Skip to main content

Meraikan Hari Jadi Sahabat Baik Geng di UPM...

Saya mengenali Mazrah Yunus, atau saya panggil dia Maz semasa dalam pengajian Master in Corporate Communication di UPM. Semasa mula-mula jumpa, Maz bekerja di Bahagian PRO di UNITEN. Sepanjang pengajian, kami bersama dalam kuliah, study sama2, cari bahan sama2, buat assignments, presentation dan sebagainya dalam melalui kehidupan sebagai pelajar selama setahun setengah di Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden di UPM. Cukup indah saat itu sebenarnya...bila dikenang, terasa ingin kembali semula ke masa itu...namun prinsip masa, sudah pasti apa yang telah berlalu tidak mungkin kembali lagi, hanya kenangan sahaja yang boleh kembali dalam ingatan...

Mengenali Maz, secara peribadi dia seorang yang sangat baik dan terlalu caring orangnya. Maz sentiasa mengambil berat tentang kawan-kawannya, suka membantu dan menawarkan pertolongan, sentiasa bertanya kaba, cuba menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh kawan-kawannya. Maz juga suka masak, sesekali dia akan bawa ayam masak merahnya ke kuliah..semasa rehat maka kamipun dijamunya dengan ayam masak merahnya...memang sedap! sehingga sekarang teringat pasal ayam masak merah Maz ni. Bab makan2 ni mmg win dan jadi satu kenangan..kami selalu buat potluck sebenarnya...

Satu lagi tentang maz yang semua kawan-kawan tak boleh lupa adalah, Maz ni suka hulur gula-gula, tisu...tidak kira la tisu basah atau kering...hehehe...selalunya sambil2 dalam perbincangan atau masa nak mula makan, Maz akan hulurkan gula2 atau tisu dengan tiba2...setiap kali mas hulur gula2 kita semua mesti kena ambik okehh, sebab mas mmg beria menghulur, jadi kami mesti tunjukkan yang kami really appreciate that...hehehe...

Sambil-sambil menulis ni, meh kita dengar lagu kenangan sambil2 ya...semua lagu-lagu Saleem ni memang satu kenangan kepada saya...chemistry sangat rasa dengan lagu-lagu dia...lirik atau melodinya...memang terbaik! Lagu ni tak ada kaitan dgn citer celebration ni yer, hanya sekadar lagu yang saya suka.


Begitu cepat masa berlalu, sudah hampir tujuh tahun rupanya kami menjadi sahabat...bermula pada Julai 2010 sehingga kini...Julai 2017 nanti, maka genaplah 7 tahun persabahatan ini. Selain Maz, geng rapat saya semasa di UPM yang sentiasa bersama dalam menghadapi suka-duka sebagai pelajar adalah Siti (Ada dalam gambar bawah sekali yang saya selitkan), Hisham (ada dalam gambar), Nisa (tiada dalam gambar), Mazlinda, Nida, dan beberapa orang lagi.

Mengenang kembali kenangan semasa pengajian di UPM, memang seronok. Pengajian kami tidak lah begitu mudah...agak sukar sebenarnya terutamanya bab-bab assignments yang memang kena buat 'seterbaik mungkin' sebab nak kejar tahap cemerlang... Kena baca banyak jurnal komunikasi, secara terus terang terlalu banyak cabaran yang perlu ditempuh, dalam apa jua yang dilakukan geng kami sering bersama...selalu keluar mengeteh bersama sambil2 berbincang tentang study dan opkos assignments...berbincang ttg apa saja termasuk soal kehidupan...

Kembali kepada sambutan birthday ni, geng kami sehingga kini masih setia meraikan hari jadi kawan2 walaupun sekadar mengeteh...sekurang-kurangnya itu tanda menghargai persahabatan yang terjalin dan memberikan tanda bahawa ikatan persahabatan terus dihargai dan kami saling mengingati. Walaupun kini, masing-masing sibuk dengan kerja dan tidak selalu berjumpa, namun sekurang-kurang pada hari jadi sahabat2, kami cuba luangkan masa bersama.

Paling saya tabik spring adalah Hisham la, dia mmg akan ingat dan akan wish semua kawan baik dia..wish pula mmg sgt touching...wish betul2 tepat jam 12.00 mlm..mmg sgt salute pada dia..jarang dpt sahabat begini tau...

Semalam, sebenarnya tanpa dirancang kami berjumpa..dirancang dalam beberapa jam sebelum sahaja...hehehe..walaupun sekejap berjumpa namun amat bermakna...short but sweet...we had a good time!

Selalunya kalau sebelum sebelum ni beria merancang tapi asyik cancel last minute...huhu...kali ni main redah without plan..menjadi pula...mmg awesome la...

Maz, selamat hari lahir dari kami, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik oleh Allah dan dipermudahkan Allah dunia dan di akhirat. Saya sentiasa doakan Maz sentiasa bahagia dalam kehidupan..jgn fikir too much..dont overthinking...positif saja...insha Allah hidup akan sentiasa ceria. Semoga persahabatan kita ini kekal ke jannah...

Antara beberapa gambar kenangan yang dapat kami rakamkan semasa pertemuan singkat semalam...



















Sekian dulu coretan santai meraikan sahabat baik...

Salam hormat
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe