Skip to main content

Realiti Kehidupan...sembang santai

Pagi ni panjang sungguh bersembang di whatsApp dangan sahabat baik geng corp comm. Sambung cerita semalam. Kami keluar bertiga mengopi semalam di KLCC. Pagi ni sambung sembang di wasap..dekat dua jam juga..dari 8 pagi hingga ke jam 10 pagi. Haha...lamanya!

Banyak topik dibualkan..sudah pasti tentang kehidupan. Antaranya adalah:

1. Tentang hakikat kehidupan yang kita sebagai manusia perlu melalui pelbagai peringkat, dari bayi, kanak2, remaja, dewasa, dan peringkat berusia untuk ke gerbang tua. MasyaAllah. How time flies sebenarnya. Serasa baru semalam di usia remaja..rupanya kini sudah lebih 30 tahun zaman remaja itu ditinggalkan. Bila mengimbau ke belakang, hanya kenangan jua yang dpt dikenang. Untuk kembali semula mengulangi zaman itu memang tidak mungkin. Kerana itu, laluilah zaman demi zaman ini dengan penuh kebaikan kerana kita tak mungkin dapat berpatah balik untuk membetulkan kesilapan kita.

2. Mengenang kembali zaman belajar master in corp comm di UPM dulu..MasyaAllah, sudah 12 tahun berlalu. Di UPM kami sentiasa bersama..makan bersama, group bersama dan enjoy2 santai juga bersama. Selepas 12 tahun zaman belajar itu ditinggalkan, sehingga kini juga kami masih bersahabat, masih berhubung dan masih sentiasa bersama...sesekali keluar mengopi. Dua tiga bulan sekali berjumpa dan bertukar idea dan pandangan. Terkadang plan berjumpa bila salah seorang drpd kami sdg dalam kesulitan, emosi down dsbnya...itu la sahabat..saling memerlukan dan saling melengkapi.

3. Berbicara tentang usia...usia yang kini tunggu masa saja untuk Allah panggil. Allahu. Siapa2 pun akan Allah jemput bila tiba masanya. Kami bertanya, antara kami bertiga, siapa agaknya yang akan menerima berita kematian siapa dulu...Allahuakbar Allah...ini lah kehidupan..dunia ini sementara...semuanya milik-Mu Ya Allah.

4. Hidup ini simple saja, jadi jangan complicated kan. Terkadang memang kita ada terbabas...yang penting kita sedar dan balik semula ke landasan. Katanya, hanya go with the flow...hati insyaAllah tenang..dah usia usia begini tak berbaloi untuk tegang2 dan bergaduh2 lagi.

5. Berbicara tentang konsep tenang dan damai dan menghindari emosi tercalar. Salah sorang sahabat saya ini menggunakan prinsip diri begini:

a. Jangan over thinking. 

b. Tidak perlu ambil tahu perkara yang tidak perlu kita tahu atau perkara yang menyakitkan kita. Jangan bertanya soalan yang kita tahu jawapannya menyakitkan kita. Tak perlu ada sikap ingin tahu...jangan sibuk nak tahu, jangan sibuk nak bertanya. Biarkan saja. Orang beritahu kita dgr, orang tak beritahu jangan tanya...jangan mencari2 jawapan, mengintai2...tak perlu buang masa.

c. Just let go semua perkara yang membuat kita berduka dan bersedih. Semak fikiran katanya..haha..perkataan "semak" ni mmg saya suka sebab mengingatkan saya kepada mantan boss besar dua tahun lalu.

d. Tidak perlu berkawan dengan orang yang setiap masa menyakiti hati kita. Jangan berkawan terus katanya..

e. Hidup ini terlalu singkat. Jangan buang masa memikirkan perkara yang membuat kita sedih dan berduka..buang karen kata ore kelate..haha mengong...

f. Tidak perlu beri peluang lagi kepada org yang berulang kali menyakitkan hati dan membuat kita sedih. Biarkan dia..jgn lembut hati kepada perkara2 yang kita tahu tidak baik dan tiada penghujungnya.

Justeru, kesimpulan yang dapat saya buat adalah, untuk kita sentiasa tenang dan bahagia, hati mesti kuat, kdg2 kena jadi hati kering, jangan bersifat ingin tahu..tak perlu tahu..jangan bertanya perkara yang tidak perlu atau perkara yang bakal buat hati kita sakit. Lepaskan saja apa jua yang menyakitkan...jangan tahan dan halang. Just go with the flow...InsyaAllah.

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe