Skip to main content

Kembara Tuk-tuk di Hatyai dan Songkla, Thailand

Saya sebenarnya telah lama memasang niat untuk melancong ke Hatyai, namun atas sebab tak berapa berani, takut dengan macam-macam cerita yang didengar tentang Thailand, makanya niat itu hanya tinggal niat sahaja. Ada sahabat daripada Kelantan pernah mengajak ke sana pada tahun lepas ikut jalan darat dan masuk melalui border Rantau Panjang...aduhai masa tu memang saya sangat tidak berani untuk ke sana. macam-macam kemungkinan yang saya fikirkan masa tu. Kawan-kawan rapat memang suka mengajak saya bila mereka pergi tempat-tempat yang mempunyai mempunyai daya tarikan dengan makanannya sebab mereka dah tahu kawan mereka di Bangi ni memang jenis 'pemburu makanan sedap dan 'tersoho'...pasti akan dicari juga sampai dapat...tapi untuk ke Hatyai keinginan terpaksa dipendamkan saja kerana rasa 'ketakutan'  tadi.

Nak dijadikan cerita, Mr. Husband dan rakan-rakannya telah plan untuk pergi bercuti ke Hatyai...Haa..saya agak terkejut juga bila diberitahu dia nak ke sana. Kerisauan dan kebimbangan tentang tahap keselamatan di sana masih menebal dalam diri saya. Awalnya, perancangan Mr. Husband adalah berkonvoi dengan motor berkuasa tinggi bersama rakan-rakannya....huuuuhhhh...yang ini memang saya tidak benarkan...hehehe...seram keselamatan kat Hatyai satu hal...seram dengan keselamatan atas jalan sepanjang ke sana yang mempunyai jarak kira-kira tujuh lapan ratus km tu...ermmmm memang tidak dapat 'diizinkan'. Makanya babai la motor Mr Husband untuk ke sana.

Plan Mr Husband dengan rakan2nya jadi juga, tapi pergi dengan bas, travel sebagai backpacker. Okey kita tamatkan dulu cerita tentang Mr Husband tu ya...sebenarnya cuma nak cerita, bertitik tolak selepas Mr Husband balik dari sana la beliau menceritakan kat sana sangat selamat tidak seperti yang digembar gemburkan. Kata Mr. Husband, orang kita sendiri yang menetap di sana bercerita dan berkongssi pengalamannya sepanjang menetap di sana, tentang keadaan di sana yang selamat untuk dikunjungi. Makanya saya diceritakan perkara-perkara yang baik-baik sekali tentang Hatyai, jauh berbeza dengan cerita yang didengar sebelum ini. Oleh kerana Mr. Husband yang punya pengalaman sendiri, maka hati saya kembali berbunga la untuk meneruskan niat yang sekian lama terpendam untuk jejakkan kaki ke Tanah Thailand.

Saya dan Mr. Husband akhirnya plan untuk ke sana pada akhir Disember sempena cuti akhir tahun saya, juga berkebetulan dengan birthday Mr. Husband juga...makanya boleh la celebrate kat sana sekali. Okey Deal!

Saban hari saya dok menghitung hari...ada sebulan lagi dengan tarikh yang telah di setkan. Rasa tak sabar pun ada juga..excited sungguh...ya la, excited bila membayangkan macam-macam pilihan makanan yang diceritakan oleh kawan-kawan yang semuanya sedap2 belaka...dengan pulut mangganya, pelbagai kuihnya, udang galah yang besar-besar, pulut ayamnya, buah-buahannya dan sudah tentu barangan shoppingnya...wahhh...menarik sungguh. setiap malam saya buat research tentang Hatyai dan Songkla, baca blog-blog mereka yang pernah bercuti ke sana, baca Wikipedia tentang Hatyai. Saya membuat catatan dalam perisian Notes yang ada dalam Handphone, semua perkara yang saya rasa penting untuk diberi perhatian dan diingati, termasuklah tempat makan halal yang sedap, dan tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Dua hari sebelum bertolak, saya telah membuat tempahan Hotel melalui Expedia.com. Pertama kali saya menggunakan tempahan online ini, selalunya Agoda atau Booking.com. Saya beranikan diri menggunakan Expedia.com sebab ianya hanya muncul di skrin komputer masa tempahan untuk ke Hatyai, sebelum ni untuk tempahan ke tempat lain, tak ada pulak dia muncul di skrin komputer...jadinya saya berandaian bahawa, mungkin ini tempahan online yang bagus, kenapa tidak saya mencuba? okey semuanya settle, dengan tempahan di Merlin Grand Hotel. Hotel ni terletak kira-kira 0.5 km daripada pusat Bandar. Kalau sebelum ni Mr Husband duduk betul-betul di Hotel di pusat Bandar, iaitu di Regency Hotel. Apa salah kami mencuba di sini pula. Keseluruhan bayaran hotel untuk tiga hari dua malam termasuk tax adalah sebanyak RM230. Hotel ni kiranya saya rekmen la untuk pilihan penginapan, bersih, cukup selesa untuk dua orang, dan layanan pekerja sangat baik..pekerja hotel di bahagian Reception, boleh berbahasa Melayu siam...lebih kurangnya macam cakap kelate la...pekerja yang lain, tak tahu berbahasa Melayu, juga tak mahir berbahasa Inggeris...tang ini memang haru la...tapi tak mengapa, yang penting untuk kita communicate hanya dgn bahagian reception sahaja.

Perkarangan Hotel Merlin
Sebelum saya menulis tentang pengalaman percutian di Hatyai, mari sama-sama kita kenali dulu dengan lebih dekat tentang Bandar Hatyai ini. Hatyai merupakan Bandar ketiga terbesar di Thailand, dan Bandar terbesar di selatan Thai. Ia terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia. Hatyai merupakan Bandar terbesar di Wilayah Songkla dan kawasan metropolis yang terbesar di Selatan Thai. Kedua-dua Bandar Hatyai dan Songkla ini merupakan sebahagian daripada kawasan metropolis Hatyai-Songkla Besar.  Wilayah Songkla turut terkenal dengan pusat pendidikan yang penting di Selatan Thai. Terdapat lima buah institusi pengajian tinggi iaitu, Thaksin University, Songkla Rajabhat University, Rajamangala University of Technology dan dua buah institusi pengajian tinggi di Hatyai iaitu Hatyai University dan Prince of Songkla University. 

Daripada kajian yang dibuat, komposisi penduduk Hatyai terdiri daripada bangsa Thai yang beragama Buddha, bangsa Melayu-Islam yang disebut sebagai Thai Muslim dan bangsa China. Masyarakat Islam yang hampir kesemuanya berbangsa Melayu merupakan komuniti kedua terbesar di Hatyai. Hatyai merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Thailand selain daripada Bangkok, Chiengmai, Phuket, Krabi dan Pattaya.

Okey saya tamatkan di sini dulu info dan maklumat tentang Hatyai. Sekarang kita kembali kepada penulisan tentang pengalaman percutian saya.

Akhirnya hari yang dinantikan pun tiba. Kami bertolak dari Perak, rumah mak mertua pukul 7.30 pagi pada 23 Disember 2015, dan tiba di Bukit Kayu Hitam pada pukul 12.30 tengah hari. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam, dengan siap makan dan singgah di beberapa hentian. Selepas selesai urusan parking kereta di 'bahagian parkir bermalam' kami terus berjalan kaki menuju ke Imigresen, border Bukit Kayu Hitam-Danok


Masa beratur kat Imigresen ni orang tak berapa ramai sangat., tapi agak slow cket. Dalam satu jam juga kami selesai..ermmmm seperti biasa Imigresen di border Thailand ni, kita 'wajib' hulurkan RM2, dulu katanya RM1 sahaja, tapi masa kami pergi ni, mereka minta RM2. Tak pasti duit ini memang dalam prosedur atau 'duit bawah meja' kepada dia orang...saya kata tak pasti tu sebab, takkan sampai terang-terangan begitu sekali 'rasuah' bermaharajalela...nak kata ada prosedur tertentu untuk bayaran ni, tak pernah pulak berlaku di mana2 kecuali Thailand sahaja..uuuuuuu tak apa lah, tandatanya itu kita tinggal sebagai tandatanya saja la...mungkin ada jawapan di kemudian hari, mana tahu kot suatu ketika nanti saya berpeluang berborak dengan pegawai Imigresen di sana, dan saya boleh risik apa di sebalik duit RM2 ini. Kalau kita tak selitkan sekali dalam passport masa kita hulur passport kepada petugas, dia orang akan minta juga RM2 tu, so may as well hulurkan terus....ermmmm tak pasal2 bersubahat sama ya....

Wah, semasa di Imigresen lagi aku dah memang teruja sangat dah nak melangkah kaki masuk ke pekan Danok, daripada tempat Imigresen tu memang terus Nampak pekan Danok di depan...dalam lebih kurang 10 langkah sahaja daripada border, terus pekan Danok...

Sempat pose kat Pekan Danok, depan 7 Eleven, dalam 20 langkah dari border.

Dekat depan 7 Eleven ni, ada kedai jual top up, saya nasihatkan terus beli top up kat sini, sebab senang nanti bila tiba di Hatyai dan dalam perjalanan ke Hatyai, HP kita dah terus boleh guna. Saya kebetulannya dah ada yang Mr. Husband beli lebih masa ke Hatyai sebelum ni, makanya saya guna yang tu saja. Simkad yang saya paparkan dalam gambar ni dibeli di Konsortium kat Bandar Hatyai. Harganya 100bath kot, RM10 duit kita. Ya Allah punya lajunya jalur internet kat Thailand ni...memang mereka hebat kot dalam bab-bab macam gini...laju gilerr...kalau nak upload gambar sangat cepat jauh beza dengan tempat kita. Saya guna bagai nak rak sepanjang 3 hari di sini, dengan WA dan FB, upload gambar dan sebagainya...semua sekali kos untuk top up ini hanyalah 100batt campur 50bath sahaja...kesemuanya RM15 sahaja...memang murah dan berbaloi dengan kelajuannya itu. Awesome!!


Di Danok kami setkan jam dengan waktu Thailand. Waktu Thailand ni lewat satu jam daripada waktu Malaysia. Makanya kami terus setkan jam ke pukul 1.30 tengah hari, dan waktu Malaysia adalah pukul 12.30 tengah hari. Pukul 1.30 tengah hari, kami bertolak ke Bandar Hatyai dengan menaiki kenderaan awam, naik van. Van ni macam van kia pregio di Malaysia la lebih kurangnya. Boleh memuatkan penumpang dalam 12 orang. Bayaran tiket seorang RM8. Perjalanan dari Danok ke Hatyai mengambil masa lebih kurang 1 jam mengambil kira van berhenti di beberapa tempat untuk penumpang turun bila tiba destinasi masing-masing. Jalan dari Danok ke Hatyai kebanyakannya lurus aje sepanjang jalan. Kat sini memang ini lah kenderaan awam harian menggantikan bas, kat Thailand ni tak ada bas sebagai kenderaan awam, van ini lah yang dianggap sebagai bas kepada mereka untuk bergerak ke sana ke mari, manakala untuk pergerakan dalam Bandar Hatyai pula, Tuk-Tuk digunakan.



Kami tiba di Bandar Hatyai dalam pukul 2.45 petang. Terus ke Konsortium, konsortium ni kiranya pejabat urusan untuk bas Konsortium direct daripada Hatyai-KL. Mr. Husband nak ke sini kejap sebab dia nak buat top-up simkadnya yang sedia ada masa datang sebelum tu. Lagi ada beberapa perkara yang nak ditanya kepada adik yang bekerja di situ, yang dah dikenali semasa datang hari tu. yang sangat membantu pelancong luar macam kami ni.

Kemudiannya kami terus ambil Tuk-Tuk untuk ke Hotel. Dalam 5 minit aje menaiki tuk-tuk dari pusat Bandar ke Hotel kami. Urusan check-in sangat mudah dan pantas, hanya kami saja yang check-in masa tu. Masa kat kaunter hotel tadi, saya terus bertanya tentang massage kat bilik...memang badan rasa lenguh2 dan sakit-sakit sikit, mungkin masa berjalan daripada tempat parking ke Imigresen tadi...terus set dan saya massage untuk dua jam. Orang Hotel kata kos massage adalah 300 bath sejam, dan saya ambil dua jam. Namun bila orang massage tu sampai ke bilik, dia offer oily massage lebih bagus katanya...saya setuju saja...untuk oily kena 600 bath sejam, jadinya dalam RM120 untuk dua jam...saya tahu harga tu agak mahal sebab kat Malaysia pun saya memang buat monthly massage kat Thai massage, harga lebih kurang itu...tapi tak mengapalah..sebab saya pun penat...ikut aje lah asalkan hilang rasa sakit dan lenguh lenguh ni. keesokannya di sebelah malam kami massage kat town, hanya 200 bath sejam, untuk foot massage...RM20 sejam...okey dan sangat berbaloi..rehatkan kaki dan rehatkan minda sekali. Setiap hari la kiranya kami massage sepanjang berada di Hatyai.

Pada malam pertama di sana, kami mengambil peluang untuk menikmati suasana malam di Bandar Hatyai. Melihat kesibukan dan budaya mereka berniaga serta ragam manusia yang sangat ramai. Berkebetulan percutian kami ini serentak pulak dengan persiapan menyambut perayaan krismas...ermmmm ramai juga warga Malaysia dari China dan India ke sini untuk menyambut dan meraikan krismas, dan tak kurang juga orang Melayu yang mengambil kesempatan untuk bercuti sama. Bagusnya di Hatyai ni adalah kita rasa selamat berjalan dan bergerak bebas ke situ sini tanpa gangguan kanak-kanak kecil yang meminta sedekah di tepi-tepi jalan atau di pusat-pusat membeli belah..memang Bandar hatyai 'bersih' daripada senario ini. Tiga hari saya di sini, memang saya tak mampak kanak-kanak atau peminta sedekah di tepi-tepi jalan.

Pada sebelah malam, Hatyai sangat meriah dengan kedai-kedai makan yang dibuka dalam konsep warung-warung kecil dengan dibuka meja lipat di sekeliling warung untuk tempat makan kepada pelanggan. Semua meja penuh dan kena menunggu kalau kita nak menikmati makanan panas-panas yang mereka masak. Warung-warung ni bercampur aduk antara peniaga Cina dan peniaga muslim, makanya kita perlu pandai mencari warung muslim. Mudah saja nak cam dengan melihat peniaga yang bertudung.

Warung-warung makan ni beroperasi pada malam hari saja di tengah-tengah pusat Bandar ini...manakala pada siang hari pula operasi rutin kawasan yang dijadikan seakan 'medan makan' pada malam hari tu bertukar kepada operasi siang hari seperti biasa. Kawasan itu kawasan lapang tempat penumpang bas konsortium berkumpul untuk naik bas bagi perjalanan Hatyai-KL. Pada siang hari kawsan itu transform begitu cepat daripada medan makan sementara menjadi tempat menunggu bas..siap dengan persekitaran yang bersih sekali, seakan kawasan itu bukan kawasan yang dijadikan tempat memasak dan medan makan sementara pada malamnya. Fenomena yang agak menarik juga pada saya. Hebat juga mereka menjaga kebersihan ya...atau ada peraturan/polisi tertentu yang mereka perlu akur, itu saya tak sempat untuk merisik.

Suasana di malam hari di Bandar Hatyai, warung makan, dan gerai-gerai jualan tersusun,
umpamanya macam gaya pasar malam di tempat kita

Pada Hari kedua, kami mengambil pakej trip ke Songkla, melawat beberapa tempat menarik di Hatyai dan Songkla. Kos pakej trip tu dengan 6 tempat dilawati adalah sebanyak 1200bath (RM120). Pada kami dah kira sangat murah tu. Antara tempat yang kami pergi adalah:

1. MagicEye 3D Museum
2. Ice Dome
3. Chang Puak Camp
4. Songkla Aquarium
5. Samila Beach Resort
6. Klong Hae Floating Market


MagicEye 3D Museum

MagicEye 3D Museum ni adalah muzium yang agak luas juga dengan pelbagai pilihan gambar 3D. Tiket masuk ke sini adalah 400bath seorang (RM40/person). Untuk masuk ke sini perlu tanggalkan kasut. ada setengah muzium 3D di Malaysia tak perlu kita tanggal kasut, tapi di sini wajib kita tanggalkan dan simpan di rak yang disediakan. Muzium ini kiranya besar juga. Mempunyai dua tingkat. Kat sini kena spend masa lama sikit sebab banyak sangat lukisan 3D untuk bergambar. For sure kita tak nak melepaskan peluang untuk bergambar di setiap lukisan 3D yang disediakan ini. Keduanya, perlukan masa untuk fikir gaya pose nya macamana pulak, supaya hasilnya nanti bombastik. Kami berdua pun hampir sejam lebih masa dihabiskan di sini. Kalau bawa anak-anak sekali rasanya kena spend dua jam. Antara kategori yang ada ialah ilusi optik, akuarium, fantasi, Mesir, safari, kawasan kutub dan macam-macam lagi. memang sangat menarik. Semasa kita dok excited bergambar tu, kita tak akan perasan ada juga jurufoto mereka yang bertugas merakamkan gambar-gambar kita. Bila kita keluar nanti, boleh pilih gambar kita di kaunter dengan harga 50bath (RM5) sekeping. Ada empat keping gambar kami yang diambil, makanya saya beli semua sebab semuanya nampak cantik. Antaranya gambar 3D yang dapat saya kongsikan di sini.
















Setelah selesai di sini, kami meneruskan perjalanan ke Ice Dome pulak. Di sini, kami tidak masuk ke dalam, hanya singgah untuk bergambar kenangan sahaja. lebih kurang 15 minit sahaja kami di sini. Ice Dome ini ada di dalamnya replika ais yang merupakan mercu tanda beberapa buah negara. Suhu di bawah -15 darjah celcius. Memang sejuk giler la kan. Tapi kami tak mahu masuk sebab masa tu tak mau la dok menggigil sejuk kat dalam. Kalau ada anak2 bersama mungkin kami masuk ke dalam. Budak-budak memang seronok la..sesuai dgn ketahanan fizikal mereka. Tiket masuk agak murah, rasa saya dalam 125bath sahaja kalau saya tak silap. Tempat ni pada saya sebenarnya sesuai untuk bawa anak2. 





Chang Puak Camp

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Chang Puak Camp. Tempat tengok gajah. Chang Puak Camp ni terletak lebih kurang 7km daripada Bandar Hatyai. Kalau kita menghala ke Samila Beach, makanya kita perlu buat pusingan u di pertengahan jalan kerana tempat gajah ni berada di sebelah jalan bertentangan. Kami singgah bergambar sahaja di sini sebab cuaca sangat tidak mengizinkan...panas terik dan saya pula jenis tak tahan panas, kepala akan sakit dan mata nanti mula nak rasa senak dan berdenyut tak menentu pulak nanti.Bagi mereka yang berminat dengan gajah, boleh memilih untuk naik gajah dengan bayaran tertentu yang dikenakan.





Perjalanan seterusnya adalah ke Songkla Akuarium. Dalam pukul 2 petang kami sampai di sini. Kerana terlalu dahaga, kami menikmati dulu air kelapa di warung yang dijual di kawasan pintu masuk ke Akuarium ini. Sedap air kelapanya. sejuk membasahi tekak..selepas menikmati keenakan rasa air kelapa tu, kami terus masuk ke Akuarium. Bayaran tiket masuk adalah 300bath (RM30 seorang).







Selepas selesai di Songkla Aquarium ni, kami menuju ke Samila Beach. Saya memang tak sabar sebenarnya nak sampai di Samila Beach ni sebab tak sabar nak tengok pantainya dan mercu tanda di sini, iaitu The Hatyai Dragon Head dan The Golden Mermaid. Teruja dan memang tak sabar nak tengok dan bergambar kenangan. Bila sampai tu...subhanallah cantiknya pantai dengan pasir memutih dan pantai membiru...Ya Allah alam ciptaan Mu...cantik sungguh. Saya tak lepaskan peluang untuk bergambar di sini.










Semasa di Samila Beach ni kami menjamu selera kat kedai makan di sini. Pemandu Pelancong bawa kami ke satu kedai tu, katanya satu-satunya kedai muslim kat sini. Kami order udang goreng cili kering, tomyam seafood dan ikan belanak goreng kunyit. ermmmm, mungkin jenis masakan yang kami pilih tu tak berapa okey kot, jadi rasanya tidak mengancam sangat la...tak kena dengan taste saya agaknya....saya makan sikit sahaja, dan udang tu memang saya tak sentuh langsung bila ianya tidak masak di belah dalamnya...masih mentah...uuuuuu, saya ni memang jenis tak makan benda yangvseparuh masak, kecuali telor separuh masak sy makan la....bau udang tu masih ada...hadoiii....tapi tak apa la...Saya ingatkan bila sebut udang goreng cili kering ni, ingatkan goreng kering dan taruk cili kering tu...rupanya yang datang tu lain....tapi kalau yang datang lain tu sedap tak apa...kurang sedang la pulak. Tak mengapa...buka rezeki saya nak makan sedap kat sini agaknya.




Antara deretan kedai makan di Samila Beach Resort





Kami bergerak balik ke Hatyai, saya dah lupa dalam pukul berapa, tapi dah lewat petang la. Oleh kerana, keesokannya kami akan bertolak balik ke Malaysia dalam pukul 12 tengah hari, dan tidak sempat untuk ke Pasar Terapung, Klong Hae Floating Market, makanya pemandu pelancong bawa juga kami singgah ke situ. Rasanya pasar terapung ni jaraknya dalam 10 ke 15 minit naik tuk-tuk ke Hotel kami rasanya. Bergambar la juga dengan pasar yang lengang dan sunyi sepi. Tak dapat lah saya tengok suasana dan ragam serta cara berniaga peniaga-peniaga wanita dalam perahu dan pelbagai jenis kuih-muih dan barangan dijual. Kami diberitahu, pasar ni hanya beroperasi di hujung minggu sahaja, iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu saja, mulai jam 4 petang hingga ke lewat malam. Hari Ahad saya tak pasti pulak ia beroperasi atau tidak....




Kesemua tempat yang kami plan untuk lawati dalam trip sehari ini telah selesai semuanya. Kami sampai di Hotel pada pukul 6 petang. Badan sangat penat, tapi berbaloi! Selepas berehat sekejap di bilik, mandi dan solat semuanya. Dalam pukul 8 malam kami keluar ke GreenWay untuk melihat suasana keseronokan malam dengan kedai-kedai jualan barang-barang dan kedai-kedai makan, lebih kurang macam pasar malam juga la...memang meriah sungguh. Perjalanan ke Greenway dengan menaiki Tuk-Tuk ambil masa dalam lebih kurang 10 minit kot...rupanya green way ni bersebelahan dengan MagicEye 3D Museum yang dikunjungi siang tadi. Sebelah malam aje aktiviti jualan di sini ada dan corak perniagaan lebih kurang sama dengan tempat yang malam pertama kami kunjungi di tengah Bandar depan konsortium tu juga, cuma kat sini lebih besar, lebih tersusun dan lebih banyak kepelbagaian barangan yang dijual, termasuk barangan baharu dan barangan second hand juga. Memang Bandar hatyai ni hidup dan meriah pada sebelah malam.





Sepanjang 3 hari berada di Hatyai ni, antara makanan yang sempat saya rasa saya kongsikan di sini. Sempat menikmati pulut mangga, buah berangan yang katanya lebih sedap di sini, chiengmai nut, nasi air ala Hatyai, pisang, anggur, dan seafood. Restoran tempat kami makan selama di sini adalah Restoran Salma, Restoran Hameed, dan warung kedai makan berdekatan dengan Hotel, jalan kaki dalam 5 minit. Tomyam dan kailan ikan masin di Restoran Salma memang sangat sedap..terbaikkk. Begitu juga Teh susu di Restoran Hameed...perghhhhh memang sedap...sangat sedap...saya rekmen untuk uols semua cuba teh susu di Restoran Hameed..Terbaikkk! Warung makan berdekatan dengan Hotel kami juga boley la...nasi kerabu nya okey la...tapi sedap nasi kerabu di Kelate lagi la..hehehe.


Tomyam dan kailan ikan masin di Restoran Salma 


Nasi goreng cili api dan Teh susu dan kopi susu di Restoran Hameed.




Warung berhampiran hotel dengan nasi kerabu, nasi lemak, teh susu dan kopi susu, serta pulut panggang

Saya juga tidak melepaskan peluang untuk merasa buah berangan di Hatyai, bila baca di blog2 lain kaatanya buah berangan di Hatyai ni lebih mudah dikopek kulitnya...ermmmm, tapi pada saya sama saja...rasapun sama sedap. Saya juga merasa Chiengmai Nut...ermmm rasanya okey la. Pisang juga saya beli kat sini...Haaa tang pisang ni memang sedap sgt rasanya banding dengan di tempat kita. Saya berpendapat mungkin pisang di sini dibiarkan masak sendiri, sebab itu rasanya lebih manis dan sedap. Mungkin pisang di tempat kita dipaksa untuk masak...hehehe itu cuma andaian saya saja. Mungkin salah...apapun rasa pisang kat sini memang sangat sedap...saya juga beli buah anggur..sedap dan manis..di tempat kita pun rasa sebegini juga. Udang besau-besau yang dijual di warung-warung kecil menjadi pilihan juga, begitu juga dengan Pulut Mangga....ermmm tapi secara terus terang, rasa pulut mangga di Kelantan lebih sedap daripada di sini. Pulut di Kelantan lebih lembut dan santannya juga rasanya lebih sedap...




Setelah puas menikmati alam semulajadi ciptaan Allah yang sangat cantik dan damai di sini, juga berkunjung ke beberapa tempat menarik dan menikmati sebahagian daripada pilihan makanan di sini, maka pada hari ketiga kami bertolak balik ke Malaysia. Keluar dari Hotel dalam pukul 11.30 pagi waktu Thai, seterusnya dalam pukul 12.00 noon kami ambil van di pusat Bandar untuk ke Bandar Danok. Perjalanan lebih kurang sejam lima minit juga. Tiba di Danok, kami pusing-pusing Bandar Danok sekejap dan shopping beberapa perkara lagi, seterusnya berjalan menuju ke Border Imigresen...kali ini Q agak panjang, begitu ramai sekali rakyat kita yang melancong ke Thailang balik ke Malaysia pada hari ini...kami beratur di sini lebih daripada sejam kalau tak silap saya. Setelah melepasi Imigresen, kami terus ke tempat kereta di parkir. Selepas letak barang, kami berjalan kaki semula ke Mall Duty Free kat situ. Dalam 15 langkah saja, untuk shopping coklat untuk dibawa balik. Juga untuk urusan bayaran parkir. Bayaran parkir kereta adalah RM16/sehari. Kemudiannya kami bertolak balik ke kampung mertua di Perak...ermmmm nak lepas kereta kat imigresen kita juga satu hal..setengah jam juga rasanya, padahal dekat aje. Tapi sebab terlalu banyak kenderaan yang keluar daripada Thailand yang melaluiblaluan Imigresen yang sama. Lebih kurang pukul 10 malam baru kami sampai rumah.

Okey semua, setakat ini sahaja perkongsian saya tentang pengalaman ke Hatyai dan Songkla. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Maaf kalau banyak gambar pula yang dikongsi. Ianya sekadar perkongsian momen2 indah yang dilalui.

Salam Hormat

RZH

Comments

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke LOMBOK ISLAND, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    BBM 51fd8768 / IG : @pariwisatalombok
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    ReplyDelete
  2. A'kum..saya dan keluarga berminat untuk bercuti ke Hatyai, untuk trip berjalan sekitar Hatyai & Songkhla agen boleh booked dekat sana atau sebelum pergi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdra Azwan boleh book semasa di sana. Just deal terus dgn mana2 tuk tuk yg ada kat town tu...nanti boley deal harga pakej satu hari dgn pilihan tempat yg ingin dilawati, dgn driver tuk tuk tu...selamat bercuti dan menerokai bandar Hatyai. Kebetulannya driver yg sy guna tempohari dah balik ke Narathiwat dan tidak bekerja di Hatyai lagi.kalau tidak, sy boley suggest dia unk sdra ambik di sana.

      Delete
  3. Husband saya ada kenal sorang lagi yg mungkin boleh bantu sdra Azwan. Baru kenal masa my husband pergi Dis hari tu dgn kwn2nya. Namanya 'Ya'pemilik restoran Kelantan di Bandar Hatyai dlm lebih kurang 50 meter dari Restoran Salma..'Ya' boley ckp melayu,ramai kawan2nya bawa tuk-tuk, dia boley rekmen kan nanti..nanti boley cari dia di Restoran Kelantan..boleh cuba masakan thai sekali di kedai dia.

    ReplyDelete
  4. Sy tgh survey lawatan ke songkla/hatyai utk ipg sy..sy berminat dgn pakej yg akak tlis tu..nk tnye rm120 tu termsk dlm pengangkutan ke akak?..lpas tu akak ade ke no agen yg sy boleh contact?..tq akak..

    ReplyDelete
  5. Sdri syafiqah, akan ke sana secara sendiri-sendiri tanpa guna travel agent...RM120 tu adalah harga yang akak ambil untuk bayaran tuk-tuk untuk pergi ke beberapa tempat menarik di Hatyai dan Songkla. Akak just pergi sendiri2 sebab akak hanya pergi bercuti berdua dengan husband saja. Untuk pergi dalam bentuk rombongan, I mean bawa team IPG, dan atas urusan rasmi, akak suggest ambil travel agent untuk memudahkan semua urusan di sana. Tapi kalau nak pergi sendiri tanpa travel agent, boleh juga cumanya ahli mesti sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan atau kesulitan yang bakal dihadapi..sebab di sana nanti semua kena urus sendiri nanti..untuk dapatkan beberapa cadangan travel agent mungkin boleh cuba google dulu dan tanya harga pakej mereka...mungkin juga boleh cuba Mahsuri Travel & Tours Sdn. Bhd., 603-90548651/8652, e-mel: mahsuri_tkl@yahoo.com.my.

    ReplyDelete
  6. Nak tanya.
    1200 bath tu termasuk tiket masuk ke semua tmpt ke tu? Ke hanya tambang tuk-tuk je

    ReplyDelete
  7. 1200 bath transport je kan? brapa maximum person untuk 1200 bath tu?

    ReplyDelete
  8. salam...
    sy plan nk pergi hatyai dan krabi menaiki kereta dgn anak2 dan suami thn dpn.ok ke keadaan sane?

    ReplyDelete
  9. Agaknya berapa ratus duit kita ckup utk mkn minum d hatyai? Sebab sy nk tukar duit baht

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe