Skip to main content

Roti Goreng Gebu Gebas









Pagi ni saya ingin berkongsi resepi roti goreng yang lembut dan sangat gebu gebas. Saya memang suka makan roti atau donut yang lembut. Masa zaman kecik di kampung kat Kelate bonda mek saya selalu buat roti ni, tapi bonda mek buat inti kelapa campur hijau pandan...memang sangat sedap...saya memang suka inti kelapa ni, aduhai malas la pulak nak kena masak inti kelapanya dulu....jadinya kita buat inti yang boleh beli terus di kedai bakeri aje la yer...

Kadang2 roti yang kita beli di kedai tak berapa nak menepati cita rasa kita kan...makanya kena la buat sendiri bila ada kesempatan masa. Malangnya di kawasan tempat saya tinggal ni tak ada orang yang jual roti goreng buatan sendiri macam gini....ermmmm....tak mengapa lah....btw, Buat roti atau donut ni..ia menggunakan adunan yang sama.

Bercakap tentang donut ni, dulu saya suka sangat makan donut di cafe sebelah PTM. Cafe ni kat tempat kerja saya. Sanggup nak pergi cafe tu hanya semata-mata nak makan donut nya...tapi kini, dan sejak setahun sebenarnya...entah kenapa donut yang begitu sedap, lembut dan gebu gebas itu sudah tidak dijual lagi...hadoiyaaaa...hilanglah satu tempat saya nak makan donut sedap...setiap kali datang saya tanya donut tu...setiap kali itu juga pekerja nya jawab "dah tak ada"...akhirnya saya tidak bertanya lagi..'Donut itu tinggal kenangan saja'....

Sejak beberapa hari lepas saya memang teringat dan teringin sangat nak makan donut atau roti goreng ala Kelate..yang lembut dan sedap...sebenarnya teringat roti yang bonda mek saya buat....bonda mek selalunya buat roti kukus....memang sedap giler...tapi apakan daya, jauh bebenar pula di Kelate sana....tak apa bila free nanti saya boleh balik sekejap. sudah pasti area rumah saya ni tak ada yang jual donut atau roti goreng gebu gebas seperti yang saya hajati ini...kot mana pun gayanya macam kena buat sendiri la kan...

Kebetulan hari ni hari minggu dan saya tak ada plan apa2...untuk keluar jalan2 rasanya jauh sekali sebab kat luar sana sangat panas cuacanya...tak berbaloi rasanya nak keluar...penat dan berpeluh2 huru hara nanti....sayapun mula la pasang niat nak buat roti ni...

Apa lagi, masuk dapur dan tengok barang2 yg ada...gandum memang confirm ada..stok gandum mmg mesti kena selalu ada kat rumah..mcm2 saya nak buat dgn gandum ni, cekodok pisang la, cekodok bawang la, buat cuci ikan atau ayam la (bagi hilangkan bau hanyir ikan atau bau ayam), cookies la, dan macam-macam lagi....jadinya ia mesti kena selalu ada kat rumah..

Intai mauripan..ohh ada lagi dlm peti sejuk...tinggal separuh..molek sekali sebab saya pun nak guna separuh aje...susu manis..dah tentu la ada...

Alamakkkk...margerin yg tak ada pula...yang ada dlm bekas ni expired la pulokkk..adussss..makanya kena minta bantuan Mr. Husband keluar pi kedai sat beli...nasib baik la bab2 canggini Mr. Husband sgt memahami cik wifenya yang suka sangat 'berkarya' dan berkreatif 'tak tentu pasal' nak buat itu ini......hihihi

Okey mari kita mulakan dengan bahan2nya ya...Allahuakbar...sangat mudah sekali bahan2nya...resepi ni saya dapat dari Facebook ya...cuma saya ubah suai sikit ikut yang biasa saya buat. Saya mencubanya dan memang menjadi sangat...tkasih kepada tuan empunya asal resepi ya..tak dpt nak quote nama sbb ianya di kongsi di FB cam gitu saja...

Roti ni saya buat manual ya...ada bread maker kat stor tu...tapi...ermmmm malas la saya ber bread maker bagai...buat pun sikit saja..jadi uli sendiri saja...lagipun resepi ni tak perlu uli lama pun...memang terbaik!

Bahan-bahan:

1. Gandum 1/2 kg (boleh dpt 20 biji)
2. Yis mauripan setengah peket
3. Susu manis 3 sudu
4. Gula 2 sudu besar
5. Margerin planta 3 sudu
6. Garam satu sudu kecil
7. Air suam satu gelas
8. Telur sebiji (tapi untuk yang kali ni saya tak taruk)

Cara-cara:

1. Air suam segelas dibahagi dua. Setengah air suam tu, larutkan gula dulu dan masukkan yis. Kacau sebati dan biarkan untuk 20 minit. Jangan lebih ya..kalau terlebih lama nanti roti memang akan naik tinggi, tapi lepas tu turun balik. Setengah lagi tu, masukkan susu dan garam..kacau sebati dan ketepikan dulu.

2. Dalam bekas lain. Masukkan gandum dan margerin. Gaulkan dengan hujung jari sehingga sebati dan halus adunannya. Kemudian masukkan air bancuhan susu dan garam tadi, juga yis yg sedang mengembang dan berbuih tadi...saya masukkan sekali keduanya, kemudian gaulkan sebati sehingga tak melekat di jari kita, lebih kurang dalam 10 minit saja. Semasa proses ini kalau nak uli lebih pun lagi baik...tapi kalau tak nak uli pun tak mengapa, rotinya nanti memang akan lembut.

3. Ketepikan dalam 30 minit. Tutup dengan kain basah. Biar adunan tu naik dalam dua kali ganda.

4. Selepas 30 minit, tumbuk2 sikit adunan tu untuk mengeluarkan angin atau udara yang terperangkap. Kemudian uli sekejap dlm 10 minit. Kalau rajin, nak uli lebih pun lagi baik.

5. Selepas tu, boleh la mula membentuknya..sama ada nak jadikan donut atau roti. Kalau nak buat roti, boleh masukkan apa saja intinya yang disukai, coklat, boleh guna beryls yg bentuk duit syiling tu ya, cheddar cheese pun boleh, kacang hitam, kelapa, kaya, atau kosong saja...saya suka kosong saja...hehe. sebab mudah nanti saya nak cicah dgn kari atau nak makan terus macam tu saja. Selepas dibentukkan, biarkan dalam 20 minit sebelum ianya boleh digoreng.

Secara terus terang, roti ni memang sedap bila dimakan, terutamanya masa panas panas tu..perghhhh memang terbaik..terasa nikmat sedapnya itu...rasa garing2 tu campur dgn kelembutan dan kegebuan teksturnya...sangat sukar dilupakan...hihihi..


Roti yang telah digoreng dan sedia untuk dinikmati....

Oleh kerana membuat roti ni kena ikut mood, makanya saya frozenkan sedikit lebihan roti yang dibuat hari ni, mudah bila saya rasa teringin nanti, boleh digoreng terus...hehehe. Untuk roti ni dijadikan frozen, tak susah sangat, just goreng sekejap saja sekadar untuk matikan yis nya sahaja. kemudian sejukkan dan bolehlah disimpan dalam tupper ware untuk dibekukan dalam peti sejuk ya.

Doh selepas diuli dan dibiarkan 30 minit naik sekali ganda

Inti kacang hitam yang telah saya bulat-bulatkan kecil
mengikut saiz roti yang nak dibentuk ya...
Proses roti sedang digoreng. Api mesti sangat perlahan, guna api paling kecil ya...
kalau tidak nanti roti tak masak di bahagian tengahnya

Doh yang telah dibentukkan dan dimasukkan inti

Sebahagian roti yang digoreng sekejap saja untuk dibeku sejukkan

Yis tadi kena jadi macam gini ya..berbuih ..
kalau tak jadi macam gini, makanya roti kita tak akan jadi elok

Tips:


1. Yis berbentuk butiran (contohnya jenis mauripan), perlulah dilarutkan dulu dalam air suam dan gula sehingga berlakukanya proses fermentasi sebelum digaul bersama tepung gandum. Yis ini berfungsi untuk mengembangkan doh..atau untuk bagi doh naik...

2. Jangan sesekali campurkan garam bersama yis bagi tujuan proses fermentasi kerana garam ini akan membantut keaktifan dan mematikan yis, garam dimasukkan selepas yis diadun dengan bahan-bahan lain, begitu juga dengan mentega yang bergaram ya.

Okey sekian dulu perkongsian dari saya...selamat mencuba buat semua...


Salam Hormat,
RZH

Comments

  1. Terimakasih Puan Roha, saya cuba buat resepi doh roti pelbagai.. ermmm.

    ReplyDelete
  2. Jazaakillahu khairan kathira, puan. Alhamdulillah, menjadi.

    ReplyDelete
  3. Salam. Trima ksih share resepi ni. Sy ikut alhamdulillah menjadi. Sdp sgt².

    ReplyDelete
  4. Tkasih buat semua yang sudi singgah di blog anggerikdesa dan mencuba resepi yang dikongsikan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe