Skip to main content

Water Rafting di Gopeng... Suatu Pengalaman Baharu

 
Mood untuk menulis ada..makanya sepanjang berada dalam bas, saya menulis.

Hari ini, 14 Oktober 2016, tibalah masanya untuk program outdoor di Gopeng, program pembangunan latihan buat staf. Sebenarnya sudah lama program ini dirancang, namun kesibukan dan kekangan masa menjadikan ianya tertangguh sehinggalah ke penghujung tahun. Namun tak mengapa, asalkan ia dapat direalitikan juga dalam tahun ini, maka masih okey la. 

Kami bertolak pada pukul 3.30 petang dari pejabat, masih dalam waktu bertolak seperti yang dirancang. Pukul 5.30 petang kami singgah di Hentian Tanjung Malim. Kemudian pada pukul 6.00 petang, bas meneruskan perjalanan ke Gopeng. Kami perlu sampai sebelum malam di Gopeng, kerana nanti dari tol Gopeng, kami perlu menukar kenderaan..naik van dan lori mengangkut yang disediakan oleh pihak Chalet penginapan.

Tepat 6.40 petang kami memasuki sempadan Tapah. Masa dah macam suntuk...dan saya dapat merasakan kelajuan bas pun sudah meningkat....uuuu bila bas mula bawa laju, saya memang mula seram...tapi buat-buat relax saja....Hari sudah nampak semakin gelap...kot manapun kami perlu sampai di tempat yang dijanjikan sebelum malam menjelma.

Alhamdulillah...dalam bas hati saya tak rasa 'gundah gulana' sangat...rasanya sudah 16 tahun saya tak naik bas, sama ada perjalanan dekat atau perjalanan jauh...ini kali pertama selepas sekian lama. Kalau ada pun mungkin dua tiga kali urusan rasmi dlm kawasan UKM sahaja...bila dah naik...ermmm hilang rasa fobia takut naik bas...maknanya boleh la kalau nak pilih bas untuk ke Hatyai selepas ni...nanti share rasa ini dgn Mr. Husband...hehehe...rehat dan santai saja dalam bas ni...boleh rest...siap boleh menulis blog lagi ni. Kalau pembaca nak tahu, saya menulis entri ni masa saya dalam perjalanan ya...best juga pengalaman ini.

Pukul 6.55 petang kami melewati Hentian Tapah. Kami memutuskan untuk tidak singgah minum di sini seperti plan awal. Ini kerana semasa melewati kawasan sini, memang dah masuk waktu malam. Kami sampai tempat van dan lori menunggu dalam pukul 7.40 mlm...memang dah gelap.  Saya dan dua orang staf lagi naik van, dan staf yang lain memilih untuk naik lori, nak rasa lebih 'adventure' kata staf. Perjalanan selama lebih kurang 20 minit. Buat pertama kali kami sampai di sini..van meredah kepekatan malam tanpa ada lampu jalan di kiri kanan, laluan sangat sempit, van bergesel dengan daun-daun dan ranting2 kecil pokok2 di kiri kanan jalan...Hadoiya...rasa risau juga keadaan jalan yang sempit dan tidak rata, melantun-lantun kami di dalamnya. Saya minta Driver van bawa perlahan sedikit sebab risau juga laju-laju sangat, karang terbabas langar pokok pulak....manalah tahu kan, malang tu tidak berbau...hehehe. Driver van ni orang Filipina, boleh faham Bahasa Melayu sikit-sikit. Jadinya, kami memilih bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan dia...lebih mudah sikit. Dia memang dah biasa dengan kawasan ni, ya la tempat dia bekerja dah hampir lima tahun, masalahnya kami ni, yang baru pertama kali melalui jalan macam gitu...wehhh, ngeri juga...ngeri dengan jalannya yang gelap gelita dan tidak rata...sempit 'huru-hara'....hehehhe...Kami sampai di Riverbug lebih kurang pukul 8.00 malam.

Urusan check-in memang sangat mudah, staf mereka dah sediakan awal-awal lagi kunci bilik untuk 'team' kami. Mereka terus serah semua kunci dan staf in-charge  kami mengagihkannya kepada kami semua sambil-sambil nak menikmati Dinner yang telah disiapkan. Tidak banyak pun bilik yang kami tempah, kami cuma ada 19 orang sahaja yang dapat bersama, dua bilik berdua (walaupun salah satu bilik duduk seorang), tiga bilik berempat dan satu bilik berlapan (walaupun duduk berlima saja). 

Selepas menikmati Dinner, taklimat ringkas diberikan untuk program esok. Esok pagi, semua diminta turun breakfast pada pukul 8.00 pagi, dan pukul 9.00 pagi akan terus bertolak untuk Program 'Waterfall Abseiling' dulu dalam lebih kurang satu setengah jam, dan seterusnya ke Program 'Water Rafting' untuk lebih kurang dua jam setengah (7 km perjalanan). Waterfall Abseiling adalah aktiviti menuruni air terjun yang laju dengan berpijakkan dinding batu yang sangat licin, dengan langkah perlahan sambil air terjun yang deras itu jatuh ke badan kita....manakala water rafting ni pula aktiviti berakit dalam air jeram, melalui batu-batu jeram yang menambahkan cabaran dalam perjalanan. Kumpulan untuk Water Rafting dibahagikan siap-siap oleh team kami sendiri. Saya minta Penyelaras program untuk bahagikan kumpulan mengikut justifikasi bersesuaian. Kami ada empat kumpulan kesemuanya.

keesokan paginya, pada awal pagi lagi saya dah sedar...dalam pukul 5.50 pagi lebih kurang. Mandi dan menunaikan solat subuh. Kemudiannya bersenggang senggang sekejap sementara menunggu cerah sedikit. Tiba2 tepat jam 7.00 pagi, semua bekalan elektrik dipadamkan...Allah...terkejut saya...rupa2nya memang chalet ni stopkan bekalan letrik mulai 7.00 pagi hingga 7.00 petang agaknya...depa rupanya guna generator untuk bekalan elektrik...OMG!

Jam 7.30 pagi, saya keluar dari bilik. Rupa-rupanya dah ada beberapa staf yang dah menikmati keindahan air jeram. Air jeram ni betul2 mengalir depan chalet kami, dalam jarak kira2 10 langkah saja dari chalet...Subhanallah, sangat cantik alam semulajadi ciptaan Allah...saya kongsikan beberapa gambar ya...sekadar berkongsi kecantikan milik Dia...











Lebih kurang pukul 8.00 pagi, kami semua sama-sama bersarapan pagi mengikut menu yang disediakan oleh pihak chalet. Kemudiannya kami diberikan taklimat keselamatan oleh kakitangan chalet yang akan mengendalikan 'water rafting' dan 'waterfall abseiling' team kami nanti. Kami dimaklumkan tentang aspek keselamatan, juga tentang masa yang akan diambil untuk kedua-dua aktiviti. Taklimat ini perlu betul-betul diberikan perhatian agar nanti sebarang kemungkinan risiko yang mungkin berlaku dapat diminimumkan. Bagi aktiviti waterfall abseiling, ia memerlukan lebih kurang satu jam setengah ke dua jam, manakala bagi aktiviti water rafting pula, ianya memerlukan lebih kurang 3 jam.

Bagi staf yang tidak membawa kasut yang sesuai, maka khidmat sewaan kasut disediakan oleh chalet dengan bayaran RM5 sepasang. Kasut yang sesuai adalah kasut dari jenis getah. Aktiviti akan dimulakan dulu dengan waterfall abseiling. Kami perlu naik ke atas bukit dengan lori, perjalanan lebih kurang 30 minit dari chalet. Hehe pengalaman pertama untuk kami semua naik lori beramai-ramai...memang teruja dan satu pengalaman yang menarik...jarang-jarang ditemui sebenarnya, maka kami semua betul-betul menikmati pengalaman ini yang boleh dikira agak mencabar juga....enjoy!













Dalam setengah jam perjalanan, kami sampai ke destinasi pertama di Ulu Geruntum, untuk aktiviti waterfall abseiling. Sepanjang perjalanan ke puncak atas ni, ermmmm menyeramkan juga lah jalannya. Pemandu lori bawa lori agak laju...dia tidak merasa gerun sebab dah terlalu biasa dengan jalan di sana, tapi kami ni agak rasa gerun jugak la sebab di sebelah kiri jalan tu gaung, dan di sebelah kanan pula bukit...jalanpun agak berliku juga. Masa kenderaan berselisih dengan kenderaan lain...Allah seram juga... kami semua macam seriau juga...ada yang menjerit, dan ada yang hanya mampu berpandangan sesama sendiri sahaja...hanya mata yang berbicara...hahahaha....jalan sempit, muat-muat dua lori aje bila berselisih wehhh...aduhai....











Sebelah saya ni lah yang saya lantik sebagai Penyelaras sepanjang program di Gopeng....
memang terbaik sebagai Penyelaras!





Kami bergambar kenangan sebelum meninggalkan Ulu Geruntum ini....
Entri ini sebenarnya saya tulis sejak 14 Oktober lagi tapi tak sempat disiapkan penulisannya kerana banyak urusan lain yang perlu didahulukan dulu. Petang ini, 23 Oktober di hujung minggu saya menyambung kembali penulisan ini kerana ada sedikit sahaja lagi untuk dihabiskan. 

Hampir dua jam juga kami semua melakukan aktiviti 'waterfall abseiling' ini. Best juga aktiviti ini sebenarnya, walaupun secara logiknya memang sangat merbahaya, air jeram memang laju, dan batunya sangat licin dan curam...memang perlu betul-betul fokus, dan kaki mesti pandai digerakkan perlahan-lahan. Tahap keselamatan mesti tip top, langsung tak boleh tersilap, ikatan tali dan sebagainya lagi. Pada permulaannya saja agak rasa takut dan seram...tapi selepas cuba yang pertama, mesti excited untuk ulang lagi. Ada sebahagian daripada kami sampai tiga kali buat, dan majoritinya buat dua kali. Saya buat sekali saja...cukup la...hehehe. Cumanya, yang penting dalam program lasak sebegini, tahap keyakinan dalam diri mesti tinggi..yakin kita boleh buat, makanya pasti kita boleh!

Dalam 11.30 pagi, kami semua bergerak meninggalkan lokasi waterfall abseiling dan bergerak turun menujuk ke check point untuk water rafting pula. dalam 15 minit kami sampai di check point ini. Kami disambut dan diagihkan dengan tiga barang bagi setiap seorang, iaitu, jaket keselamatan, topi keselamatan, dan pendayung. Kami kemudiannya diberikan taklimat keselamatan. Taklimat ini perlu diberikan perhatian dengan baik dan tidak boleh diambil acuh tak acuh kerana taklimat yang diberikan ini penting untuk dipraktikkan/digunakan di saat berlaku kecemasan.

Program pun bermula, dan setiap kumpulan yang telah diagihkan awal perlu mengangkat bot masing-masing menuju ke jeram, dalam tujuh lapan minit perjalanan sampai di jeram...uuuuu berat juga bot tu, dalam 50, 60 kg juga katanya....setiap kumpulan ahlinya dalam 4 dan 5 orang. Haha..boleh tahan la juga memikulnya...






 

Bila sampai di jeram...bot ditolak masuk ke dalam air...hati mula excited...best juga berakit ni sebenarnya. Pada permulaan kami dibiasakan dulu dengan kemungkinan bot terbalik..haha memang bot kami diterbalikkan betul..aduhaiiii basah kuyup la kami semua jatuh dlm air...depa ni saja jer nak suruh kami basah dulu, al-maklumlah program ni program dalam air...kalau badan tak basah, apa kerlasss kan....hahaha....kami dibenarkan main-main dalam air dulu lebih kurang dalam 10 minit sebelum semuanya berkayak menyusuri jeram dalam perjalanan lebih kurang dua jam setengah....melalui cabaran jeram yang boleh tahan mencabar juga...ada kawasan jeram yg agak berliku sikit...semuanya kena redah, kawasan air cetek, kawasan air laju...kawasan air dalam...ada masa bila melalui kawsan yang sangat cetek airnya dan banyak batu-batunya, maka bot berkenaan perlu ditolak, dua tiga orang ahli kami kena turun dulu dari bot bagi meringankan sedikit bebanan bot....semuanya ini perlu dilalui untuk tiba ke destinasi, iaitu tempat chalet penginapan kami.

Perkataan yang merupakan kata kunci yang digunakan dan diajar kepada kami adalah, bila tukang pandu kami sebut perkataan ini maka apa yang kami perlu buat dengan serta merta adalah:
"Forward" - maka perlu kayuh ke belakang dan bot bergerak ke depan.
"Backward" - maka perlu kayuh ke depan, bot bergerak ke belakang
"Bum Bum" - semua perlu masukkan badan dlm bot. Ini dilakukan di kawasan yg bahaya, yang jeramnya curam dan air laju. Bagi mengelakkan terjatuh dlm air.
"stop" - berhenti kayuh
(ada satu lagi kata kuncinya...dah saya lupa pulak...aduhaiii...kismis oh kismis...)

Bagi merakamkan gambar perjalanan sepanjang berwater rafting ni, jangan risau bagi yang tak bawa atau tak ada kamera Go-pro tu, pihak resort ada menyediakan cameraman mereka...nanti bayar saja kepada mereka, RM200 untuk 260 keping gambar. Semua gambar sepanjang perjalanan tu ada. Cantik2 semuanya....memang terbaik! Masing2 dibenarkan bawa hand phone tapi kena masuk dalam beg kalis air..namun for sure kita tak berani bawa hand phone..risau kot tenggelam dlm air nanti...drpd nak bergambar, citer lain pulak jadinya...tak payah la, biar lah guna khidmat mereka saja, gambar pun cantik2, puas hati.

Selepas melalui dan meredah cabaran berakit lebih kurang dua jam setengah, kami tiba di destinasi, which is chalet penginapan kami dalam pukul 2.30 petang..bermula di starting point tadi dalam pukul 12.00 tengah hari. Saya sertakan beberapa keping gambar masa berakit ya...














Secara terus terang memang pengalaman ini sangat menyeronokkan. Aktiviti ini sangat menguji kekuatan fizikal dan mental juga keteguhan team work antara kami semua. Dalam cabaran yang ditempuhi, kerja secara berpasukan sangat penting, kesetiaan dan fokus kita dalam mendengar dan mematuhi setiap arahan yang diberikan juga penting untuk memastikan 'bahtera' dapat dikemudikan dengan baik untuk menuju matlamatnya. Kesabaran dan kestabilan emosi serta sikap tenang juga penting dalam menyelesaikan masalah dan menghadapi cabaran yang dilalui. 

Begitu juga lah dalam organisasi, bagi mencapai matlamat organisasi maka kita sebagai ahli yang mendokong organisasi itu perlulah sentiasa mempunyai ciri diri yang sentiasa positif, saling bekerjasama antara satu sama lain, dan sentiasa bersedia dalam segala aspek. Kesetiaan dan fokus kita dalam menerima arahan arahan juga penting. Kesemua ini penting bagi memastikan semua urusan dalam organisasi dapat berjalan dengan lancar bagi mencapai matlamat yang diharapkan

Semoga program sebegini dapat meningkatkan motivasi semua kakitangan dalam memberikan yang terbaik kepada organisasi. Program ini juga dapat melatih dan memberi peluang kepada kakitangan dalam aspek kepimpinan, di mana mereka mendapat peluang untuk menyerlahkan bakat kepimpinan yang ada. Mereka yang diberikan tugas untuk menguruskan aktiviti ini secara tidak langsung juga dapat dibimbing bagaimana mengurus program dengan lebih baik. Program ini juga dapat mengeratkan lagi kemesraan dan jaringan hubungan antara sesama staf dan ini penting bagi meningkatkan lagi motivasi untuk saling bekerjasama dalam kerja seharian di pejabat.

Program sebegini juga secara tidak langsung merupakan bentuk penghargaan kepada semua kakitangan atas kerja keras dan komitmen tinggi yang mereka berikan kepada organisasi. Sangat berbaloi Pengurusan memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk aktiviti2 luar kepada kakitangan, mungkin dua kali dalam setahun. Untuk pakej ini, kos yang dikenakan adalah sebanyak RM400 seorang untuk penginapan 2 hari 1 malam, makan minum 4 kali, dan dua aktiviti. Tkasih kepada Dekan UKM-GSB, Dr. Zaher Zain yang sentiasa menggalakkan dan memberikan sokongan penuh kepada aktiviti2 staf sebegini.

Selepas semua aktiviti selesai dijalankan, kami semua bersiap2 untuk bergerak pulang. Kami meninggalkan resort ini dalam pukul 5.00 petang. Kami sampai di Bangi pada pukul 8.00 malam, lebih kurang 3 jam perjalanan. Alhamdulillah...semuanya berakhir dengan baik dan seperti dirancangkan. Semua gembira dengan pengalaman baharu ini. 

Sekian dulu perkongsian saya mengenai aktiviti ini, semoga bermanfaat buat yang sudi membaca dan serba sedikit dapat memberikan info kepada yang berhasrat untuk mengikuti program-program sebegini.


Salam Hormat,
RZH














Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe