Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Cekodok Pisang a.k.a Jepput Pise








Pada entri kali ni, saya nak kongsikan makanan kegemaran saya...paling-paling suka la kiranya. Kenapa saya suka, sebab rasa dia memang sedap tidak tergambarkan, lembut dan garing sikit, rasa pisangnya yang sangat sedap denganmanis-manis sikit...hokey, kita terus kepada bahan-bahannya ya!

Bahan-bahan:

1. 10 biji pisang abu saiz besar-besar cket
2. 6 sudu besar gula
3. 1/4 cawan air
4. garam secubit sahaja (saya jarang masukkan pun/tak perlu pun tak apa)
5. Gandum 7 sudu besar (agak2 ya, jangan terlebih gandum sebab kita nak dapatkan cokodok yang betul2 rasa pisangnya dan lembut).

Catatan: Kalau pisang agak kecil saiznya, perlu ubahsuai gula dan gandum yang nak dimasukkan.

Cara-cara:

1. Kupas pisang dan masukkan dalam bekas. Masukkan sekali gula dan garam ke dalamnya.
2. Lenyet-lenyetkan dengan menggunakan gelas plastik (guna bahagian tapaknya ya, pastikan cuci bersih dulu..hehehe).
3. Sambil melenyet, masukkan air tadi.
4. Masukkan gandum, dan kacau sebati.
5. Boleh la di goreng (pastikan minyak dan panas masa nak masukkan tepung, api jangan kuat sangat masa menggoreng tu,karang cepat hitam pulak jepput kita sebab kita taruk gula kan).

Cekodok ni atau ore Kelate panggil jepput ni boleh dimakan pada bila-bila masa mengikut rasa teringin kita. Kebiasaannya orang makan buat breakfast atau minum petang...pekena dengan teh tarik atau kopi o, memang sedap dan terbekkkk!

Saya kongsikan beberapa keping gambar lagi semasa proses membuat jemput ini.

Jemput sedang digoreng dalam kuali


Adunan jemput dan gandum juga gula dan garam
 serta satu perempat cawan air


Selamat mencuba


RZH



Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...