Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Nasi Lemak Ikan Tongkol Kelantan








Nasi lemak ikan tongkol ni memang terkenal di Kelantan..kalau tak salah saya di Terengganu pun ada. Pendek kata, menu ni terkenal di sebelah Pantai Timur. Namun sejak beberapa tahun yang lalu,, ianya telahpun mula ada dijual di Ibu Kota. Beberapa tahun yang lalu, saya pernah beli di Taman Melawati, satu warung kecil di tepi jalan yang menjual nasi lemak ikan tongkol ini...orang Kelantan yang berniaga...memang sedap...terbaik!
Selepas tu, selama di Bangi saya tak pernah lagi jumpa peniaga yang menjual nasi lemak ikan tongkol, sehinggalah dalam setahun dua ini ada satu kedai makan tu dah mula menjualnya...saya punya la 'excited' bila dikhabarkan oleh Encik Husband yang ada kedai makan di Bandar Baru Bangi dah ada jual nasi lemak ikan tongkol ini. Maka saya pun tidak melepaskan peluang ini. Satu malam minggu kami pun pergi la ke sana...semangat dan keinginan berkobar-kobar untuk menikmati menu ini...namun berakhir dengan hampa dan kecewa bila melihat etika masakannya dah gagal awal-awal pandangan mata saya lagi. Ikan tongkol yang direbus itu dijadikan sambal tanpa digorengkan dulu ikannya...

Namun saya mencuba juga...suapan pertama terus gagal...saya 'reject' terus...sampai sekarang memang tak pilih menu tu lagi.. Sebagai tips buat semua, ikan tongkol ni atau di Kelantan dipanggil ikan Ayo...apa saja masakan dia, ikan itu mesti direbus dulu mengikut cara rebusan yang betul. Kalau nak dimasak gulai, maka terus ambil yang rebus itu dan tidak perlu goreng, namun kalau nak buat ikan berlada, maka WAJIB ikan itu digoreng dulu. Selepas tu baru buat sambal berlada atau ada yang panggil goreng pedas...ada juga yang panggil 'sweet sour'...apa saja panggilannya...ia adalah masakan yang sama.
Okey, meh kita pergi step by step dulu cara memasaknya.
Cara Merebus Ikan tongkol
1. Ikan disiang dan dicuci bersih. Siram tiga kali. Maka bersihlah ikan itu. Insha Allah bila masak nanti ia takkan hanyir.
2. Potong ikut potongan bersesuaian menjadi kepingan dalam 2cm lebar ya. Saya selalu tengok bila orang tak tahu masak ikan tongkol ini, selalunya disuruhnya potong nipis-nipis sangat, kononnya ikan ni keras. Ikan ni sebenarnya jadi keras sebab tak kena cara masaknya. Ikan tongkol memang speciesnya yang perlu/wajib direbus dulu kalau nak dimasak apa saja menu. Dia tidak boleh digoreng atau digulai terus begitu..memang confirm tidak sedap...dan confirm keras kalau terus digoreng. Jadinya jangan sesekali buat begitu ya!
3. Kemudiannya masukkan ikan dalam periuk yang agak sedang elok dengan kuantiti ikan yang ada. Masukkan air lebih kurang tenggelam ikan...jgn terlebih banyak sangat, dan jangan kurang air sangat. Wajib, masukkan asam keping dalam segenggam atau dalam 10 hingga 12 keping. Asam keping ni kena banyak dimasukkan sebab kita perlukan ikan tu menyerap rasa masam2 masin dan ada manis sikit di hujung rasanya. Kemudian masukkan dua sudu besar (penuh) garam, dan untuk menyedapkan lagi tambahkan sedikit gula dalam satu sudu besar.

4. Masak di atas api sederhana. Tutupkan periuk ya, bila nak mula mendidih nanti, tutupnya perlu dibuka sedikit untuk mengelakkan airnya melimpah keluar. Biarkan lama sikit mendidih...tapi jangan sampai airnya kering...mungkin dalam 20 minit rasanya.

Tips: Orang tua dulu-dulu, ada juga yang kukus ikaan tongkol ini bagi menggantikan proses merebus. Katanya ikan jadi lebih sedap...ermmmm, setakat ini saya tak pernah cuba lagi..mungkin saya selesa dengan proses merebus...lagipun malas la pulak nak mengukus bagai kan....


Cara Menggoreng Ikan Rebus

1. Menggoreng ni seperti biasa macam kita goreng ikan lain juga. Cuma berhati2 sebab ikan rebus bila digoreng dia akan meletup-letup cket dalam kuali...jaga2 takut terperecik minyak panas..

2. Goreng tak perlu garing sangat sebab nanti kita nak buat tumis sambalkan.

3. Setelah selesai urusan menggoreng, maka ketepikan dulu ikan yang telah digoreng tadi.


Cara Membuat Sambal Berlada/Sambal Ikan Tongkol

1. Kupas bawang merah 10 biji (kalau bawang jenis saiz biasa). Kalau bawang merah yang saiz besar tu..saya guna satu setengah biji...

2. Bawang putih dua hingga 3 ulas. Tengok pada saiznya. Jangan banyak sgt bawang putih, nanti masakan jadi tak sedap.

3. Sedikit halia, dalam setengah inci persegi potongan.

4. Cili kering 12 - 15 biji. Saya tambah dengan dua tiga biji cili api, beri aroma cili api sikit yang akan lebih menyedapkan rasanya. Jangan risau, ianya tak beri kesan sgt pada kepedasan sambal. Cili kering ni rendam air panas sekejap, beri dia cepat lembut dan mudah untuk di blend nanti.

4. Sedikit belacan.

5. Blend semua bahan tadi kecuali bawang putih sahaja ditumbuk berasingan.

6. Masukkan minyak dalam lima enam sudu atau secukupnya untuk menumis. Bila minyak telah panas, tumiskan dulu bawang putih sehingga kekuningan. Kemudiannya masukkan bahan yang diblend tadi. Kacau sehingga pecah minyak...dalam lebih kurang 10 minit. biarkan hingga sedikit pekat...masukkan dua sudu sos cili, sedikit air asam jawa, gula dan garam. Bagi yang sukakan perasa, boleh tarukkan sedikit perasa. Tentang gula, perlu dimasukkan lebih sedikit untuk diseimbangkan dengan rasa masam2 ikan dan kuah...biasanya saya letak dalam empat sudu. Saya juga wajib letakkan sedikit gula Melaka a.k.a Nise (bahasa Kelate)  dalam sambal untuk lebih menyedapkan rasa. Masukkan Nise dalam setengah kerek.

7. Setelah selesai proses ini, masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan biarkan ia mereneh dalam lima minit supaya ikan dan kuah dapat menyerap elok. Selepas itu boleh diangkat dan dihidangkan. Bagi yang suka boleh potong halus cilip api merah dan taburkan dalam sambal ikan ini.


Cara Memasak Nasi Lemak

Bahan-bahan:
1. Nasi sebanyak lima pot beras (pot rice cooker tu)
2. Santan RM6.00 (siapa yang suka lebih lemak, boleh tambah sikit lagi)
3. Halia saiz ibu jari, dimayam nipis.
4. Bawang merah dua biji dimayam halus
5. Daun pandan dua tiga helai disimpul
6. Setengah sudu teh halba
7. Gula (lima atau enam sudu besar)
8. Garam satu sudu besar
9. Campur santan dengan air sehingga mencukupkan 9 atau 10 pot beras yang sama tadi. jumlah air ni tengok kepada jenis beras ya. kalau beras siam, kena letak lebih, saya selalunya letak dalm 9 atau 10 pot air kalau masak nasi lemak. ia beza dengan kuantiti air bila kita masak nasi biasa, kerana nasi biasa tidak melibatkan santan.


Cara-cara Masak Nasi

1. Basuh beras. masukkan semua bahan-bahan tadi dan masukkan santan campur air tadi. kacau-kacau sebati dan masak dengan rice cooker. sesekali semasa memasak, ia perlu dikacau bagi mengelakkan santan berkumpul di atas. Mungkin dalam tiga kali kacau untuk tempoh memasaknya. jangan buka kerap sangat tutup rice cooker tu, karang nanti nasi tak masak pulak...mentah nanti....

Bila nasi lemak dah masak nanti, maka bolehlah dihidaangkan dengan sambal ikan tongkol, telur rebus, ikan bilis dan timun batang yang telah dipotong nipis....


Taraaaa...dah siap....Selamat Mencuba!


RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe