka jangan lupa pembalasan Allah pasti datang, cuma masa saja yang menentukannya. Tibanya pasti! Segala yang jahat selalunya tidak bertahan lama.

Justeru dlm hidup ini jangan kita terlalu lalai dengan kehidupan, risau nanti kita lupa Allah sedang melihat...melihat apa jua perbuatan kita sama ada baik atau jahat dan setiap satu itu pasti ada pembalasannya. Jangan terlalu rasa selesa dengan apa jua "kejayaan palsu" yang kita miliki kerana nilainya terlalu murah dan tidak bermaruah...bila2 masa Allah boleh mengambilnya kembali...lagi tinggi naik lagi kuat terhempasnya...insyaAllah.

RZH






Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe