Biskut sarang semut ni adalah antara biskut wajib saya buat untuk menyambut lebaran. Keluarga belah mertua sgt suka biskut ni, anak2 buah dan ipar duai memang penggemar setia. Membuatnya pun mudah dan seronok terutama bila part menyudukan masuk aduhan ke acuan paper cup nya dan kemudiannya menaburkan coklat rice di bhgn atasnya konon2nya semut la.
Jom kita lihat bahan2 dan cara membuatnya.
Bahan2:
1. Butter 250 gm (satu buku)
2. Gula kastor 3/4 cawan
3. 2 cawan tepung kastard
4. Satu cawan tepung gandum
5. Satu cawan tepung jagung
6. Telur kuning 2 biji
7. Satu sudu esen vanila
Cara2:
1. Pukul sehingga sebati gula dan butter. Tak perlu lama sekadar sebati dan gula hancur.
2. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sebati.
3. Masukkan semua tepung. Ayakkan dulu lebih baik. Tapi yang ni saya tak ayak terus masuk saja.
4. Kemudian boleh diparut dan disudukan ke paper cup yg kecil. Adunan ini boleh disimpan dlm 15 minit dlm peti ais sebelum diparut bagi mencantikkan adunan selepas diparut. Tapi saya terus parut saja.
5. Biskut boleh dibakar dgn suhu 170 C selama 13 minit. Terpulang kpd oven masing2 juga.
Selamat mencuba!
Salam hormat.
RZH
test
ReplyDelete