Skip to main content

Recharge Diri Di Hujung Minggu...

HUJUNG MINGGU KEMBALI LAGI
RECHARGE DIRI
anggerikdesa

Hujung minggu kembali lagi...ya sudah pasti seminggu sekali ia tetap akan kunjung tiba selagi dunia berputar pada paksinya.

Jangan lepaskan peluang bila setiap kali tiba hari minggu untuk recharge diri kita dengan apa jua yang kita suka kita minat. Buat apa yang kita suka dan kita minat ini akan mendatang rasa bahagia dan gembira..

Bila kita bahagia hati kita tenang dan berbunga2...'caj positif' memainkan peranan mengisi penuh semua rongga dalam tubuh badan kita (ibaratnya begitu)...

Justerunya fikiran kita juga tenang dan mudah dipandu untuk diri kita berfikir yang baik2 saja...membayangkan yang baik2 saja dan bersangka yang baik2 saja.

Bila fikiran kita fikir yang baik2 maka yang datang pun sudah pasti yang baik2 jua...benda yang baik2 akan melonjakkan lagi pemikiran kita ke arah yang lebih baik dan menjadikan kita tidak sempat dan tidak berminat untuk memikirkan perkara yang membuat fikiran kita "sesak" dan "semak" kerana bila fikiran sesak dan semak akan mencuri energi positif kita...

Jangan biarkan energi positif kita dicuri oleh perkara2 yang tidak mendatangkan faedah untuk kita fikir...sebaliknya kita banyakkan beristigfar andainya ada di celah celah ruang yang sempit itu benda negatif menyelinap masuk!

Bila caj positif mengisi penuh rongga dalam badan kita (ibarat kita pam angin ke tayar basikal masa zaman budak2 dulu), makanya tenaga dalam diri kita akan kembali penuh untuk kita guna lima hari berikutnya untuk aktiviti profesional (di tempat kerja) dan aktiviti peribadi jua (di rumah)...

Begitu la seterusnya keadaan ini akan bersilih ganti hadir dalam hidup kita sehingga tiba saat kita kembali ke "sana"...semoga kita semua terus mendapat Husnul Khotimah daripada Allah...aamiin.

RZH
15 Ogos 2020

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...