Skip to main content

November datang lagi...Selamat Hari Lahir

22 November ...



Dia datang lagi,
setiap tahun akan datang
dan tidak mungkin kita semua dapat menghindarinya,
semua insan akan menanti dan mengingati hari lahir masing-masing
sama ada ianya diraikan dengan gembira atau berduka
semuanya terpulang kepada kenangan yang dilalui.

Aku gembira dan bahagia pada setiap kali tarikh kelahiranku ini tiba
dalam masa yang sama, aku juga berduka di sebalik kegembiraan yang dilalui
saat tarikh lahir ku tiba...memang aku tunggu, namun setiap kali menyambutnya datang 'suatu rasa'
seakan duniaku tidak lengkap...
seakan aku kehilangan sesuatu yang kini sudah tidak bersama
Perasaan ini saban tahun bersama..
Tidak mungkin pudar dan tidak mungkin hilang
hanya masa sahaja yang menentukannya

Bersabarlah wahai hati,
ketepikan lah 'rasa' itu
layani la kebahagiaan yang datang
lupakan la segala duka yang berlalu
Sabar dan tabahkan hati
sudah pasti sinar kan menjelma jua

Dunia ini ibarat roda
setiap insan akan melalui pelbagai rasa
asam garam kehidupan itu sudah Allah tentukan
kita manusia perlu redha dengan segala takdirNya
ingatlah...setiap ujian bukan saja-saja Allah berikan
ianya semua untuk menguji kekuatan iman dan kesabaran kita
pastinya...andai kita redha dan sabar
ganjaran yang lebih besar Allah janji
Janji Allah itu pasti....

Kenangan yang berlalu
tidak mungkin mudah hilang dari ingatan
ianya tetap kekal di dasar hati ini
terkunci rapat takkan berlalu
rasa pedih, terluka, tersiksa dan menderita
benamkan lah bersama di dasar hati itu
biarkan ianya berkubur tanpa gangguan di sana
andai tiba ketika yang Allah izinkan nanti
biarkan lah ianya berlalu pergi...

RZH..


Biar gambar berbicara....terima kasih buat semua staf yang disayangi. Buat suami dan anak-anak yang menjadi kekuatan selama ini...Terima kasih dan seribu penghargaan....22 November...insha Allah berjumpa lagi di tahun hadapan, andai usia ini masih ada...








Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe