Skip to main content

Motivasi kehidupan: Suatu Jawapan yang Tertangguh...

Sesuatu yang tertangguh itu memang sesuatu yang tidak menyenangkan...sesuatu yang mengecewakan dan sesuatu yang menyakitkan...apa yang tertangguh akan terus tinggal tertangguh andai ianya tidak diberikan jawapan...tidak diberikan penjelasan dan tidak diberikan kelegaan kepada sebuah pertanyaan...

Namun, jangan kita lupa sesuatu yang tertangguh itu juga tidak akan bermakna lagi setelah ianya melalui tempoh masa yang agak panjang untuk diberikan jawapan dan penjelasan...sudah basi orang kata...kalau sudah tersangat lama dibiarkan tanpa jawapan...makanya ia tidak lagi menjadi suatu yang excited untuk diketahui, malah tak langsung berminat lagi untuk tahu...makanya ia akan berlalu begitu sahaja tanpa keadilan diberikan kepada yang berhak.

Andai kita ingin bercakap tentang 'adil'...adilkah kita bila masa orang punya hak tidak kita berikan...namun bila masa kita punya hak...kita menuntutnya seakan orang tidak punyai perasaan...adilkah kita andai kita sewenang-wenangnya memperlakukan orang sesuka hati kita, tanpa kita ambilkira hatinya yang terluka, perasaannya yang tercalar dan deritanya yang ditanggung. Sedangkan pada suatu waktu yang mendatang...kita tiba-tiba muncul dan hadir menyapa dalam kehidupan orang yang kita hancurkan hatinya itu sedangkan pada suatu waktu yang telah berlalu kita menjadi punca kepada kehancuran dan kepedihan hatinya yang tidak tertanggung...dan saat kita muncul itu kita seakan ingin dilayan seperti biasa...sekan tidak pernah berlaku apa2 di antara keduanya...adil kah itu.

Memang tidak adil!
Namun apa pilihan lagi yang ada pada orang yang terluka itu...tidak ada yang terbaik melainkan melupakan segala yang telah berlalu...walau perit, walau sakit hanya mampu berdiam diri dan memendam rasa. Segala rasa pedih dan derita yang dilalui biarlah tinggal sebagai rahsia diri sahaja. Sehingga luka itu bertaut sendiri, sehingga luka kepedihan kering sendiri...nak diubat tiada ubatnya...kerana hati yang terluka tidak mungkin dapat dirawat kecuali masa sahaja yang 'merawatnya'...peredaran masa yang kita lalui dan harungi itu menjadikan semakin hari rasa sakit itu hilang tanpa kita menyedarinya, walau hakikatnya parut itu tidak mungin hilang...akan kekal selamanya di situ, namun sekurang-kurangnya kita tidak terus berduka lagi..tidak terus dihimpit kesedihan lagi.

kalau nak bercakap tentang rasa adil..tidak mahu untuk kita teruskan silaturahim walau hanya sekadar teman biasa...tapi fikirkan tiada penghujung dan kesudahannya, maka redahlah jua...telan lah jua...terima kembali huluran silaturahim walau suatu ketika dulu hati sangat terluka. Cuba seboleh mungkin menganggap kehadiran itu seakan kehadiran insan baharu...langsung tiada kaitan dengan perkara lama...anggap perkara yang lama itu sudah mati dan berkubur....

Sesekali teringin untuk mengungkitnya segala yang telah berlaku dulu...segala perbuatan yang sangat menyakitkan dulu...tapi untuk apa?
untuk apa ianya diungkitkan kalau hanya mengundang rasa sakit yang berulang...rasa kecewa yang berpanjangan...tidak berbaloi untuk terus memerangi hati dan perasaan hanya kerana jawapan yang masih tertangguh itu. Sedangkan pada hakikatnya perasaan ingin tahu yang dulu membuak-buak, tapi kini langsung tiada lagi dalam kamus diri. 

Memikirkan kematangan dan kebijaksanaan yang dipelajari sepanjang menanggung derita dulu...makanya tiada lagi dendam dan tiada lagi rasa marah..tiada segalanya...melainkan hanya sekadar bersilaturahim. Sesekali terkenang, rasa sakit hati datang...tapi tiada sebab lagi untuk dilayan rasa sakit hati itu...kuburkanlah segalanya sehingga tiada apa lagi yang tinggal untuk dikenang. 

Dalam kehidupan ini, cukuplah sekali saja kita terluka atas perkara yang sama...kerana kalau kita membiarkan diri kita terluka buat kali kedua pada perkara yang sama...itu bodoh nama...sekali terkena...sekali merasa...maka beringatlah...jangan dibiarkan diri kita jatuh buat kali kedua atas sebab yang sama.

Kematangan itu dilatih daripada pengalaman yang dilalui. Pengalaman perit akan semakin menguatkan kita dan menjadikan kita semakin matang dalam kehidupan. Keperitan dan kepedihan yang dilalui akan menjadikan kita tegar dan kuat untuk terus mengharungi badai kehidupan...andai setakat goncangan kecil...tidak mengalah kita....anggap itu hujung jari sahaja untuk diketepikan.

Sesuatu yang memusnahkan semangat dan motivasi kita, biarlah ia hanya sekadar hinggap di tapak tangan sahaja...bila2 masa boleh kita lemparkan dari tapak tangan kita...bila2 masa boleh kita jentik sahaja. Hati dan jiwa mesti besar....Untuk apa menganggap perkara yang memusnahkan adalah benda besar pada kita...itu hanya merugikan...sebaliknya anggapkan perkara yang memusnahkan itu hanya sebagai tiupan angin lalu sahaja...langsung tidak mampu menyentuh kita...langsung tidak mampu menggugat kita...langsung tidak terkesan kepada hidup kita....maka itulah dinamakan 'bijaksana' dan 'matangnya' kita dalam mengemudikan kehidupan. 

Bagi mereka yang berduka di luar sana...bangkitlah semula dengan kekuatan yang masih berbaki...jangan mengalah pada sesuatu yang menghancurkan hati dan perasaan kita...just ignore perkara yang tidak penting dalam hidup kita...beri tumpuan kepada sesuatu yang penting dan bermanfaat dan bukan kepada sesuatu yang merugikan. 

Saat kecewa dan terluka, kembalilah pada Dia yang Maha Berkuasa. Ingatlah segala yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi...pasti ada rahsia Allah di sebalik setiap kejadian. Kita hanya hambanya yang lemah, pohonlah kekuatan kepada Dia...berdoalah dan mintalah pada Dia....sudah pasti Allah sentiasa mendengar...sentiasa mengabulkan permintaan hambanya.

Banyakkan berdoa dan beristigfar kepada Allah, pasti nanti Allah akan membuka jalan dan meleraikan segala kekusutan dan dipermudahkan segala kesulitan. Sabar dan redha itu penting dalam kita mengemudikan segala ujian dalam hidup kita...percayalah kemenangan yang Allah janjikan bagi mereka yang bersabar dan redha adalah kemenangan di kemudian hari yang cukup indah sekali...percaya lah!


Salam Hormat
Nukilan: RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe