Skip to main content

Unsur Alam Di Dalam Bandar...



Bersama Pengerusi ALK, Setiausaha ALK dan Ahli Lembaga Koperasi Unikeb, juga pegawai pengurusan Unikeb hari ni saya ke Majlis Perasmian Countdown Halatuju Koperasi Kebangsaan selepas 100 Tahun dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bertempat di Tamarind Square, Cyberjaya.

Semua ALK dan perwakilan koperasi daripada seluruh Msia dijemput untuk hadir di majlis ini...Allahuakbar ramainya "lautan manusia"...

Peluang baharu buat saya dalam pendedahan diri kepada dunia bisnes, meningkatkan jaringan, dan mempelajari ilmu baharu...

Kali pertama sebenarnya saya menjejakkan kaki ke Tamarind Square, Cyberjaya. Ia baharu saja dibuka sebenarnya, mungkin dalam setahun rasanya.

Apa yang menarik perhatian saya di sini adalah konsep binaannya yang berkonsepkan bandar di dalam taman...urban industrial concept...lebih kepada green infrastructure.

Suatu sudut di Tamarind Square, Cyberjaya yang mencuri pandangan dan menarik perhatian saya seperti gambar yang saya masukkan di atas.

"Cantik"...bisik hati saya.

Puan Omi dah beberapa langkah meninggalkan saya di depan, tapi saya masih berjalan perlahan melihat ke arah kolam kecil ini...dgn pantas snapped gambar dari kamera telefon bimbit yang memang dah dipegang di tangan sejak tadi.

Macam2 fenomena alam yang cantik ada di sini rupanya..tak sempat untuk semuanya saya nak snapped gambar....mana yang sempat saja ni...kalau tidak kerana hadir atas urusan ini sudah pasti saya tidak tahu tentang kewujudan tempat ini...dalam hati berbisik "memang kena dtg nanti dgn famili atau geng untuk explore lebih lagi"...hehe.

Berbalik kepada kolam kecil di atas,  cantiknya tu bukan kerana kolam dan kiambangnya semata2...tapi kecantikan dan keunikannya yang tersendiri...rekabentuk dan binaan kolam kecil ini berada di susur laluan di gedung Tamarind Square yang sgt besar itu...juga daun2 hijau yang berjuntaian....


Aduhh macam2 binaan menarik yang direkabentuk di dalam Tamarind Square ni..tapi yang banyak menarik perhatian saya adalah unsur2 alam semulajadi yang diterapkan dalam "bandar kecil ini"...berkonsepkan "Urban Industrial Concept" kata kawan saya seorang pakar dalam bab2 design dalam pembinaan.

Sekadar perkongsian cuma.

Salam Hormat
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...