Bahan-bahan
1. Ikan tongkol saiz besar/sederhana besar. Ore Kelate panggil ike ayo. Dua ekor.
2. Rempah kari ikan khusus drpd kelate dlm peket kecil. Guna satu peket sahaja. Saya selalu guna cap Selising.
3. Cili kering 10 biji
4. Bawang merah 10 ulas
5. Bawang puteh 3 ulas
6. Lengkuas seinci
7. Halia seinci
8. Kunyit hidup seinci
9. Asam keping
10. Gula dan garam
11. Santan 1 kg. Gulai ni kuah mesti pekat.
Cara-cara Membuatnya:
1. Cuci bersih ikan sebanyak 3 kali, siram dan tapis.
2. Rebus ikan. Masukkan garam dlm 3 sudu besar, dan gula dlm satu sudu..wajib taruk gula ni kalau rebus ikan ayo. Rasa dia lebih sedap nanti. Air masukkan paras ikan tenggelam. Api sederhana. Biarkan menggelegak dlm 20 minit. Lagi lama lagi sedap ikan tu sebenarnya, cuma jaga airnya jgn sampai kering..hangit pulak nanti.
3. Sementara ikan direbus. Kupas bawang merah, bawang besar, halia, lengkuas, dan kunyit. Dan potong cili kering, untuk cili kering cepat lembut rendam air panas sekejap.
4. Blend hancur semua bahan pada perkara 3, kecuali bawang putih ditumbuk berasingan hingga lumat.
5. Sekarang tiba masa untuk menumis bahan2 tadi. Masukkan minyak dlm satu senduk dalam periuk menumis..tumis dulu bawang putih yang ditumbuk tadi, bila dah garing, masukkan bahan yang di blend tadi. Kacau dalam 5 minit, kemudian masukkan rempah ikan selising tadi...pelankan api sedikit kacau hingga pecah minyak.
6. Bila dah pecah minyak, masukkan santan dan masukkan ikan, air ikan tu boleh masuk sekali. Masukkan asam keping dlm tiga empat keping.
7. Kacau perlahan-lahan hingga menggelegak..saya biasanya masukkan dalam lima enam biji cili api, buang tangkai dan basuh terus campakkan dalam periuk gulai. tujuan dia adalah nak beri rasa dan aroma lebih sedap lagi kepada gulai tu. Bila menggelegak renehkan dalam 5 minit bagi pecah minyak sikit. Jangan lupa sebelum tu masukkaan garam dan gula. Jangan masukkan ajinomoto untuk gulai ini ya.
![]() |
Masa sedang dimasak dan mendidih atas api |
Kemudianya boleh lah dihidangkan untuk seisi keluarga...memang sedapppp...cukup rasa dia, rasa pejal dan masam2 ikan , dengan rasa manis dan masinnya serta pedasnya.
RESEPI SAMBAL LADA ALA KELATE
Bahan-bahan:
1. Cili merah 5 biji. Ore Kelate panggil lada hidup besar tu..hehehe.
2. Cili api merah dua genggam
3. Bawang Merah 4 ulas.
4. Bawang putih satu ulas besar
5. Belacan dalam setengah inci persegi lebih kurang
6. Limau kasturi dalam tujuh lapan biji atau limau nipis dalam 3 biji. agak2 ya kemasamannya nanti.
Cara-cara:
1. Bakar bawang merah, bawang putih dan belacan. Saya bakar dalam ceper ajaib tu aje. kalau tak ada...letak jaring kecil atas api dan bakar terus atas api tu.
2. Kerana malas nak tumbuk, saya blend aje...masa blend masuk air sedikit sahaja...sehingga boleh blend la..tapi nak kena tengok juga sebab kita tak mahu sambal lada kita ni cair sangat...tak sedap nanti...biar la dia pekat cket...kalau memang kita buat banyak tak apa...air yang kita guna tu, boleh guna lagi selepas kita tapis dulu cili yang kita blend tu. Campur sekali bawang dan belacan yang telah dibakar dan blend sekali. Tapi kalau ikut cara yang saya tengok mak saya buat...bawang tu dimayang halus-halus dan tak perlu blend sekali...lepas tu campur dalam cili yang diblend. tapi bila kat rumah, kita buat sikit aje dan nak cepat siap aje, makanya blend sekali semua.
3. Bila dah blend hancur. Masuk dalam mangkuk, kemudian masukkan air asam limau nipis. Kalau guna limau kasturi. Selepas dah masukkan air perahan limau kasturi tu, mayang halus dua tiga biji kulit limau kasturi dan masukkan dalam sambal lada tu...ni buat sambal lada makin sedap. lepas tu masuk gula dan garam. Seriously, gula mesti banyak bila buat sambal lada ala kelate ni. kalau saya buat semangkuk saiz tapak tangan seperti gambar tu, selalunya dalam 4 sudu gula saya masukkan. Rasanya akan lebih sedap sebab kemanisan itu diimbang dengan rasa masam tadi...jadi kita tak rasa manis sangat.
Selamat mencuba!
RZH
Comments
Post a Comment