Skip to main content

BERI BAHAGIA...BAHAGIA KEMBALI...


Orang2 tua selalu berpesan...raikan orang, bahagiakan orang, muliakan orang...kita hidup ni penuh dengan adat dan budaya...tuntutan adat satu perkara...dan tuntutan dalam agama juga satu perkara dan ini yang perlu ada pada kita sebagai tanda keimanan kita yang hakiki.

Bila bertandang dan menziarahi orang bawalah buah tangan kata bonda...bukan isunya "buah tangan itu", tapi isunya adalah nilai yang kita bawa itu...meraikan, membahagiakan dan menghargai tuan rumah itu.

Tapi hari ini saya bertemu dengan seseorang yang nilai dan adatnya lebih dari itu...ini tandanya begitu mendalam fahamannya tentang konsep meraikan dan membahagiakan orang...ya bagi mereka yang faham dan feel tentang ini, sedikitpun mereka tidak ingin melepaskan peluang untuk menzahirkan penghargaan dan meraikan...dalam konteks meraikan dengan penuh keikhlasan kerana jiwa selalu menuntut untuk mengambil peluang dengan tuntutan agama dan nilai sebuah budaya dan adat...kerana mereka memahami konsep ziarah/bertandang yang sangat mudah..."kita beri satu, 10 yang Allah akan kembalikan kepada kita" Allahuakbar...rebut lah ganjaran dan nikmat Allah yang tidak terbanding ini.

Sekian lama tidak bertemu..hari ni bertemu Dr. Marlina di rumah Kak Hafdzam...Kak Hafdzam menjemput kawan2 rapat terdekat untuk datang makan pagi..nasi dagang di rumahnya...Kak Hafdzam ni mmg beginilah sikapnya..selalu mengajak makan...suka jamu orang makan...semoga Allah membahagiakan selalu Kak ze sekeluarga atas hati yang baik ini...tkasih berjuta kak ze..sedap sgt masakannua terutamanya gulai ike ayo nya...mmg favorite selamanya...

Berbalik kepada cerita Dr. Marlina tadi...Allahu..speechless saya...bukan setakat buah tangan yang dibawa kepada tuan rumah...dia juga standby beberapa "hadiah" untuk diberikan kepada kawan2 kak ze yang dijemput bersama...yang ada cuma saya dan sorang lagi kenalan...terharu saya...saya juga dapat hadiah ni...katanya dia dah niat...pokok orkid dibelinya di perjalanan dengan niatnya untuk diberikan kepada kenalan lain yang akan bertemu di rumah kak ze nanti...Alllahuakbar...doa saya semoga Allah menggandakan kebahagiaan buat Dr. Maslina atas hati dan amalan yang baik ini.

Allahuakbar..
Bila Allah memberikan rasa manis dengan amalan baik ini...makanya seseorang itu akan istiqomah dengannya...
Saya terkesima...
Tkasih dari hati🙏


Pokok orkid pemberian Dr. Marlina

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe