Skip to main content

Sandiwara Cinta Semusim...

Menjenguk mak saudara isteri yang sakit di HKL...Sudah seminggu di ward,..kencing manis. Isteri yang dok jaga. 

Didoakan kesembuhan segera buat mak saudara isteri...

Kehidupan tu begini lah. Kita yang memilih kehidupan itu. Memilih menambah ruang territory. Bila jajahan takluk diperluaskan, sudah pasti membawa dgn tanggungjawab sekali...dah bertambah pula tanggungjawabnya daripada menjaga satu ruang kepada dua ruang. Berbahagi pula masa yang ada. Bukan setakat berbahagi masa, berbahagi kasih..berbahagi tanggungjawab...semuanya kena berbahagi..bila tidak memilih untuk berterus terang, itu yang jadinya "cilok sana cilok sini". Aduhaii, tak penatkah dok lalu situasi mcm ni..kita ni dah tua...sampai bila akan terus begini?

Semuanya pentas lakonan. Teringat kata2 seseorang pada saya...dia kata kehidupan ini pentas lakonan. Ya, terdetik di hati..yang berkata itu lah juga yang memainkan watak lakonan ni. 

Ya betul la tu, berlakon sana dan berlakon sini untuk kesinambungan sebuah kehidupan. Cuma ingat lah, ada hati terluka dan memendam rasa dengan sandiwara ini. org yang melakonkan tu mungkin tak berasa yang dia telah menyakiti hati orang lain...mungkin dia tak sengaja. 

Sengaja atau tak sengaja...tetap ada hati yang terluka atas perbuatan kita yang tidak jujur. Luka dek disakiti oleh orang yang kita syg adalah luka yang sangat pedih. Orang yang terluka itu pula setiap masa masih bersabar dan terus bersabar kerana rasa sayang walau hati sangat menderita. Tak terluah sebenarnya rasa pedih...sangat sakit.

Rasa sakit tu bukan atas sebab apa...hanya sebab tidak berlaku jujur saja. Jika berlaku jujur semua perbuatan boleh diterima. 

Sudahlah tidak jujur, bila ditanya pula untuk sebuah jawapan dan pengesahan, sentiasa membatu berdiam diri tidak memberikan jawapan. Persoalan yang tinggal persoalan itu lah yang sangat menyakitkan. Itu yang sebenarnya menyakitkan hati dan memberikan kesan pedih dan trauma yang tidak berpenghujung.

Saya terfikir, kenapa tidak boleh berlaku jujur..kenapa perlu bersandiwara pada setiap masa..mengucap sayang, tapi kenapa tidak menjaga hati orang yang disayangi.....tgok online memanjangpun hati rasa sedih..terdetik di hati..dok mesej dan video call dgn dia ke..setiap kali hati jadi tertanya2 dan tiada jawapan. Itu yang sakit.

Bukan kecewa atau marah kerana bervideo call atau berhubung tu, dah dipilih menjadi isteri mmg la kena laksanakan semua tanggungjawab tu.. Tapi rasa kecewa ni kerana perangai tu...dan kerana tanda tanya yang tidak pernah diberikan jawapan. Sikap yang tidak pernah ingin berterus terang. Sikap yang tidak ingin share apa yang sebenar dan sikap yang tidak jujur pada setiap masa sedangkan dalam masa yang sama saling menyayangi. Untuk apa sebuah kasih sayang jika berlaku tidak jujur dan sentiasa menyakiti.

Teringat satu kata2...
"Adakala berjauhan itu lebih baik supaya tidak saling menyakiti"


Sekadar renungan kehidupan,
RZH


Nota: 
Cerita ini diinpirasikan drpd cerita seorang teman. Saya sekadar berkongsi di blog. Mungkin bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...