Skip to main content

Hidup lah atas jalan dan syariat Allah...Jiwa tenang dan hati bahagia...

Dalam hidup ini jangan kita dok nak fikir sangat apa orang kata pasal kita kerana kalau semua itu kita nak fikir memang tidak akan pernah berkesudahan jawapan yang akan kita berikan kepada apa yang orang fikir, apa yang orang kata.

Cuba secara ikhlas tanya pada diri mengapa perlu kita buang masa untuk melayan semua yang akan membebankan dan menyerabutkan fikiran kita...membuang tenaga kita hanya untuk sesuatu yang tidak penting.

Yang penting dalam hidup ini untuk kita fikir adalah:

1. Segala perbuatan dan tutur kata kita mestilah dalam syariat dan redha Allah...pastikan niat kita ikhlas dan niat kerana Allah. Pastikan tutur kata kita sopan dan tidak berniat menyinggung orang lain.

2. Pastikan apa yang kita buat itu kerana kita perlu melakukan begitu tanpa melangkauai hak dan "kawasan" orang lain. Kita lakukan kerana ia adalah dalam tanggungjawab kita dan kerana kita memegang amanah untuk tanggungjawab itu.

3. Jangan kita bersikap sombong dan bongkak walau apa jua yang kita lakukan. Biar kita sentiasa merendah diri. Sifat sombong hanya merugikan kerana nanti kita tidak disukai oleh orang sekeliling.

4. Dalam apa jua yang kita lakukan, permudahkan lah orang dan jangan kita menyulitkan. Jangan sengaja mendatangkan kesusahan dan kesulitan pada orang. Permudahkan lah seboleh mungkin.

5. Kalau kita silap, mohon maaf saja. Tidak perlu berkeras hanya kerana ego kita yang tidak membawa ke mana pun sebenarnya. Malah sifat ego ini akan menjadikan hidup kita resah dan tidak tenang.

Hidup lah dalam keadaan hati yang selalu takut dengan Allah...takut untuk tersilap daripada jalan-Nya dan takut dengan balasan Allah. Hidup lah dlm keadaan sentiasa rasa CCTV Allah sentiasa memerhati. Justeru, hidup lah dalam kejujuran dan keikhlasan.

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...