Skip to main content

Perginya Seorang Sahabat...

Malam tadi di group whatsApp kawan-kawan sekolah masa form five dulu dikejutkan dengan berita pemergian buat selamanya sahabat kami, Mohd Ali. Allahu...daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. Innalillahiwainnailaihirajiun...

Rasa sedih dan pilu menyelubungi diri kami semua...sebuah kehilangan yang tidak akan kembali lagi..

Mengenang tentang arwah...arwah adalah seorang ketua pelajar. Seorang yang sangat baik, murah dengan senyuman dan suka mendengar sembang2 kawan2 sambil mengukirkan senyuman. Arwah juga adalah anak murid kepada ayah saya. Saya sekelas dengan arwah...arwah juga sebagai ketua kelas dan saya pula Penolong Ketua Kelas. Masa zaman2 sekolah dulu saya dan geng suka juga mengusik arwah.

Arwah mengerjakan umrah pada penghujung Disember 2021 dan sepatutnya dijadualkan pulang ke Msia semalam. Namun arwah dimasukkan ke hospital di Madinah kerana jangkitan kuman di paru-paru. Arwah kemudiannya perlu ditidurkan dan beberapa jam kemudian arwah disahkan meninggal dunia. Jasad arwah dikebumikan di Madinah...sebuah kematian yang dicemburui. Rezeki arwah tertulis meninggal di Kota Madinah.

Walaupun kami bersedih, namun hakikatnya pemergian arwah adalah pemergian yang dicemburui...semoga arwah tenang bersemadi di alam sana.

Group bersedih seketika..semua kenangan dengan arwah bermain di mata dan di fikiran. Arwah dipilih sebagai ketua pelajar atas keperibadian dan pencapaian arwah dalam akademik dan kokurikulum juga. Arwah sangat dihormati dan disegani. Rekod sbg pelajar sangat baik dan cemerlang. Terbayang keletah arwah yang byk tersenyum bila bersembang dgn kawan2. Seorang yang relax dan tenang.

Selepas tamat form five kami semua membawa haluan masing2. Saya difhmkan arwah lama juga bermastautin di luar negara. Kemudiannya kembali ke Malaysia. Saya memang tidak berjumpa dengan arwah selepas tamat tingkatan lima...lima enam tahun lepas bertemu di group whatsApp sekolah..itupun saya sekadar silent reader sahaja..sesekali saja bersembang di group...hinggalah malam tadi dikhabarkan berita arwah telah tiada...

Selamat jalan sahabat...semoga damai di sisi Pencipta. Kami juga menyusul dalam usia yang sudah semakin singkat ini. InsyaAllah bertemu di sana kelak dan berkumpul di Syurga Allah. Bacaan Al-Fatihah kami semua kirimkan buat diri mu sahabat. Doa kami agar "rumah baru" mu dilapangkan seluas-luasnya dan bersemadilah dengan penuh kedamaian di sana sehingga hari dibangkitkan nanti. 

Al-Fatihah

Mohd Ali Bin Ibrahim

11 Disember 1971 - 4 Januari 2022

Comments

  1. How do I win at poker online - Dr.MCD
    › casino › how › casino › how How to win at 김포 출장안마 poker online · 1. Create an account · 2. Open an account · 3. Log in · 4. 여주 출장안마 Make a second deposit 경상북도 출장마사지 · 5. 진주 출장안마 Log 용인 출장샵 out · 6. Enter the code in · 7.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...