Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Pulut Kuning Noxxa Special






Pada entri kali ini saya nak kongsikan resepi masak pulut kuning guna periuk noxxa. Sangat mudah dan cepat...boleh dimakan segera kalau tiba2 teringat nak makan...semudah abc, capai pulut, capai noxxa...dan masak dengan penuh kasih sayang. Cara masak pulut kuning guna noxxa ni banyak versinya. Anda boleh ikut mana-mana yang rasa selesa dan mudah. Dalam google banyak cara masak dikongsikan.

Namun, secara terus terang pulut yang dimasak secara tradisi dan manual di kampung lagi sedap rasanya..itu pandangan saya. Mungkin sebab saya datang dari kampung yang memang budaya membuat pulut kuning ni adalah budaya rutin kampung saya...pulut kuning unk kenduri kesyukuran, kenduri kahwin, pulut semangat dan sebagainya lagi. Saya memang selalu melihat bagaimana orang2 tua di kampung memasak beramai2 dan bergotong royong dalan membuat kenduri kendara atau di Kelantan dipanggil 'bekwoh'. Dulu2 masa zaman remaja di kampung, sy memang turut bersama...kepakaran saya buat 'sambal lada' atau di KL ni dipanggil sambal belacan, dimakan bersama gulai ikan, kari ayam/daging dan sebagainya ikut kesukaan..

Okey semua balik kepada cerita pulut kuning noxxa special kita ni..meh kita tengok bahan2 nya ya.

Bahan2:

1. Satu pek pulut 1 Kg..pulut saya guna pulut yang dibeli dari Kelate. Sentiasa ada stok di rumah. Ada juga orang panggil pulut madu, pulut dari siam sebenarnya..belah utara pun ada...pulut sini tak berapa 'kaw' rasa pulutnya sbb dah bercampur beras rasanya...tak berapa 'berpulut' sangat maksud saya.

2. Santan pekat satu cawan. (update: kurangkan kpd 3/4 cawan saja kerana pulut yang saya buat ni agak lembik sikit. 

3. Garam satu sudu besar terus campur dgn santan. Satu sudu tu jangan penuh sangat ya..karang masin pulak pulut tu...hihi. garam ni untuk beri pulut tu rasa lemak2 cket, bukan untuk beri dia masin...hehehe.

3. Gula dua sudu penuh. Tiga sudu pun boleh. Kalau nak makan dengan rendang, dua sudupun memadai.

4. Sehelai daun pandan diikat simpul.

5. Kunyit hidup atau kunyit basah satu inci ditumbuk hancur, ditapis dan diambil airnya.

6. Asam keping dua keping untuk rendam bersama pulut untuk kilatkan pulut nanti.

Cara-cara:

1. Basuh bersih dan toskan pulut. Saya amalkan berselawat sambil mencuci atau membasuh apa sahaja semasa memasak (masa-masa lain berselawat juga..hihi). InshaAllah apa yang kita masak bersih...

2. Rendam pulut untuk 10 minit atau kurang. Tak mahu rendam pun boleh sebenarnya bila guna noxxa. Jangan rendam lama macam kita nak masak manual tu yer..nanti lembik pulut tu. Masukkan kunyit hidup dalam rendaman ni, kunyit dalam seinci, tumbuk hancur dan tapis masuk dalam air rendaman. kalau malas guna serbuk kunyit saja dalam setengah sudu kecil. jangan banyak sebab serbuk kunyit ni tak berapa sedap sikit untuk masuk dalam pulut. Lepas tu jangan lupa masukkan juga pewarna kuning telur yang dalam botol macam botol essence vanila tu...juga dua keping asam keping. Rendaman ni bagi tujuan nak serapkan warna kuning pada pulut tu..Tapi kalau guna manual, pulut ni wajib rendam atleast 3 hingga 5 jam..untuk lembutkan pulut dan cepat masak bila dikukus nanti.

3. Kemudian masuk pulut dalam inner noxxa. Air rendaman buang yer, jangan dimasuk sekali pulak...masuk air lain lebih kurang separas dengan pulut. Jangan masuk lebih sebab nanti kita nak masuk santan lagi satu cawan selepas pulut tu masak. Dan masukkan daun pandan yang disimpul tadi.

4. Tekan HP 5 minit. Jangan lupa, tombol penujuk di tutup periuk tu mesti menghala ke fungsi pressure ya. Bila bunyi bit bit bit...pusing tombol  tu ke penunjuk Steam untuk buangkan tekanan yang terperangkap dalam periuk. kemudian buka tutup periuk. Selagi angin tekanan tidak dikeluarkan habis, tutup memang tidak boleh dibuka. Jadi jangan panik pulak ya.

5. Buka tutup dan masukkan santan ke dalam periuk...'arungkan' pulut tu dengan santan dan taburkan gula dalamnya. 'Arung' ni bahasa ore Kelate, maksudnya kacau. Kacau dalam 5 minit bagi tujuan nak sebatikan santan dan gula tadi, dan yang penting tujuan 'arung' ni adalah untuk lembutkan dan gebukan pulut tu. Kalau guna cara manual, proses 'mengarung' ni ambil masa dalam 10 ke 15 minit.

6. Kemudian tutup periuk, steam kan selama 3 minit. Jangan lupa bila pilih untuk fungsi steam, tombol penunjuk dihalakan ke steam ya. Lepas tu terus boleh dikeluarkan daripada periuk. Jangan tunggu lama sebab pulut ni nanti akan berkerak di dalam noxxa. Tapi kerak tu sedap, saya suka bila dimakan panas-panas, dia garing campur lembut...memang sedap..hehehe.

Taraaaa...sudah siap dan bolah dihidangkan sama ada dimakan begitu sahaja, dimakan dengan rendang, sambal kelapa, serunding dan sebagainya. Kalau di Kelantan, pulut kuning ni dihias dengan telur. Telur ni dibut telur dadar nipis, guna pewarna hijau, atau merah atau apa2 warna. Telur dadar ni kemudiannya digulung dan dipotong nipis-nipis halus halus dan ditaburkan atas pulut ni. Saya ni malas cket, jadi potong agak kasar..seperti dalam gambar ni. saya buat satu warna sahaja, sebab malas...hehe













Pulut ni memang sedap dimakan..saya memang penggemar pulut. Cumanya, bila dah meningkat usia ni, pulut ni bisa cket dengan saya, kalau makan mesti bisa-bisa sakit badan...makan ubat la jawapannya lepas tu......hehehe
Buat semua, selamat mencuba. Boleh dinikmati bersama keluarga, jiran2 dan sahabat handai.

Salam Aidiladha

RZH

Nota: Pulut yang saya buat ini agak lembik cket. Jadinya, boleh kurangkan santan kpd 3/4 cawan dan tak perlu rendam pulutnya. Saya sebenarnya lebih suka buat pulut kuning cara kukus manual, lebih mudah untuk kawal pulut tu supaya tidak tersalah lembik...jrg2 saya guna noxxa untuk masak pulut kuning.

Comments

  1. Pulut makan dgn rendang kesukaan ibuyati. Periuk boleh memudahkan kita memasak. Kek pun boleh. Mcm-mcm fungsi ada. Pm ibuyati untuk maklumat lanjut😍 019-2494819

    ReplyDelete
  2. Tq puan. Memang mudah bila ada periuk noxxa. Lebih jimat masa.

    ReplyDelete
  3. Agak lembik sikit di bnadingkan masak secara kukusan biasa.

    ReplyDelete
  4. Sedap ...terliur pulak😁😁😁

    ReplyDelete
  5. Mmg mudah guna noxxa... tq puan .. sy share ye resepi puan

    ReplyDelete
  6. Tq for sharing. Saya dah cuba. Xperlu guna high pressure. Low pressure dh mencukupi. Kalau masak nasi putih pun cukup 6 min low pressure.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe