Skip to main content

Butter Cake RZH...

Hari ni ada masa sikit, makanya membaking. Lama tak buat butter cake..teringat nak mkn dah byk hari...jadinya kebetulan ada masa..terus on.

Jom kita terus ke bahan2 dan cara membuatnya.

Bahan2:

1. Tepung kek naik sendiri 2 cawan
2. Butter 1 buku (250gm)
3. Telur Gred A 4 biji
4. Ovelette satu sudu besar
5. Gula halus 1 cawan
6. Susu cair 1/2 atau 3/4 cawan blh ganti dgn susu tepung...tapi pada saya guna susu cair lebih sedap. Kalau lebih susu, tambah tepung cket..
7. Susu pekat manis 3 sudu besar

Cara-cara:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang dalam 10-15 minit. Jangan lama sangat.

2. Masukkan susu pekat manis. Kemudian, masukkan esen vanila dan ovelette. Putar sekejap dlm dua minit.

3. Masuk telur satu persatu...setiap kali masuk satu telur, putar adunan dlm satu minit, sehinggalah selesai 4 biji telur dimasukkan.

4. Masukkan tepung yang telah diayak. Masuk sedikit2 berselang seli dengan susu. Saya buat tiga kali masuk.

5. Kaup balik adunan sehingga sebati dlm tiga empat minit.

6. Masukkan adunan dlm loyang pembakar dgn loyang disapu butter dan dialas terlebih dahulu.

7. Bakar dgn suhu 160 C selama 40 minit. Bergantung kpd jenis oven masing2.

Hasilnya memang wowww...bagi yang suka butter cake...boleh cuba resepi ni.

Selamat mencuba!



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe