Skip to main content

Bicara Bengkel "Enhancement of Management Process Skills", 25 - 27 November 2015...



Kali ini saya ingin berkongsi tentang ilmu yang diperoleh semasa menghadiri bengkel anjuran Profesional, diadakan di PNB Ilham Resort, Port Dickson pada 25 hingga 27 November 2015.
Seikhlasnya, saya rasa sangat berterima kasih kerana dijemput untuk menghadiri bengkel ini bersama-sama dengan lebih kurang 20 orang ketua-ketua Bahagian yang lain...semua perlu ada sepatutnya, daripada Dekan, Timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan, Pengerusi-pengerusi Pusat Pengajian dan Ketua-ketua Pentadbiran dalam Gred N seperti saya ni.

Sepintas lalu melihat kepada pengisian program...wow!
menjadikan saya tidak sabar untuk menantikan tarikh bengkel tiba. setiap hari sejak seminggu menghitung hari menantikan dengan tidak sabarnya bengkel ini tiba. Mengapa saya mengatakan 'WOW'....kerana bila di dalamnya tercatat sesi Ketrampulan Peribadi Untuk Keterserlahan Imej Universiti oleh Encik Rudy Ludinata Misnun yang memang merupakan bidang yang saya minati.

Bidang ini lebih kurang bidang 'adik-beradik' dengan bidang saya semasa buat Master in Corp Comm di UPM dulu. Perasaan ingin tahu siapa Rudy Ludinata ini tidak dapat ditahan lagi...kebiasaannya saya tidak begini, ditambah pula dengan kesibukan di pejabat, tak ada masa bagi saya nak bertanya pakcik google siapa dia ini. tapi untuk kesekian kalinya saya mencari info tentang beliau di Google, mengapa?...ya, kerana ini bidang saya dan 'soul' saya, itu sahaja jawapannya.

Saya akhirnya 'menggoogle' nama Rudy Ludinata, tapi info yang saya dapat tidak mencukupi untuk saya mengetahui lebih tentang dirinya sebelum saya masuk 'kelasnya' nanti. Justeru, saya membuat keputusan untuk bertanya kepada urus setia bengkel...saya emel kepada urus setia, dan 'in a short time' saya terus dapat profile beliau...saya 'go thru' profile Rudy Ludinata....ya menarik...dan saya tak sabar menunggu tarikh bengkel menjelma.

Akhirnya hari yang dinantikan pun tiba...saya sudah di kelas Encik Rudy....saya ringkaskan cerita, apa yang disampaikan oleh beliau memang seindah khabar yang kuterima awal tentang dirinya...sangat 'awesome'...ya, memang terbaekkkk kata orang sekarang......masa setengah hari yang diberikan memang sangat tidak mencukupi, semua peserta inginkan lebih, namun apakan daya, itu sahaja masa yang diperuntukkan oleh urus setia kerana masih ada beberapa slot lain lagi yang perlu diisi dalam program 3 hari di sini...selepas ceramah, saya sempat berborak dengan Encik Rudy dan meminta nombor telefon bimbitnya kerana saya ingin menjemputnya untuk memberikan talk on image and appearance kepada staf saya serama 30 orang, yang mana perancangan bengkel ini telah kumasukkan awal dalam perancangan latihan untuk staf bagi tahun 2016. Kami juga sempat bergambar bersama. Juga saya selitkan sekali beberapa gambar bersama peserta lain.










 
Saya akan kongsikan ilmu yang diperoleh semasa bengkel ini dalam penulisan berikutnya.

Salam buat semua!

 

 

 

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe