Skip to main content

Soal Hati dan solusi

Lama tidak menjenguk ke blog due macam2 hal dan kesibukan yang tak boleh dibawa bincang. Kata orang, tentang masa ni biar kita urus dia dan jangan dia urus kita. Tapi terkadang failed dan terbabas juga...hmmmm.

Petang ni byk benda datang di fikiran. ...menyentak minda...Allahu...buntu seketika apa agaknya solusinya. Solusinya ada namun banyak pula indicators yang menjadi berat untuk hati memutuskan.

Sejenak menoleh ke belakang...Allahukbar panjang sangat dah laluan yang ditinggalkan. Untuk berpatah balik kembali semula kepada permulaan itu sudah tidak mungkin...apatah di permulaan, di pertengahan jalanpun memang mustahil. 

Kemampuan yang ada sekarang ni hanya memandang ke depan dan terus melangkah...hanya beberapa marhalah lagi akan sampai ke destinasi dan titik akhir. Allahuakbar.

Bila memikirkan tentang "marhalah" yang sudah tidak lama lagi ni...diri seharusnya diperlengkapkan dengan bekalan ke sana...namun ada soal hati yang belum beres lagi. Ya Allah...

Kekuatan perlu dicari untuk membereskan soal hati ini. Ya tahu...memang tiada penghujungnya...mmg mustahil ada penghujungnya kecuali dengan keajaiban Allah yang di luar batas pemikiran. Namun jika ikut logik akal macam takkan mungkin...

Bila tersepit mencari solusi...kembalikan diri secara total kepada Allah...hanya Allah jua yang memberikan solusi terbaik. Namun, sebelum tu, clearkan dulu diri daripada segala hijab dosa. Bersihkan segalanya dulu...Allahu. 

RZH




Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe