Skip to main content

Minat dan Hobi dalam Keseimbangan Kehidupan...

Semua orang mempunyai minat dan hobi tersendiri. Minat dan hobi ini adalah 'teman rapat' dan menjadi 'darah daging' kita. Minat dan hobi ini datang dari dalam diri kita, dan bukan ia datang begitu-begitu sahaja. Minat dan hobi ini adalah kesukaan peribadi kita. Ia adalah perkara yang kita suka untuk melakukannya dan bukan perkara yang dipaksa-paksa untuk melakukannya. Minat itu akhirnya menjadi hobi yang kita akan merasa gembira dan bahagia, serta senang setiap kali melakukannya. Kita akan terus setia melakukannya sehingga mungkin jua tiba satu ketika kita berhenti daripada melakukannya. Berhenti itu bukan bermakna kita sudah tidak berminat lagi, tapi mungkin ada faktor-faktor yang menghalang. Namun minat dan hobi akan tetap kekal berada di hati walaupun kita tidak lagi meneruskannya lagi.

Mengikut Kamus Dewan, minat bermaksud kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu; menggemari sesuatu. Manakala hobi pula adalah kegemaran yang diamalkan pada waktu lapang dan bukan pekerjaan yang utama.

Mengapa sebenarnya kita perlu 'melayan' minat dan hobi kita. Banyak sebab sebenarnya...banyak manfaatnya...saya sekadar kongsikan beberapa mengikut pandangan peribadi saya. Antaranya adalah:

1. Mengisi masa lapang kita dengan cara yang berkualiti
2. Menghilangkan rasa 'stress' dan meringankan bebanan dan kekusutan fikiran yang dihadapi terutamanya bagi mereka yang bekerja.
3. Menambahkan ilmu pengetahuan kita apabila minat itu terus kita 'explore' dan seterusnya menambahkan kematangan kita.
4. Memberikan kepuasan dan ketenangan batin kepada kita dan seterusnya kepuasan yang dikecapi meningkat rasa kebahagiaan dalam diri.
5. Membolehkan kita melupakan sejenak kelukaan dan kekecewaan yang dihadapi.
6. Meningkatkan semangat dan motivasi
7. kita dapat ekspresikan hasrat dan kreativiti
8. Melatih kita berkomunikasi dengan diri sendiri dan ini boleh membina dan meningkatkan rasa percaya pada diri.
9. Membawa kepada kecemerlangan diri dan mencapai puncak sukses.
10. Meningkatkan jaringan sosial

Saya tidak menghuraikan dulu satu persatu mengenai manfaat di atas ya...kalau nanti ada waktu lagi, saya huraikan, yang ini hanya sekadar menyenaraikan sahaja. Tapi rasa saya, semua pembaca boleh faham dengan mendalam apa maksud bagi setiap satunya.

Bagi mereka yang semakin meningkat usianya, seharusnya perlu ada keseimbangan antara kerja dengan kehidupan. Menumpu sepenuhnya kepada kerja akan menjadikan kita tidak 'enjoy' dengan 'life'...ya betul kita 'enjoy dengan kerja, namun percayalah semua orang perlu 'privacy' nya yang tersendiri bagi mengimbangi kehidupan ini. Begitulah sebaliknya, seandainya kita menumpukan semua kehidupan kita hanya untuk 'enjoy' semata-mata, tanpa memikirkan kepentingan dalam kerja, norma-norma kehidupan yang perlu kita patuhi dan sebagainya lagi yang menjadikan kita leka, makanya secara perlahan-lahan kita sebenarnya menuju 'kehancuran' dalam hidup.

Justeru, keseimbangan antara kerja dengan 'enjoy dengan life' sangatlah penting supaya kedua-duanya kita peroleh. Gunalah prinsip, semasa kerja memang kerja betul-betul...200% diberikan...dan semasa perlu 'enjoy' maka 'enjoy' la betul-betul dalam batasan norma dan budaya, serta pegangan agama kita yang mengizinkan. InshaAllah kehidupan kita akan lebih tenang dan bahagia, hilang dari stress kehidupan yang melanda.

Saya berminat dengan beberapa hobi yang memang sebati dalam diri saya sejak dulu. Perkara yang menjadi hobi saya sejak kecil adalah:

1. Memasak/berbakeri dsbnya berkaitan
2. Mengait (benang dikait untuk dijadikan sesuatu, cthnya kopiah, stokin, bunga dsbnya)
3. Menghias & menggubah
4. Mendengar muzik/lagu-lagu balada dan blues
5. Membaca buku-buku motivasi dan buku-buku agama, juga buku-buku pengurusan.
6. Menulis sajak/puisi/luahan
7. Membaca novel
8. Karaoke (tapi hanya di rumah sahaja dengan famili)
9. Menyertai kumpulan nasyid/nyanyian/menjadi qariah pertandingan mengaji berlagu (masa sekolah dulu..hehe)

Kesemua minat ini memang hobi saya, namun kini atas faktor peredaran masa dan pertambahan usia minat dan hobi ini ada sesetengah minat ini telah tidak saya teruskan...hanya menjadi kenangan dalam hati. 

Minat-minat ini juga sebenarnya boleh ditransformasikan kepada skala yang lebih besar. Contohnya, minat saya dalam penulisan tidak pernah berakhir...sehingga akhirnya saya mempunyai Blog sendiri. Blog ini sebenarnya saya wujudkan pada tahun 2011, semasa saya bercuti belajar...masa ni saya hanya sibuk menjalankan tugas sebagai pelajar sahaja...kesibukan dan 'sesak nafas' dalam kerja/karier ditinggalkan buat sementara waktu, dan kerana itulah saya punyai sedikit waktu senggang untuk saya 'berblog' dengan mengumpulkan koleksi tulisan saya di Blog anggerikdesa ini. Saya puas dengan 'dunia blog' ini...saya rasa lega dan lapang apabila segala apa yang hadir dalam minda saya dapat saya luahkan dalam bentuk tulisan...segala pengalaman dan ilmu yang ditimba dapat saya kongsikan dalam bentuk penulisan. Sebenarnya, secara tidak langsung menulis ini boleh mengurangkan 'rasa stress' kita...hehehe. Kini walaupun sibuk dengan kerja, saya tetap cuba juga mencuri masa untuk menulis...ini kerana bila dah ada blog ni, saya sendiri termotivasi untuk terus menulis dan menulis....kebiasaannya idea datang pada waktu malam...sebenarnya bila saya stress, saya akan menulis...adussss...lepas selesai menulis saya lega...hehe

Suatu waktu yang berlalu dulu, saya minat sangat membaca novel (kini dah kurang sikit, dalam dua tahun ini langsung tidak rasanya. Ish ish, baru saya perasan cepatnya masa berlalu, dah dua tahun rupanya..huhu), mungkin antara faktornya adalah kerana batasan waktu yang ada...hanya sesetengah penulis sahaja yang saya suka garapan tulisan dan plot ceritanya...yang paling saya suka adalah penulis novel Norhayati Berahim...saya memang peminat setia dengan garapan penulisan dia...sangat sesuai dengan jiwa saya....boleh dikatakan semua koleksi Norhayati Berahim saya miliki dan terjaga elok dalam simpanan...saya merasa puas bila dapat menatap novel-novel dalam simpanan ini..membelek-beleknya...melihat kepada tajuknya saja sudah memberikan kepuasan kepada saya...kadang-kadang orang kata pilihan tajuk novel yang kita pilih ada kecenderungan dan perkaitan kita dengan tajuk itu, atau dengan kata lain ada hubungkaitnya dengan apa yang kita rasa pada masa itu...tapi tidak semuanya boleh dikaitkan begitu ya...hehehe

Antara koleksi novel yang masih rapi dalam simpanan, walaupun kini tidak lagi 'membaca novel'...
























Ya, bila berakap tentang novel ini, baru saya perasan sudah lama sebenarnya saya tidak menjenguk di rak novel bila saya mengunjungi mana-mana kedai buku...kalau menjengukpun saya sekadar menjenguk di rak buku-buku pengurusan dan buku-buku motivasi sahaja sekarang ni...agak-agaknya nanti boleh kembali semula kepada novel kot...tengok lah kalau ada ruang waktu yang mengizinkan. Lagipun rasanya sudah lama tidak berkesempatan untuk pergi ke kedai buku...aduhai masa oh masa....

Kembali kepada minat dan hobi ni, dunia hari ni menyaksikan hobi yang pelbagai...ada yang normal dan tidak kurang juga yang tidak normal...apa-apa saja la, yang penting jangan la yang membahayakan diri kita dengan hobi yang 'tak masuk akal'. Sekarang ni, saya tengok ramai yang suka hobi untuk 'ride' dengan motor besar, atau motor kecil..tak kisah lah... ikut kesukaan masing-masing, ada yang suka mengembara sambil 'ride', ada yang suka mendaki bukit/gunung, ada yang suka berswafoto yang pelik-pelik...dan macam-macam lagi la...dunia yang penuh dengan 'warnanya'....biar apa jua yang menjadi hobi kita asalkan aspek keselamatan diberikan keutamaan.

Saya kira cukup di sini dulu perkongsian mengenai minat dan hobi...jam pun sudah menunjukkan pukul 12.45 tengah malam...saya sudah kepenatan sebenarnya, tapi as usual, mata ini selalu sukar untuk dilelapkan...macamana agaknya tips yang perlu saya amalkan ya supaya saya dapat tidur awal pada setiap malam...nanti kita teroka ya....

Sebelum mengundurkan diri mari saya simpulkan sedikit mengenai minat dan hobi juga perkaitannya dengan keseimbangan kehidupan...pada saya semua orang perlu mempunyai hobi masing-masing. Mohon jangan disekat minat dan hobi kita...'layan saja'....layan berpada-pada sekadar untuk keseimbangan dalam kehidupan saja kerana minat dan hobi ini boleh membawa banyak manfaat kepada kita. 

Bagi mereka yang selama ini tidak mempunyai hobi, maka terokailah dan galilah minat dalam diri anda...layan la minat itu supaya nanti bisa memberikan rasa tenang dan damai kepada anda...ketenangan dan kedamaian yang diperoleh akan membawa kepada pemikiran yang lebih positif dan ini akan menjanjikan keharmonian dalam apa juga yang kita lakukan sama ada di rumah ataupun di tempat kerja. Semuanya ini nanti akan lebih membawa kecemerlangan dalam kehidupan. Mulai sekarang, hargailah minat dan hobi anda, kalau tiada, maka 'create' lah berdasarkan kecenderungan hati dan pemikiran kita...jangan terlewat, lakukan sekarang!

Seperti biasa, sebelum berakhir, saya memilih lagu ini untuk selingan sambil pembaca membaca tulisan ini...muzik latar la kiranya kan...



Salam Hormat
RZH












Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe