Skip to main content

Cermin Diri...


Sesekali merenung ke dalam diri...apa agaknya yang kita lihat pada diri kita...bila melihat kepada diri sendiri analoginya seakan kita meletakkan cermin besar di depan kita agar kita boleh nampak segenap segi yang ada pada diri kita.

Cari lah sesuatu yang boleh kita tambah baik dan betulkan agar kehidupan kita terus dalam redha Allah.

Bila melihat kepada diri dalam erti kata melihat dari pandangan mata hati terlalu banyak sebenarnya kepincangan yang ada...makanya perbetulkan lah. Kalau tidak kita betulkan sekarang bila agaknya lagi kita nak betulkan...ada jaminan kah kita tidak dijemput dalam masa terdekat!

Mengapa perlu kita bertangguh untuk menuju redha Allah...ya memang berat untuk mengubah sesuatu yang kita telah "selesa" dengannya. Tapi kalau yang "selesa" itu tidak wajar untuk diteruskan...maka tamatkanlah...berikan noktah untuknya.

Meninggalkan benda yang kita "sayang" dan kita "cukup selesa" adalah suatu perkara yang sangat sukar untuk dilakukan...namun demi redha Allah...demi kebaikan secara holistik...berikanlah penamat. Itulah namanya pengorbanan...dalam hidup ini memang kita perlu berkorban demi kehidupan yang lebih barokah.

Istiqomah lah kepada keinginan untuk berubah ini...dalam satu sesi perkongsian yang dihadiri, kata "guru" ada dua perkara yang perlu kita ada sekiranya kita ingin berubah. Satunya adalah kita mesti ada sikap "I want it", dan keduanya kita mestilah susulkan dengan "I must do it".

Makanya....tepuk dada tanya selera!
Ingatkan diri sentiasa bahawa perubahan ke arah kebaikan itu memang perlukan pengorbanan dan kekuatan hati...jangan ikut hati dan perasaan kita sahaja sedangkan kita tahu apa yang kita pertahankan itu strictly adalah salah...makanya just do it!

Terus berdoa dan istiqomah...



Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...