Skip to main content

Untung Sabut Timbul Untung Batu Tenggelam...

Perumpamaan "Untung sabut timbul untung batu tenggelam" sudah sangat sinonim dengan kehidupan kita semua. Kita sering merujuk kepada pepatah ini bila berlaku sesuatu perkara yang kita sendiri keliru sama ada ianya menguntungkan atau merugikan.

Pepatah ini juga dikaitkan dengan untung nasib seseorang, kalau bagus makanya timbul lah...kalau sebaliknya maka tenggelam lah.

Pemikiran sebegini sebenarnya sudah stereotaip sangat dah...mungkin sudah tiba masanya kita berfikir di luar rutin pula...kerana sudah pasti kita adalah sebagaimana yang kita fikirkan. Makanya jom berfikir di luar daripada itu bila kita menyebut perumpamaan ini supaya kita boleh melihat satu satu perkara itu melalui pandangan rohaninya dan bukan setakat pandangan kasar sahaja.

Zaman sudah berubah...zaman kini adalah zaman yang penuh berteknologi tinggi...teknologi yang begitu cepat berubah sampai kita pun sebenarnya tidak terkejar...tetapi sekurang-kurangnya biarlah pemikiran kita juga biarlah sama2 berlari pantas dengan perubahan zaman milineum ini.

Pada saya, sama ada sabut ataupun batu kedua-duanya adalah objek yang punyai ciri2 dan nilainya yang tersendiri. Analoginya, sabut itu memang sifatnya ringan dan terapung, manakala batu pula sifatnya berat dan tenggelam. Namun kita jangan lupa, sabut tu walaupun terapung, ia dihanyutkan arus tanpa halatuju...sehinggalah ia tersangkut di mana2 sampah sarap yang akhirnya ia terperangkap dan langsung tidak dapat bergerak lagi..."bersemadi" lah selamanya di situ...tidak dipandang lagi.

Sabut juga bila dah dalam tempoh yang lama terperangkap akan membusuk dan berkulat tanpa ada fungsinya lagi selain hanya dibiarkan begitu saja tanpa ada ada faedah dan manfaatnya.

Berbeza dengan batu...sifatnya yang berat...dan memang jelas halatujunya...kalau dicampak ke dalam air, memang akan terus jatuh ke dasar. Dan batunya juga mempunyai banyak fungsinya bila berada di dasar...tempat anak2 ikan bermain pun boleh, menambahkan kecantikan dasar air...batu2 yang banyak di dasar juga boleh dijadikan tempat berpijak bagi dasar air yang berselut.

Batu ni juga, walau berapa lamapun tenggelam di dasar, ia takkan mereput dan membusuk, malah akan makin bersinar dan bercahaya...seandainya diangkat dari dasar, batu itu tetap memberikan faedah dan kebaikan.

Justeru, tak perlu lah kita risau sangat tentang menjadi "sabut" atau "batu" kerana pasti segala sesuatu yang berlaku adalah kerana keizinan Allah. Sekiranya Allah mengizinkan kita menjadi "sabut", maka kita akan menjadi "sabut", dan seandainya Allah mengizinkan kita menjadi "batu" maka kita akan menjafi batu...jika Allah tidak izinkan berlaku, maka sesuatu itu takkan mungkin berlaku... "kun fayaakun".

Menjadi sabut atau batu bukan isunya...isunya adalah bagaimana kita mempersiapkan diri kita untuk sesuatu yang lebih bermakna dan bermanfaat, menambahbaik diri di mana yang kurang dan meningkatkan nilai tambah diri dalam bidang yang diceburi.

Soal menjadi sabut atau batu juga adalah soal Allah...rahsia Allah yang Allah jua yang tahu kerana Dia lah yang Maha Menyusun dan Mentadbir apa jua tentang diri kita. Justeru, tak perlu kita risau kerana apa jua yang berlaku adalah dengan keizinan-Nya.

Perkara pokok adalah, pastikan diri kita sentiasa berada dalam syariat Allah, selalu positif dan berlapang dada, redha dengan apa jua ujian Allah dan yakin bahawa setiap ujian Allah itu pasti akan disusul dengan bungkusan hadiah yang akan sampai kepada kita bila mana kita redha dan berlapang dada dengan ujian yang datang...bahkan kita bersyukur kerana Allah memilih kita untuk diberikan ujian. Jika kita berada di tingkat ini...insyaAllah segala apa jua perjalanan hidup kita akan Allah pelihara dan lindungi. 


Salam hormat,
RZH






Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe