Komunikasi sangat penting dalam perhubungan harian kita. Komunikasi secara lisan, tanpa lisan, bahasa badan semuanya memberikan kesan kepada perhubungan sama ada semakin merapatkan atau merenggangkan hubungan.
Konsep komunikasi ini sangat mudah sebenarnya...semuanya adalah menggambarkan hati kita. kalau hati kita hambar dan tawar, atau tidak berminat, maka komunikasi kita juga hambar (sekadar berbasa-basi sahaja, tetapi sebenarnya tiada feel dalamnya).
Contoh dialaog untuk komunikasi hambar:
A: "Assalamualaikum dan selamat pagi."
B: "Waalaikumussalan dan pagi."
Kalau ini contoh dialognya, makanya komunikasi akan hanya terhenti begitu sahaja.
Seharusnya etika dalam komunikasi yang sifatnya "ada feel" dan saling memerlukan, ianya mesti saling bersambut dan saling memberi respon seakan gayanya perbualan tidak ingin ditamatkan. Contohnya:
A: "Assalamualaikum dan selamat pagi."
B: "Waalaikumussalan dan pagi."
B: "Apa khabar, harap semuanya baik2 saja"
A : Alhamdulillah khabar baik, dan harapnya awak juga begitu.
Perbualan yang saling bersambut itu menunjukkan betapa penting dan saling memerlunya antara satu sama lain. Itulah namanya sayangkan hubungan dan ingin menjaga hubungan terjalin agar terus berpanjangan.
Seboleh mungkin peliharalah komunikasi kita supaya tidak hambar dan menyakitkan atau menyinggung perasaan orang lain. Berkomunikasi lah daripada hati yang betul-betul menghargai supaya apa saja yang kita tuturkan atau tuliskan memberikan rasa senang kepada orang lain.
Hargailah pengharapan orang lain kepada kita sebagaimana kita mahu pengharapan kita juga dihargai oleh orang lain. Bagus juga untuk kita tahu bahawa bila kita mula menampakkan tidak semesra selalu, orang juga akan terikut-ikut dengan "ketidakmesraan" kita kerana orang mungkin menganggap yang kita tidak lagi menganggapnya penting...dan mungkin kesannya adalah orang lain juga akan tidak lagi memberikan perhatian kepada kita gara-gara perbuatan dan tingkahlaku kita sendiri. Akhirnya perhubungan semakin hambar dan semakin hilang...
Inikah yang kita mahu dalam sebuah perhubungan yang dibina? kalau tidak ingin begitu, maka berubahlah...
Sekadar penulisan mengisi waktu,
RZH

Comments
Post a Comment