Skip to main content

Kerakusan dan Ketamakan Yang Tidak Bermakna...

Kehidupan ini terlalu sukar untuk diramalkan. Ramalan kita tidak semestinya sama dengan Ketentuan Dia Yang Maha Berkuasa. Putaran masa dalam kehidupan ini terlalu cepat berlalu...tanpa sedar dan tanpa disuruh masa itu tetap bergerak..berputar dan beredar mengikut haknya yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta....Siapa kita untuk menyekat masa daripada terus beredar...siapa kita untuk memberikan arahan agar masa itu jangan berputar...Andai itu dapat kita lakukan, maka nescaya kita adalah orang yang 'berkuasa'...namun andai itu tidak mampu untuk kita lakukan, maka sedarlah bahawa kita hanya insan kerdil, yang hanya mampu mengikut peraturan alam yang telah diciptakan oleh Allah. Justeru, untuk apakah sikap yang sombong dan angkuh itu...tiada guna walau sedikitpun.

Sesekali, tanyalah pada diri...apakah penghujung kepada penghidupan ini...adakah kita selamanya akan bernafas di bumi Allah ini....apakah kita akan terus hidup selamanya tanpa penghujung...apakah kita tidak ditelan usia...apakah kita akan terus gagah perkasa...apakah kita akan terus berkuasa....apakah kita akan terus merasa diri terlalu hebat....andai jawapannya 'TIDAK'...maka tidak perlulah mendabik dada bersikap sombong dan lupa diri...merasa diri kitalah yang terbaik...hanya kita yang mampu buat yang terbaik...hanya kita yang pandai.....orang lain semua tidak pandai dan tidak sehebat kita....Duhai diri, siapa kita nak menilai  orang sehingga tahap itu....janganlah ada sifat-sifat begitu....sedarilah semuanya ini milik Dia...Dia yang mengaturkan segalanya...Dia yang menentukan segalanya...sekali Allah mengatakan 'Kun Fayakun', maka terjadilah seperti yang Dia kehendaki...apakah kita dapat menghalangnya...memang tidak mungkin kita dapat menghalangnya...jadinya kenapa perlu terlalu alpa, leka dengan buaian keagungan dunia semata-mata...sekurang-kurangnya kita menyedari semua yang ada di bumi Allah akhirnya nanti akan kembali kepada Pencipta-Nya...tiba saatnya nanti kita tetap akan dijemput menemui Allah...saat itu, tiada pangkat dan tiada kuasa yang akan dibawa bersama ke penghidupan di alam sana...saat itu segala perbuatan kita akan dihitung satu-persatu dan diberikan pembalasan yang setimpal bagi setiap satunya.

Makanya...saat merasa diri terlalu tinggi...beristigfarlah agar kita sedar yang kita milik Allah....saat merasa diri terlalu berkuasa...beristigfarlah agar kita sedar yang kuasa itu milik Allah, bila-bila masa boleh diambil kembali....saat merasa diri terlalu bahagia...beristigfarlah agar kita sedar bahawa bahagia itu milik Allah...bila-bila masa boleh 'diragut' kembali....saat merasa diri terlalu kecewa,...beristigfarlah agar kita sedar kecewa itu milik Allah...Dia yang memberikan rasa itu kepada kita kerana mungkin atas kapasiti ianya sebagai ujian untuk ganjaran yang lebih baik...atau atas kapasiti ianya adalah 'hukuman' atas dosa yang kita lakukan....ujian itu sebenarnya penawar kepada kepada kelekaan...mengejutkan kita dari terus terleka....Setiap rasa yang Allah beri kepada kita mesti ada sebab musababnya...rahsia Allah terlalu besar...kita sebagai hambanya perlu redha, sabar, dan berlapang dada...setiap ujian itu akan ada penghujungnya....

"Sesungguhnya Allah tidak pernah mengambil apa yang kita sayang tanpa menggantikannya dengan yang lebih baik"

"Sesekali diuji. Benar-benar rasa teruji. Hati sakit. Benak perit. Jiwa pedih. Minda letih. Sabar tercabar. Tenang tercalar. Pujuklah diri untuk Redha. Jangan sekali-kali kita lupa. Allah yang meletakkan kita di dalam ujian itu. Dan hanya Allah yang mampu mengeluarkan kita daripada ujian itu."

Sejenak merenung tentang kerakusan manusia terhadap kuasa dan pangkat...sehingga menolak sebuah harga diri...menggadai erti sebuah persahabatan, mengorbankan erti 'Respect'...dan menidakkan soal hak....adakah ini insan yang lahir daripada didikan dan bimbingan yang cukup ilmu dunia dan akhiratnya...banggakah kita andai kuasa dan pangkat yang kita peroleh itu hanya daripada sebuah 'sandiwara kehebatan dan kepetahan menyusun kata'...bahagiakah kita dengan memiliki apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan, apa yang kita 'terujakan'...sedangkan hakikatnya hati kecil kita sendiripun tahu di mana kita sebenarnya...hati kecil kita tahu sejauhmana kemampuan kita....hati kecil kita tahu hakikatnya kita tidak kompeten dalam ertikata yang sebenarnya...kita hanya merasakan kita 'kompeten' dalam angan-angan untuk berkuasa dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Kita tenggelam dalam sorakan rakan-rakan yang menjadi pengampu setia kononnya kitalah orang yang paling tepat untuk diangkat dan dijulang...hakikatnya kita belum sampai ke garisan yang melayakkan...

Sesekali kejutkan diri daripada lena diulit angan-angan...lena dalam mimpi dunia ala-ala YB....agar kita tidak terus hanyut dalam dunia 'ketamakan' dan 'kerakusan'....Dunia ketamakan dan kerakusan ini adalah dunia yang menghancurkan dan memusnahkan....dunia yang menjadikan kita hilang rasional diri dan justifikadi....Untuk sedar dari lena bukan suatu perkara yang sukar untuk dilakukan...hanya kembali kepada Allah sahaja kita akan sedar di mana kita...prinsip ikhlas, jujur, dan sedar diri adalah prinsip terbaik untuk kita mengaudit diri.

Audit diri sangat penting dalam sesebuah kehidupan kerana daripada sini kita akan tahu di mana kita...audit diri perlukan hati yang bersih dan ikhlas dengan kembali kepada dunia nyata dan bukan dunia angan-angan. Dan yang paling penting adalah kita yakin dengan Ketentuan dan rezeki yang Allah berikan. Jadinya mengapa perlu dikejar semuanya itu sehingga sanggup 'memijak' orang yang lebih layak daripada kita...menikam dari belakang, bersikap talam dua muka dan membina sebuah empayar beragenda sendiri kononnya kitalah pembawa perubahan pencetus transformasi....untuk apa semua itu sebenarnya, andai kita kembali kepada qada dan qadar Allah...semua itu tiada dlm kamus hati kita...kita lebih memilih untuk menunggu secara sabar giliran kepada kita yang akan datang...semuanya itu rahsia Allah....Allah melihat dan mengetahui segalanya tentang isi alam ini...andai Dia ingin memberikan kepada kita...maka akan ada jalannya yang Allah telah rancang untuk rezeki itu tiba kepada kita....dan rezeki yang tiba tanpa disangka-sangka ini adalah lebih 'hebat' dan lebih 'terkesan' kepada kita....'kebahagiaan' yang singgah dalam diri atas pemberian yang sebegini amat luar biasa sekali rasanya....percayalah dan yakinlah...

Namun, andai kita terlalu rakus dan tamak sehinggakan sanggup menidakkan mereka yang lebih berhak...mungkin kita akan dapat apa yang kita dambakan...Insha Allah Allah izinkan...namun percayalah...apa yang kita dapat melalui jalan yang tidak betul, Allah tidak akan beri sekali dengan pakej kebahagiaan, sebaliknya Allah tarik rasa bahagia itu...Allah tarik rasa tenang itu....mahukah kita terus-terusan hidup dalam keresahan dan kebimbangan tanpa sebab...sehinggakan apa yang kita berjaya miliki itu tidak memberikan sebarang makna kepada kita. Paling menakutkan adalah apabila Allah tarik nikmat lain yang lebih bernilai yang Dia beri kepada kita sebagai ganti nikmat baharu yang kita peroleh atas jalan pintas ini...Sebenarnya andai kita sedar, macam-macam nikmat yang bernilai tinggi yang ada pada diri kita, lagi mahal dari kuasa dan pangkat yang Allah boleh tarik pada bila-bila masa....justeru itu, janganlah kita terlalu 'hanyut' dibuai bisikan-bisikan kerakusan dan ketamakan!

Prinsip menghormati orang yang lebih berhak dan lebih layak serta lebih dahulu daripada kita, prinsip memberi laluan dan bersabar mengikut kesesuaian masa dan ketika yang sebenar adalah lebih baik kita praktikkan dalam hidup kita daripada kita begitu taksub memikirkan soal kuasa dan pangkat sehingga kita menjadi orang yang tidak sabar untuk mempunyai kedudukan tinggi dan berkuasa. Usahlah ada sikap tamak haloba yang tidak bertempat..kerana ia hanya mencalarkan maruah dan harga diri kita...tambahan lagi, orang-orang tua selalu berpesan, orang tamak selalunya rugi...

Prinsip mengukur baju di badan sendiri juga amat baik untuk dijadikan praktis yang baik dalam kehidupan. Dalam apa jua yang kita lakukan, ukurlah dulu baju di badan sendiri. Jangan lah kita begitu mengejar sesuatu yang cantik dan indah, sehinggakan kita terlupa saiz yang sesuai untuk kita. Jangan risau...andai Allah mengizinkan sesuatu itu menjadi milik kita, maka ia tetap akan menjadi milik kita.....masa itu akan tiba jua bagi setiap orang yang telah Allah janjikan....yang penting adalah doa kita kepada-Nya dan sikap Redha kita atas segala Ketentuan-Nya, juga rasa syukur kita atas segala apa yang telah Allah berikan kepada kita...alhamdulillah!

Tulisan ini hanya sekadar pandangan kerdil saya yang hadir di minda...

Salam Hormat



RZH







Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe