Skip to main content

Kematian demi kematian...

Kematian demi kematian...
Serasa diri kerdil sungguh berada di dunia Allah. Nyawa ini pinjaman Allah..bila tiba masa yang dijanjikan akan diambil.

Innalillahiwainnailaihirajiun...
Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali...

Allahu, tersedar di awal pagi ni dek seperti biasa dikejutkan oleh Mellow...mendapat berita kembalinya ke Rahmatullah, Prof. Dr. Ibrahim Baba daripada FST. Seminggu yang lalu saya baru mendapat tahu yang beliau sedang sakit tenat dan awal pagi ini menerima perkhabaran melalui FB ahli bersara yang beliau telah tiada. 

Salam takziah buat keluarga arwah. Saya sempat bersama arwah semasa bertugas di FST dulu, dan sama2 terlibat dalam team Pengurusan FST. Arwah pada masa itu sebagai Pengerusi Pusat Pengajian. Arwah seorang yang sangat baik. Sangat gentleman orangnya. Kemas dan rapi orangnya. Idea dan pandangan sentiasa bernas. 

Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 beriman dan pata solihin di sisi Allah. Semoga Allah melapangkan kuburnya, mencucuri rahmat ke atas rohnya, dan diampunkan segala dosa-dosanya. Bersemadilah dengan tenang di alam sana Prof...Al-Fatihah.

Setiap kali menerima berita kematian, serasa diri semakin dekat untuk dijemput. Ya, masa ke sana juga sudah semakin hampir bila usia telah semakin ke depan. Waktu yang ditinggalkan di belakang sudah semakin panjang dan waktu menuju ke depan semakin singkat...tidak pasti di mana bertemu titik terakhir yang Allah telah tetapkan...yang pasti akan bertemu jua...janji Allah pasti dtg bila masanya telah tiba.

Merenung sejenak dan bermuhasabah diri...

Mati itu tidak mengira muda atau tua, sakit atau sihat, miskin atau kaya, berkedudukan tinggi atau sebaliknya. Bila saatnya tiba, maka kita akan pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Saat itu, bercerailah jasad dan roh.

Allahu, bila saat mengenangkan ini, tiada apa yang lebih penting sebenarnya melainkan amalan kita di sisi Allah. Perkara yang lain cuma nikmat dan kesedapan dunia semata-mata. Tidak akan kita bawa bersama bila kita mati. Jika ini yang sentiasa kita ingatkan secara penuh keikhlasan dan istiqomah, insyaAllah kita dipandu kepada jalan Allah.

Justeru, untuk kehidupan yang masih berbaki ini, ajar dan latih diri agar menjadi hamba Allah yang baik. Sematkan dalam hati ketakutan kepada pembalasan Allah atas segala perbuatan tidak baik yang kita lakukan. Berusaha untuk penuhi diri dengan amalan yang baik di sisi Allah sebagaimana yang dituntut. Usah bertangguh lagi kerana mati itu tiada syaratnya. Ajal tidak mengenal apa jua syarat.

Allahuakbar...







Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe