Skip to main content

Cerita Di Sebalik Nilai 20 Sen...

Saya nak berkongsi tentang cerita di sebalik nilai 20 sen. Mungkin masing2 mempunyai pandangan tersendiri mengenainya...sekadar menitipkan untuk kita dapat renungi bersama...

Semalam saya singgah di satu kedai di kawasan saya tinggal. Semasa berbaris untuk membayar di kaunter, secara terus terang saya sangat tidak selesa dgn drama yang sedang berlaku depan saya...kalau perasaan tak sabar tiada dlm diri...hmmm mau juga mulut ini menuturkan sesuatu...tapi saya diamkan saja.

Seorang pelanggan tu bersikap agak sombong dan sarkastik dengan adik juru kaunter kedai (rasa saya adik ni dalam belasan tahun umurnya).

Perbualan yang sempat saya dengar:

Pelanggan: selepas membayar dan melangkah satu dua langkah berpaling semula dan memandang kepada juru kaunter sambil berkata "bukan tadi semua sekali RM23.20 ke, mengapa jadi RM23.40" muka pelanggan agak serius.

Adik Juru kaunter: ya kak, 20 sen lagi tu untuk plastik. Air muka sangat lembut terpamer di wajah adik juru kaunter ni.

Pelanggan: "saya dah ckp tadikan saya tak nak plastik" pelanggan membalas dengan muka agak marah.

Saya sempat pula melirik ke tangannya yang sedang memegang plastik yang berisi barangan yang dibeli. Dalam hati saya berbisik " lorr kalau tak mahu plastik, kenapa pula diambil plastik tu masa adik jurujual memberi tadi..siap dah isipun brg dlm tu, dan dah pegangpun..."

Raut wajah adik jurujual kelihatan agak serba salah...urusan bayaran kpd saya terhenti seketika...saya okey saja, sambil melihat "drama karakter manusia" yang sedang berlaku depan saya ni.

Kesian pula saya tengok raut wajah adik jurujual tu, nampak serba salah hanya kerana nilai 20 sen yang dirumitkan oleh pelanggan tadi...pelanggan tadi masih berdiri di situ...saya memang menunggu saja, kalau pelanggan tu agak berlebih, saya rasa macam saya akan mohon izin untuk bayarkan saja nilaian 20 sen tu daripada melihat "lelongan murah buruk laku seorang pelanggan yang langsung tidak berbaloi dengan nilai 20 sen"..malu ehh kita orang Melayu yang penuh dengan adab sopan dan nilai hidup bermasyarakat yang tinggi membawa perangai macam gitu.

Tapi, alhamdulillah Allah menyelamatkan saya dari campur tangan dalam cerita ini. Pelanggan itu dengan muka sombong terus berlalu melangkah pergi meninggalkan kedai sambil berkata "lain kali dengar betul2"...aduhhhh geram pulak hati saya bila melihat kesombongan tingkah pelanggan ini. Tanpa sedar pandangan mata saya mengekori pelanggan itu berjalan menuju ke keretanya...dalam hati saya berbisik "Allahuakbar...20 sen je kot sampai menggadai budi bahasa dan nilai dalam diri dan hubungan kemanusiaan"...

Mata saya kembali memandang ke wajah adik jurujual..air mukanya berubah...saya nampak dia macam nak menangis, tapi mungkin memikirkan masih ada dua orang pelanggan di depan kaunter, iaitu saya dan seorang pelanggan lagi...dia menahan tangisan.

Tiba2 keluar suara dari pelanggan sebelah saya yang dah selesai membayar cuma dia masih mengemaskan barangannya dalam plastik "kalau tak nak plastik, mengapa dikautnya barangan tu masuk dalam plastik tu..siap dah pegangpun plastik yang berisi barangan tu." Luah pelanggan itu dengan nada selamba...

Dalam hati saya juga berbisik perkara yang sama...awat diambil plastik tu kalau tak mahu..mungkin masa dia cakap dia tak mahu plastik, mungkin dalam kekalutan melayan pelanggan adik jurujual tu dengar mcm dia nak plastik, bila adik jurujual tu beri dan dia pula elok mengambil dan mengisi barang, of course la adik jurujual ingat dia nak la plastik tu...lorrrr tiba2 jadi isu pulak pasal plastik yang nilaiannya 20 sen saja.

Aduhaiii...hati anggerikdesa macam terkilan pulak rasa dengan gelagat orang sebegini...kita pulak yang rasa "bengkak menahan geram"...

Pengajaran yang dapat saya rumuskan dari cerita ini:

1. Janganlah kita berlagak sombong sangat dalam kehidupan harian kita ni...sentiasa ingat dalam hati, semuanya datang dari Allah...sekali Allah ingin mengambil semula daripada kita...Allah boleh lakukan..."Kun Fayaakun"

2. Jagalah adab dan budi pekerti kita. Janganlah menganggap orang lain tiada harga diri dan maruah sehingga boleh kita marah dan beri ingatan dalam nada marah sesuka hati kita.

3. Hormati lah semua orang sebagaimana kita ingin dihormati....Cuba bayangkan kalau anak kita yang diperlakukan begitu...bygkan susah payah adik jurujual tu bekerja untuk dirinya dan mungkin untuk keluarganya...
hormati danhargailah keihklasannya
untuk bekerja mencari rezeki yang halal....siapa pula kita yang ingin memarahi dan mengajarnya atas perkara yang bukan salah dia pun...kerana nilaian 20 sen pun sampai kita sanggup gadaikan suatu perilaku yang tidak sopan dan tidak beradab...

4. Dalam hidup ni jangan lah kita berkira sangat..nak berkirapun agak2 la...tengoklah juga merit kes..
Itupun belajarlah untuk menyelesaikannya dengan cara beradab dan penuh diplomasi. Apa salahnya kan...

Sekadar perkongsian jua...

Anggerikdesa
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe