Skip to main content

Pendakian Bukit Broga, Semenyih



Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih, Selangor dan sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Bukit ini mempunyai ketinggian 400 meter dari paras laut. Bukit Broga juga dikenali sebagai Bukit Lalang kerana banyak rumput dan lalang yang tumbuh di kawasan ini. Kalau dari UKM, perjalanan ke Bukit Broga mengambil masa lebih kurang 30 minit. Bukit Broga terkenal dalam kalangan pendaki juga orang awam yang berminat dalam melakukan riadah dan rekreasi. Bukit Broga ini juga menjanjikan pemandangan dan panorama yang sangat cantik, terutamanya pemandangan melihat matahari terbit di puncak ini. Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Bukit ini juga merupakan awal pendakian untuk mendaki gunung Tok Wan.

Sebagai pembuka tirai tahun 2017 ini saya membawa staf ke Bukit Broga. Hasrat untuk membawa staf ke Broga ini sudah lama tersemat dalam hati, cuma kekangan waktu dan kesesuaian masa saja yang menjadikan ianya tertangguh dan tidak dapat dilaksanakan. Justeru, pada awal tahun ini, awal-awal lagi saya menyuarakan hasrat ini kepada staf dan nampak mereka gembira dan 'excited' untuk ke sana.

Makanya plan pun diatur dan tarikh ditetapkan iaitu pada 18 Februari 2017. Namun demikian, tarikh yang telah dirancang ini terpaksa ditangguhkan kerana bertembung dengan Pameran Program Pengajian yang perlu disertai di KLCC nanti. Justeru, program ini diawalkan seminggu, iaitu pada 11 Februari 2017.

Seawal 6.40 pagi saya dan semua staf yang dapat menyertai pendakian Broga telahpun berkumpul di perkarangan UKM-GSB. Seramai 16 orang dapat bersama untuk program pada kali ini termasuklah seorang Pensyarah dan 3 orang pelajar praktikum yang sedang membuat internship di UKM-GSB. Seawal pagi ni, alam masih gelap dan kelam...seperti biasa untuk program 'outdoor' begini Encik Safwan, Pegawai Pemasaran kami saya lantik sebagai ketua untuk Projek Broga ini.












Pukul 7.00 pagi bas bertolak ke Broga dan lebih kurang pukul 7.30 pagi kami sudah tiba di kawasan parkir Broga. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Bas memang tak dapat masuk ke parkir, jadi pemandu bas hanya drop kan kami di tepi jalan besar berdepan dengan kawasan lapang Broga ini. Kami membuat persiapan ringkas, mengagihkan barang makanan untuk alas perut, nasi lemak, sandwich dan air mineral kepada semua. Kemudiannya kami melakukan stretching dalam 10 minit, kemudian bergerak masuk ke dalam kawasan Broga menuju ke laluan pendakian yang ditetapkan. 















Aktiviti memanjat bukit ini adalah aktiviti lasak yang kedua bagi diri saya setelah sekian lama berehat daripada aktiviti bersukan ni. Aktiviti pertama yang dilakukan adalah 'Water Rafting dan Abseiling' di Gopeng pada akhir tahun yang lalu. Saya tidak pasti kemampuan stamina saya untuk memanjat sehingga ke puncak...yang saya pasti semangatnya memang tinggi untuk memastikan saya berjaya mendaki dan menawan puncak Broga!

Memanjat bukit juga adalah pengalaman pertama buat saya. Selama ini saya belum pernah lagi memanjat mana-mana bukit. Ada beberapa orang staf saya yang bersama sudah ada pengalaman memanjat Broga. Daripada pembacaan bog-blog yang saya buat, katanya trek ke Broga ini sudah semakin elok dan semakin mudah untuk pendakian...jadi sekurang-kurangnya bila mendapat info tentang ini semangat saya tidak lah padam....tidaklah rasa gerun sangat...hehe


Kami memulakan pendakian lebih kurang pukul 8.00 pagi. Beberapa keping gambar semasa kami baru memulakan perjalanan menuju ke pintu masuk di mana pendakian bermula di pintu gerbang itu.










Sebaik sahaja memasuki pintu gerbang ini, makanya pendakian ke kemuncak Broga bermula. secara peribadi, pada saya trek Broga ini memang tidak sukar sangat, okey saja sebenarnya, patut lah Broga ini dijadikan tempat rekreasi oleh keluarga, tidak kira kecil atau besar, ramai yang bawa anak-anak kecil mendaki bersama...hehe seriau juga sebenarnya saya melihat ada antara pendaki yang mendukung anak kecil, baby pun ada sambil depa naik bukit ni....aduhai...usah dibuat sebenarnya tinggi juga risiko yang diambil tu..biarlah anak besar sikit..atleast 7 tahun ke atas...sekadar pandangan saja...

Trek tu dah memang mudah...cumanya, hehehe...masalah pada saya adalah masalah stamina sahaja. Ya...sudah berapa lama saya tidak bersukan dan tidak buat exercise...rasa saya last saya bersukan adalah semasa zaman di belajar Universiti dulu...aduhai...25 tahun yang lampau....pernah main netball kakitangan semasa dalam alam bekerja ni, tapi itu sudah 15 tahun yang lalu...aduhai masa, begitu cepat berlalu...begitu pantas berlari.


Beberapa keping gambar sepanjang pendakian...































Setelah 40 minit pendakian, saya tiba di puncak 2. team yang lain dah lama sampai ke puncak 2...hehe rasa saya team lain boleh sampai dalam setengah jam sahaja..sebab semasa saya tiba di puncak 2 mereka sudah berada di puncak tiga, iaitu puncak paling tinggi untuk Bukit Broga. Saya dan Kak Fiza cukup di puncak 2 sahaja...next time la kita cuba hingga puncak 3....kamipun lepak-lepak dan melepaskan penat di puncak 2 ini sementara menunggu team yang lain turun dari puncak 3. Setelah lebih kurang sejam menghilangkan penat, maka bermula la 'acara' saya berselfie dan bergambar-gambar kenangan dengan alam yang cukup indah di puncak Broga. Memang cantik alam ciptaan Allah dilihat dari puncak Broga ini..subhanallah...











Lebih kurang sejam lebih bersantai di peak 2, maka team yang naik ke peak 3 telah turun dan menyertai saya dengan Kak Fiza. Makanya bermula 'acara' bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan...merakamkan gambar kenangan bersama...malangnya banner acara tertinggal dalam bas...aduhai...tak mengapa lah, nanti bergambar dengan banner di kaki bukit masa nak balik nanti selepas ambil banner dalam bas dulu.
























Melalui pembacaan blog-blog mereka yang arif tentang pendakian, salah satu tips yang sangat berguna untuk memberikan sokongan kepada kita semasa mendaki dan menuruni bukit adalah dengan penggunaan tongkat. Encik Husband pun dari awal telah mengingatkan saya tentang penggunaan tongkat ni...Encik Husband dah siapkan saya tongkat awal-awal lagi...hehehe. Memang betul tongkat ni sangat menyokong pergerakan kita...boleh support semasa naik dan semasa turun bukit...memang sangat membantu saya yang badan agak berat juga ni! Justeru, bagi pendaki yang baru nak berjinak2 dgn 'dunia pendakian' ini mmg sangat digalakkan untuk bawa tongkat. Tongkat2 ini juga ada dijual di kaki bukit semasa mula2 kita melewati laluan masuk menuju ke trek Broga. Saja ulang tayang semua gambar yang memegang tongkat ni...hehehe













Dalam pukul 11.00 pagi, kami memulakan pergerakan menuruni bukit...huhu masa turun dari peak 2 ke bawah, memang sangat curam dan licin juga...semuanya memilih untuk menggelongsor, maksudnya turun secara menggelongsor, tapi di bahagian ini sahaja sebab ianya sangat curam. Di bahagian lain, boleh turun melangkah macam biasa, cumanya perlu perlahan-lahan risau takut licin dan terpeleot...

Dalam 30 - 40 minit kami telah tiba di kaki bukit, di pintu gerbang semasa mula2 masuk tadi. Kami tidak melepaskan peluang untuk menikmati air kelapa di warung betul2 berdepan dengan pintu gerbang ini. Semasa naik tadi lagi terliur dengan air kelapa ni, tapi masa tu semangat mendaki sangat tinggi, jadi lupakan dulu bab air kelapa kat warung tu....Masa turun ni memang waktu yang terbaik untuk minum dan melepaskan lelah. Memang terbaik sekali air kelapanya, mungkin rasanya makin jadi sedap sebab kami semua memang kehausan sebaik turun daripada puncak...dengan rasanya yang sejuk dan nyaman....rasa manis air kelapa ini...aduhai sungguh nikmat sekali membasahi tekak...






Selepas 15 minit berehat dan membasah tekak dengan air kelapa ni, kami menyambung perjalanan menuju ke kawasan parkir, bas telahpun sedia menunggu kerana janjinya pukul 11.30 pagi...tapi kami tiba di bawah, sudah pukul 12.00 tengah hari...Kami mencuri masa untuk bergambar sekejap dengan banner yang tertinggal tadi dan telah diambil dari dalam bas. Bergambar di kawasan parkir sahaja la...hihi







Tepat jam 12.00 tengah hari, kami bertolak balik ke UKM. Perjalanan balik ni terasa sekejap pulak..entah mengapa saya pun tiada jawapan, dlm 20 minit perjalanan, bas telapun melewati kajang utama..dlm hati saya tedetik.."eh cepatnya, dah sampai sini". Kami singgah makan tengah hari di Restoran Nasi Arab di Jalan Reko yang telahpun ditempah awal. Masing-masing menikmati makan tengah hari dengan begitu berselera sekali...saya sendiripun tak pernah pula merasai nikmat makan nasi arah sesedap seperti yang dirasai pada hari ini, sedangkan sebelum ini selalu juga dah makan nasi arab ni...hehe saya tahu rahsianya kenapa...sebab kami semua sebenarnya sudah 'kelaparan' selepas selesai pendakian, itu yang menjadikan nasi arab hari tu rasanya lebih sedap daripada biasa...aduhai....









Saya juga ingin berkongsi beberapa tips lain selain daripada penggunaan tongkat yang lebih memudahkan...antara tips yang mungkin boleh dijadikan panduan adalah:

1. Pakai pakaian dan kasut yang sesuai. Tshirt yang menyerap peluh dan kasut yang mencengkam supaya kita tidak mudah licin.
2. Bawa air yang mencukupi, atleast dua botol. Elok bawa air isotonik satu botol. Sebab kat puncak nanti agak panas dan kita keletihan dan perlukan tenaga segera... tahap dahaga kita lebih nanti.
3. Bawa coklat untuk dimakan sambil2 mendaki. Coklat ni pembekal tenaga dan mudah dipegang dan dimakan.
4. Tuala kecil untuk lap peluh. Huru hara juga peluh keluar, tak selesa nak dilap dengan lengan baju kita sebab lengan baju pun basah juga.
5. Minyak angin kot2 pening di pertengahan pendakian.
6. Sedikit Biskut dan roti bentuk bun.
7. Gula2 atau chewing gum
8. Buat strecthing masa nak naik dan masa turun juga. Selalunya masa dah turun orang dah terlupa buat.
9. Ambil gambar byk2..semua momen yang indah perlu dirakam..jgn mls nak bergambar, semua itu adalah kenangan dan memori yang dipahatkan sebagai sejarah..gambar2 yang indah boleh meningkatkan tahap motivasi diri dan memberikan rasa gembira.



Setakat ini dulu perkongsian saya tentang program Broga...bagi mereka yang ingin menikmati keindahan Broga, saya sangat alu-alukan..letak tepi dulu rasa takut dan gerun...lalui dulu pengalaman sendiri, maka kita akan tahu di mana kita boleh dan di mana kita tak boleh...pengalaman sendiri lebih bermakna untuk kita kongsi dengan orang lain kerana kita sendiri telapun melaluinya. Lagi satu, pengalaman sendiri juga akan menjadikan kita lebih yakin dan lebih berani lagi untuk mengulanginya lagi pada suatu waktu yang mengizinkan nanti...hehe...bila tu tak pasti....saya pasti semua orang boleh melakukannya, yang penting ada kemahuan dan semangat yang tinggi!


Saya tinggalkan dengan lagu ini...Saleem "Noktah Cinta Bisu"





Salam Hormat
RZH























Comments

  1. Kenapa ketinggian diambil kira dari paras laut ye? Kalau ikut yg sbnr brapa je tinggi bukit Broga? Sbb Sy tgk mana2 page atau blog mesti tulis dari paras laut. Tp ada bukit yg tidak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe