Skip to main content

Semperit Susu Cair Di Mulut...

Masa zaman remaja dulu saya memang takkan miss untuk buat biskut semperit ni. Kiranya biskut adalah biskut wajib buat setiap kali hari raya. Seakan macam tak sah kalau tak buat biskut ni.

Sampai sekarangpun tetap setia dan wajib membuatnya. Cuma sekarang biskut semperit asli sudah diinovasikan dengan pelbagai bentuk dan rasa. Empat lima tahun lepas viral dengan semperit susu cair di mulut...saya jarang buat semperit susu ni...

Pun begitu, hari ni saja jer "terlebih rajin" la pulak...pantang nengok oven dok rehat ada aje idea nak membaking. Makanya, sambil menunggu Perutusan YAB Perdana Menteri pukul 2.00 petang tadi, sempat saya membancuh adunan biskut ni...sambil mendengar perutusan sambil membuat adunan ni...hehe...

Makanya siaplah beberapa balang tadi, petangnya saya buat setengah kg tepung jagung dan malamnya pula saya bancuh lagi sekali...aduhaiii..sudahnya sakit pula rasa badan...apapun minat punya pasal, sakitpun layan la juga. Masakan ni satu terapi diri buat saya, memang enjoy bila dapat membuat itu ini...sakitpun tolak tepi...tapi kalau rasa badan dah tak boleh paksa dah, makanya saya akan memilih untuk berehat juga...

Lebih kurangnya dalam sekilo tepung jagung ni akan dapat lebih kurang 200 biji kuih.

Jom kita kita tengok bahan2 dan cara membuatnya.

Bahan2:
1. Tepung jagung 5 cawan
2. Susu lemak manis 1 cawan
3. Butter 1 cawan
4. Kuning telur 2 biji
5. Esen vanila satu sudu kecil
6. Dua sudu besar kastard
7. Dua sudu besar tepung beras (optional)

Cara2:
1. Kacau sebati susu, butter dan telur juga esen vanila. Kacau sekejap saja, jgn lama, hanya sekadar sebati saja. Kalau lama nanti biskut kembang dan bunga semperit tak cantik.
2. Masukkan tepung jagung, tepung kastard dan tepung beras. Gaul sebati. Di permulaan gaul dgn spatula, kemudiannnya kena gaul dgn tangan.
3. Setelah sebati boleh diterap menggunakan acuan semperit. Pastikan adunan tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Adunan perlu diterap dgn cepat kerana makin lama nanti adunan makin mengeras dan susah untuk diterap nanti. Boleh letak ceri atau coklat chip sebagai hiasan. Untuk samperit susu ni saya lebih prefer letak coklat chip. Kalau semperit klasik saya akan letak ceri.
4. Bila dah siap bakar api atas bawah selama 15 minit dgn suhu 150C bergantung kpd oven masing2.








Selamat mencuba bagi mereka yang suka dengan biskut yang cair di mulut...memang sangat sedap...

Salam hormat,
RZH




Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe