Skip to main content

Analogi Gelas Kosong...

SANTAI PAGI ANALOGI GELAS KOSONG
anggerikdesa

Selalunya sebelum memulakan ceramah kita suka untuk menyebut kepada peserta kita analogi "GELAS KOSONG"

Menggunakan analogi "Gelas Kosong" ini adalah antara yang sesuai untuk kita kaitkan dengan perlunya kita datang dengan minda yang  dikosongkan supaya kita dapat "penuhkan" minda kita dengan sebanyak mungkin intipati perkongsian yang disampaikan.

Bayangkan kalau kita hadir majlis ilmu atau kursus, tapi kita hadir dengan membawa "gelas yang penuh" atau kononnya kita merasakan kita sudah serba tahu dan cukup ilmu...makanya sesi perkongsian yang kita hadiri itu akan sia2 kerana analogi gelas dah penuh , sudah pasti air yang baru nak masuk tak dpt masuk dan akan melimpah keluar.

Begitu lah juga dalam sesi perbincangan atau sesi musyawarah, dalam kita ingin mendapatkan pandangan dan menambahbaik sesuatu perkara, kita perlulah bersedia dengan semua pandangan orang, positif dan menerima dengan baik perkara yang perlu ditambahbaik.

Dan yang paling penting dalam kita menyediakan sesuatu perkara itu kita mestilah faham dan jelas dengan tatacara penyediaan dan konsepnya,  supaya kita tidak lari daripada perkara asasnya..kalau perkara asasnya pun kita dah tak betul...bagaimana mungkin sesuatu perkara itu dapat diteruskan...mestilah kena kembali kepada asas dan tatacaranya dulu.

Salam Hormat

Sekadar penulisan santai saja...
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...