Skip to main content

Tinggal Rasa Duka...Fikirkan Rasa Bahagia

Lagu: Bila Orang Dah Benci
Penyanyi: Saleem

Tak guna memujuk lagi
Pabila orang dah benci
Tak perlu rayu simpati
Dia dah tak sudi
ohh...

Biarpun ku masih saying
kasihku tak pernah padam
Tetapi apakan daya
Terpaksa ku lepaskan

Sampai hatimu melihat diriku dihukum begini
Seluruh hidupku bagaikan mati tak bernyawa lagi

Mengapa sayang engkau hancurkan
Niat suciku menyunting dirimu
Sedangkan dulu engkau berjanji
Kau hanya milik ku

Bila orang dah benci
Tinggal aku sendiri
Orang pun dah tak suka
Dikenang pun tak guna

Bukan niatku untuk berpisah dengan dirimu
Aku terpaksan memilih dia
Aku terpaksan lupakan dirimu
ohh..kejamnya sikapmu padaku

Bila orang dah benci
Tiada guna ku nanti
Labih baik ku pergi
Pergi membawa diri


Wahai hati yang berduka, dunia ini hanya sementara. Usahlah ditangisi apa yang telah berlalu. Dalam hidup ini, untuk kita terus sukses, pandanglah ke depan, tinggalkan lah segala kelukaan di belakang, usah menoleh lagi. Yang telah berlalu, boleh dikenang, namun kenangilah hanya yang membahagiakan dan menggembirakan hati kita.

Kenapa perlu ditangisi setiap yang berlalu ini, andai ianya hanya merobek luka di hati...hidup ini masih jauh destinasinya. masih banyak yang perlu kita kejar untuk melengkapkan sebuah kehidupan. gunakan segala tenaga dalam diri untuk memikir dan merancang masa hadapan yang perlu disusun dengan baik bagi menjamin suksesnya kehidupan kita di kemudian hari. Tenaga yang ada dalam diri usah dibuang kepada perkara yang sia-sia...

Jadikan sebagai prinsip hidup, duka dan derita yang berlaku itu sebagai pengajaran dan sempadan untuk menghadapi hari depan. Jangan biarkan diri kita dibelenggu oleh kisah silam yang menyakitkan...Tanya diri, kenapa perlu seseorang yang telah mengkhianati kita, menghancurkan hati kita, melukakan hati kita, perlu kita beri ruang lagi untuk mengganggu kebahagiaan kita...perlu diingat, andai kita masih mengenangkan segala derita itu, maka seakannya kita membenarkan dia dan kenangan itu menerobos masuk ke dalam fikiran kita dan memberikan kesedihan berpanjangan kepada kita. Sudah pasti kita tidak ingin orang yang menyakiti kita terus-menerus 'menakluki dan mengawal' diri kita....maka bangkitlah...kuatlah...ketepikan semua itu...hadapi apa yang sedang dilakukan pada hari ini, dan fikirkan perancangan untuk hari esok.

Kehidupan kita perlu ditentukan oleh diri kita sendiri. jangan sesekali membiarkan orang lain yang pernah menyakiti kita membatasi kehidupan dan kebebasan kita. Dengan mengenanginya, kita mungkin akan terus terluka, tidak bermaya, tidak bersemangat...untuk apa membuang masa begitu... secara tidak langsung dia membatasi kebahagiaan yang kita boleh kembangkan...justeru, jangan biarkan.

Mari lakukan sesuatu yang lebih berfaedah...sibukkan lah diri dengan apa jua pekerjaan yang kita minati yang boleh kita lakukkan dari hati dan khusyuk melakukannya...dengan cara ini kita akan melupakan segala kepedihan yang dilalui...percayalah!

Saya memetik kata-kata orang berjaya seperti Dale Carnegie,

" Orang menjadi bimbang kerana mempunyai waktu rehat untuk memikirkan adakah dirinya bahagia atau tidak. Itulah rahsianya."

Maka dari itu hal tersebut jangan sekali-kali dirisaukan! "Singsingkan lengan baju" dan berusahalah agar selalu sibuk. Dengan demikian darah akan beredar dgn lancar, fikiran mulai terbuka dan sebentar saja semua hal yg positif dalam kehidupan kita akan mengusir kebimbangan dari dalam diri kita. Usahakan lah agar anda boleh tetap sibuk. Buatlah supaya tetap sibuk. Ketahuilah bahawa ini merupakan salah satu ubat yang paling mujarab dan termurah di dunia.
George Bernard Shaw via Dale Carnegie...

Saya juga berminat dengan kata-kata daripada John Cowper Powys dalam bukunya "The art of forgetting the unpleasant,

"Rasa keselamatan yang selesa, ketenteraman hati yang mendalam, serta kebahagiaan sejati akan melegakan seluruh saraf manusia bila manusia asyik dan sibuk melaksanakan pekerjaannya"

Maka, untuk semua usah berduka dan bersedih lagi...bangun dan bangkitlah...isilah masa terluang dengan apa jua perkara yang boleh menjadikan masa kita sibuk dan terisi....banyakkan berdoa dan melakukan solat taubat dan solat hajat pada setiap kali solat maghrib....Insha Allah jalan keluar daripada kesedihan akan Allah bentangkan....

Salam Hormat.

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe