Skip to main content

Berani Hidup Mesti Berani Hadapi Masalah...

Lebih dua minggu tak sempat jenguk menitip bicara...

Kesibukan tahap tak leh bincang, kepenatan, kecelaruan fikiran dan macam2 hal merupakan punca...

Malam ni tertarik dengan satu ayat yang keluar di TT...katanya "Berani Hidup Harus Berani Hadapi Masalah"

Tapi untuk penulisan saya ni saya tukar "Harus" kepada "Mesti".

Mana mau nya harus hadapi masalah...tak adanya harus tapi wajib hadapi masalah...mesti hadapi masalah kerana kehidupan takkan lari daripada masalah, halangan, cubaan, ujian dan apa jua perkataan seumpamanya.

Masalah dan ujian itu akan lebih mematangkan dan mendewasakan kita. Jadi ubah mindset daripada mengeluh kepada bersyukur...bersyukur kerana kita yang Allah pilih...pasti ada hikmahnya...apa yang perlu adalah sabar, redha dan terus kuat!

Prinsip mudah:

1. Jangan lari daripada masalah. Kalau lari dari masalah takkan selesai dan makin rumit. Kesannya besar kepada keselesaan hidup. 

2. Anggap masalah tu sebagai pendamping kita. Tiada masalah macam tawar la hidup. Tiada garam gulanya. Jadi, berdamai lah dengan masalah yang hadir tu...lenturkan diri kita mengikut masalah yg datang...biar ia mengikut situasi..jgn menjadi objek yang keras dlm berhadapan dgn masalah...umpama pembaris yg tak boleh dilentur dan dibengkokkan...sudah pasti cepat patah...kalau patah..mmg check mate la. Gagal.

3. Belajar untuk melatih mindset kita untuk menganggap semua masalah tu kecil saja dan boleh diselesaikan. Fikirkan mudah dan fikirkan boleh selesai..."kita buat dia" maka DONE. Jiks fikir mudah akan mudah dan jika fikir susah akan susah. Pilihan di tangan kita. Perlu bijaksana!

4. Belajar bertenang dan jangan kalut bila ada masalah. Fikir, analisis dan plan strategi bertindak. Percaya kepada instinct dan hati kecil. InsyaAllah semua ok. Yakin.

5. Ingat selalu masalah dan ujian itu Allah yang izinkan. Pasti ada jalan yang Allah bentangkan untuk penyelesaian. Doa dan kembali muhasabah diri...jgn blame orang lain atas apa jua situasi. Belajar untuk mengubah cara kita berfikir atas sesuatu itu.

Sekadar tulisan sesambil melayan mata mengantuk...semoga bermanfaat juga. 

Salam hormat

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe