Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Chocolate Walnut Brownies




















Sejak seminggu yang lalu, teringat Brownies Kartika Sari di Bandung. Memang sedap dan terbaik Browniesnya. Sesiapa yang berkunjung ke Bandung wajib singgah di Kedai Kartika Sari untuk membeli pelbagai jenis Brownies, roti, dan kuih-muih, boleh dibawa pulang sebagai ole-ole.

Okey, saya stop dulu bercakap tentang Kartika Sari kerana tujuan entri ini adalah untuk berkongsi bagaimana cara membuat Brownies seperti di atas. Membuat Brownies ni memang sangat mudah sebenarnya...sambil2 buat kerja lain pun boleh buat Brownies ni. Prosesnya tak seperti kita membuat kek yang perlu 'berseni dan berlembut' bagai...buat Brownies ni, orang tua kata macam kita masak 'campak-campak' saja. Resepi ni saya ikut salah satu resepi yang dikongsi di FB, tapi dah lupa nama FB nya...tkasih kepada penyumbang asal resepi ini.

Semasa ke Bakeri di Seri Putra tadi, saya sempat berborak dengan tuan empunya kedai tentang Brownies, sempat juga dia kongsikan tips membuat Brownies...saya kongsi pulak tips tu dengan anda semua kat bawah ya...

Bahan-bahan:

1. Butter (tak kisah apa2 brandnya) satu buku, 250 gm. Saya guna Buttercup.
2. Coklat masakan 350 gm (saya beli dark chocolate yang macam duit syiling tu). Nanti kat bawah sy tunjuk gambar ya.
3. Gula satu cawan
4. Telur 4 biji
5. Tepung naik sendiri 1 cawan dan 3/4
6. Serbuk koko 4 sudu besar

Cara-cara membuatnya:

1. Masak butter dan coklat secara double boil. sehingga coklat dan butter cair. Tutup api dan biarkan seketika.


Le Bourne Dark Chocolate Button

2. Sementara itu, pukul telur dengan gula sehingga gula hancur dan telur akan berbuih.   Masukkan dlm satu penutup esen vanila. Ya guna tutup botol esen vanila tu sendiri yer. Saya pukul telur dengan sudip biasa untuk buat kuih tu. Asalkan gula dah hancur, dah memadai dah. Jangan pukul lama2 sangat yer..

3. Sambil2 tu siapkan dulu bekas untuk bakar di alas dengan kertas membakar tu..nama dia..Baking Paper bahasa omputehnya..bukan apa guna baking paper...untuk mudah nak angkat brownies tu nanti...kalau tak ada baking paper ni, tak apa jgn risau, guna cara tradisi yang selalu kita gunakan masa kat kampung dulu2...sapu margerin atau butter aje keliling bekas, dan kat bawahnya alas dgn kertas...jgn guna kertas surat khabas yerr..bahaya pulak untuk kesihatan...hehe.

4. Kemudian masukkan coklat dan butter yang telah dicairkan tadi ke dalam telur yang telah dipukul bersama telur. kacau biar sebati.

5. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan gandum dan serbuk koko tadi. Tipsnya kalau anda menggunakan raising floor, maka tak perlu diayak lagi. Saya ni malas sikit dan ayak, jadi saya guna raising floor. Namun, katanya untuk Brownies lebih sesuai untuk guna tepung biasa. Kemudiannya masukkan baking powder sedikit. Bukan apa, raising floor ni dia dah siap ada baking powder dalamnya dan tak sesuai sgt untuk Brownies sebab nanti Brownies jadi lebih berongga sangat...atau kata lain gebu sgt macam kek...kalau dah gebu sgt tak sedap untuk brownies.

6. Dalam masa yang sama, saya dah panaskan oven, sambil tu saya dah salai sekejap walnut dalam oven, dalam 5 hingga 7 minit. jangan lama sangat yer..karang hangus pulak walnut tu.. Selain walnut boleh letak 'spesis' kekacang apa saja yang anda suka. Namun untuk beri rasa Brownies yang lebih sedap, walnut punyai rasanya yang tersendiri.

7. Dah selesai semua, masukan adunan ini ke dalam bekas membakar yang telah disiapkan awal tadi. Bakar dengan suhu 160 C untuk 50 ke 60 minit, bergantung kepada oven masing2 ya. Untuk mendapatkan Brownies yang berkedut...selepas masak, biarkan dulu dalam 10 minit Brownies ini dalam oven dulu.




Okey semua, selamat mencuba...memang terbaik dan sangat sedap Chocolate Walnut Brownies ni.

Salam Hormat

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe