Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Roti Jala Special





















Bertemu lagi kita di alam blog ini. Entri kali ini saya nak kongsikan resepi roti jala. Roti jala ni adalah sejenis makanan yang dibuat daripada gandum dan dimakan dengan gulai kari, kuzi, kuah manis, kuah durian dan sebagainya lagi. Saya biasanya akan makan dengan kari daging atau ayam, juga kuzi.

Tapi sebelum tu, saya nak kongsikan sedikit pengalaman dan nostalgia zaman saya remaja dulu. Famili belah umi saya ni kiranya terkenal dengan roti jala ni. Mak saudara saya belah umi, Che Tie, Che Zah, dan Che Lan memang sangat pakar dalam bab roti jala ni...siap pakar dengan gulai kuzinya sekali...memang sedap dan terbaik....seribu penghargaaan kepada adik-beradik umi yang pernah hadir dalam lakaran hidup saya...banyak memberikan pengalaman dan motivasi semasa saya masih di alam remaja. 

Bila ayah saya kawin dengan umi, masa tu umur saya 11 tahun. Maka saya mula mengenal rapat dan 'sehidup semati' dengan roti jala ni pada setiap musim hari raya. Dulu-dulu masa saya umur 14 tahun hingga sebelum saya masuk universiti, pada setiap hari raya memang saya akan 'tidur sebantal' dengan gandum la kiranya. Ini kerana umi saya meneruskan tradisinya mengambil tempahan roti jala daripada saper-saper yang nak menempah untuk dijadikan juadah hari raya ...makanya, bila bermula pengumuman mohor besar Raja-raja tentang tarikh hari raya yang akan jatuh pada esok hari, saya akan 'bersilat' dengan roti jala ni. Bermula jam 8.30 malam hinggalah ke pagi hari raya saya akan membuat roti jala menyiapkan tempahan orang yang berpuluh kilo, kebiasaannya satu atau dua guni gandum perlu dihabiskan (satu guni tu 25 kg)...pagi raya tu kiranya 'pening-pening lalat'...hehehe...namun itu semua pengalaman dan nostalgia yang cukup bermakna bagi saya..banyak mengajar saya erti segala-galanya.

Membuat roti jala ni tak susah sebenarnya. Cuma, perlu bertahan dengan kepenatan dan keletihan berdiri lama 'melira' roti jala ni sekeping demi sekeping. Selalunya saya guna dua dapur...jadi untuk satu-satu masa kita dapat 'melira' dua keping serentak. Namun, bila kita minat dan seronok membuatnya, masa berlalu tanpa kita sedari...rasa penat juga hilang....tahu-tahu dah habis bancuhan yang telah dibuat...

Jangan terkejut pula roti jala saya kat atas tu berwarna hijau pandan yer...itu pertama kali saya buat warna hijau, saja nak mencuba disebabkan faktor inovasi dan peredaran zaman beberapa perkara telah dimodenkan, termasuklah roti jala sekali..hehehe. Dulu-dulu, famili saya atau saper-saper yang buat roti jala, depa buat warna kuning raja saja, tak pernah buat warna pandan ni....Apapun warna kuning untuk roti jala tetap 'evergreen' dan tetap kekal indah selamanya...pilihan warna hijau ni saya buat hanya sekali sekala sahaja, sekadar memenuhi tuntutan 'kemodenan kuih-muih'...hahaha parokss..

Okey meh kita layan bagaimana penyediaannya. Sangat mudah dan tak banyak bahan digunakan..cepat untuk disediakan bahan2nya...cuma ambil masa lama untuk proses 'melira'nya. Melira ni bahasa Kelantan, maksudnya meletakkan adunan tu ke atas ceper dengan menggunakan acuan roti jala.


Bahan-bahan:

1. Gandum satu kg

2. Telur sebiji atau dua biji pun boleh

3. Margerin/butter 2 sudu besar

4. Susu cair satu senduk sederhana (susu cair ni kena jaga2, jangan bubuh lebih ya kerana nanti roti jala akan melekat pada ceper).

5. Garam satu sudu besar

6. Air agak2 ya..kepekatannya lebih kurang buat kuih cara. Jangan 'tercair' ya sebab nanti bila kita 'melira' ia jadi kasar-kasar. Roti jala yang cantik adalah yang 'dilira' halus-halus dia punya jala tu. Daripada tercair better terpekat ya...cuba dulu, kalau tak lancar adunan turun daripada acuannya, maka tambah la sedikit air. saya nak beri sukatan tepatpun tak dapat sebab selalunya taruk air dan sudah boleh agak kepekatan yang diperlukan. Mungkin boleh cuba setengah jug air dulu masa bancuhan awal.

7. Sesudu besar pewarna kuning (guna yang cecair dalam botol macam botol essence vanila ya, jangan guna yang serbuk, warnanya tak cantik untuk roti jala). Tapi yang ni sebab saya buat warna hijau, maka saya guna perahan air daun pandan, dan tambah sedikit warna hijau untuk serlahkan lagi kehijauannya.

8. Dua helai daun pandan dilipat dua, dan diikat dengan getah dihujung. Ini kita akan guna untuk sapukan minyak dan margerin di ceper.

9. Setengah mangkuk minyak masak, dan masukkan dua sudu besar margerin didalamnya. Tujuan minyak dan margerin ni untuk kita sapukan di ceper pada permulaan kita nak bakar roti jala tu, dan bila ceper dah proses membakar tu berlangsung, tak perlu sapu setiap kali nak melira yang baharu, memadai sesekali sahaja sapu di ceper. Namun demikian, bahagian atas roti jala yang sedang dibakar memang kena sapukan minyak ni bagi menjadikan roti jala tu nampak berkilat (tepuk perlahan dengan daun pandan tadi...sikit-sikit saja), dan tidak melekat bila disusun/ditindan nanti. Kalau sekilo gandum biasanya kita akan dapat roti jala dalam ketinggian sejengkal. 

10. Lepas tu bolehlah proses melira atas ceper. Api dapur guna api kecil sahaja...macam lebih kurang api kecil yang kita guna masa proses masak nasi yang di penghujung tu...kita akan kecilkan api bila nasi tu kering dan periuk ditutup...haa api lebih kurang tu la, boleh besar sikit, tapi agak2 nanti jangan sampai hangit pula roti jala kita. Bila api dah disetkan tu dah okey, maka jangan usik-usik lagi api tu sehinggalah proses melira roti jala ni selesai. Biasanya untuk satu kg ni, kalau guna dua dapur (dua ceper la kiranya serentak) boleh selesai dalam 30 - 40 minit.

11. Bakar roti jala ni tak perlu dibalik ya, bila dah masak terus boleh angkat. Tips nak tahu roti ni dah boleh diangkat, apabila bahagian tepi lingkaran roti tu sudah terangkat sedikit daripada ceper, maka bolehlah diangkat.


Cara-cara bancuh tepung:

1. Tepung, telur, margerin, garam dan susu cair serta pewarna dimasukkan. Masukkan air dan kacau sebati. Kemudian blend bagi menjadikan tekstur adunannya halus dan tidak melekat pada lubang acuan kita nanti. Semasa diblend, kalau air tak cukup, blender tak boleh putarkan dengan elok adunan tadi, makanya boleh tambahkan air sedikit.

2. Selepas blend, adunan kena ditapis ya. Guna tapis santan besi tu lebih mudah. Kemudiannya siap la bancuhan roti jala kita, dan proses melira boleh dimulakan.

3. Sebelum melira, ceper mesti kena betul2 panas dulu, sapukan minyak dan margerin tadi semasa ceper sudah panas (mungkin dalam lima enam saat selepas ceper diletakkan. Kalau kita melira semasa ceper belum panas, makanya nanti adunan akan melekat. Dah panas baru mula melira ya...sehinggalah selesai. Kalau dah melekat nanti, mulalah ceper tu meragam, dan proses melira akan jadi tak seronok dan tak licin...dan kitapun dah mula stress...


Bagi mereka yang baru belajar nak buat roti jala ni, memang rasa susah sikit, terutamanya masa bancuhan untuk tentukan kepekatan yang sesuai bagi menjadikan roti itu dapat dijala dengan halus..tipsnya mudah sahaja, biar bancuhan 'terpekat' supaya adunan yang keluar melalui lubang acuan tu keluar halus. Kalau adunan tu 'tercair', bila keluar ikut adunan, dia terus laju dan jalanya jadi kasar. Lagi satu, adunan yang pekat ni, rotinya akan rasa lebih padu dan lebih sedap. 

Untuk proses melipat roti jala ni, saya lebih suka sambil buat sambil lipat...jadi stepnya terus macam lengkap. Bermula dengan kita 'melira', kemudiannya dalam masa menunggu roti tu masak atas ceper kita gunakan untuk melipat dua keping roti jala yang diangkat awal tadi...begitu seterusnya proses melira, melipat, menyapu minyak atas adunan yang sedang dibakar, dan mengangkat..maka sedang elok saja putaran itu berlaku. Anda lalui dahulu, baru nanti anda tahu bagaimana pengalamannya...andai kata rasa susah di permulaan, maka bakar la dulu sehingga habis, dan selepas tu baru buat proses melipat roti jala. 

Lipatan roti jala ada macam-macam lipatan. Kalau macam dalam gambar di atas, saya buat lipatan gulung, iaitu lipat satu perempat di bahagian kanan dan satu perempat lagi di bahagian kiri. Kemudian gulung. ada juga yang melipat bentuk kun aiskrim tu...bulatan roti tu dilipat dua, dan kemudiannya dilipat dari sisi sebanyak 4 lipatan dalam saiz satu inci bagi setiap lipatan...Boleh cuba mana-mana yang anda suka ya.


Tips roti jala jadi lembut dan sedap:

1. Adunan mesti pekat tapi boleh dilira dengan acuan. Roti akan lebih padu dan berat, dan punyai 'jalaan' yang halus dan cantik.
2. Semasa proses blend, blend lama sikit, mungkin dalam 4 kali tekan mesin blender. Roti akan lebih lembut nanti.
3. Selepas selesai proses menapis tu...kacau lebih sikit bagi lembutkan adunan tu, lagi lembut adunan lagi sedap roti yang dihasilkan.
4. Biarkan dulu adunan dalam 15 - 20 minit sebelum proses melira dimulakan. Roti kita nanti akan lebih lembut dan lebih sedap.
5. Mohon jangan guna jari untuk apa saya sentuhan kepada adunan semasa proses bancuhan...guna sudu atau senduk, walau sekalipun nak keluarkan apa2 benda asing di dalamnya (kalau ada lah)..jangan main cuit dengan cari ya...pantang dalam masakan kita buat begitu ("makanan akan merajuk dan tak mahu bertahan lama...cepat basi...hehehe saya gurau saja). Sebenarnya ini semua untuk kita pastikan roti jala ini akan tahan lama.

Sekian dulu, perkongsian penyediaan roti jala, semoga ianya bermanfaat kepada semua. Selamat mencuba dan semoga menjadi cantik. Tips supaya apa saja yang kita buat menjadi...gunakan konsep Neuro Linguistic Programming (NLP), bayangkan dan fikirkan ianya menjadi...buatlah dengan penuh keyakinan...bayangkan semasa membuat itu, anda adalah pakar dalam penyediaan perkara yang sedang dibuat...InshaAllah akan menjadi sebagaimana yang difikir dan dibayangkan.

Salam Hormat,
RZH

Comments

  1. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe