Skip to main content

Ramadan Datang Lagi...1446H

Ramadan datang lagi...alhamdulillah masih Allah pilih untuk melalui bulan yang mulia ini. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur...ada sahabat2 kita yang sudah dijemput pada tahun lalu...

Genap pusingan masa 360 hari kini ia kembali lagi. Alhamdulillah masih Allah beri izin bertemu lagi dengan Ramadan 1446H tahun 2025 ini.

Last year Ramadan rasanya baru semalam. Cepat betul masa berlalu...pada setiap penutup Ramadan...memang akan sentiasa ditutup dengan satu penulisan menyatakan tentang Ramadan akan pergi dan insyaAllah bertemu lagi pada Ramadan akan datang..rupanya kini (saat menulis ni) dah tiba tahun depan yang dimaksudkan itu...dan alhamdulillah Allah masih panjangkan umur untuk melalui Ramadan pada kali. 

Semoga Ramadan tahun ini akan lebih baik daripada tahun2 yang telah berlalu. InsyaAllah...

Doa seikhlasnya agar Allah berikan kekutan, kesihatan dan keinsafan yang tinggi kepada kita agar Ramadan pada kali ini dapat kita melakukan ibadah dengan baik, rajin, ikhlas dan dihindari daripada sifat malas.

Moga dapat kita mengejar pahala maksimal dengan mengerjakan segala yang wajib dan yang sunat.

Jom kita pahat dalam diri beberapa amalan yang perlu kita istiqomah (bukan setakat bulan Ramadan) tapi sebenarnya pada bulan2 yang lain juga.

1. Mengerjakan solat sunat Tarawih tanpa meninggalkannya. Bagi yang lelaki rajinkan diri dan lawan perasaan malas..pergi solat terawih di masjid atas surau/musolla/madrasah. Bagi yang wanita seeloknya di rumah, walau bagaimanapun bergantung kepada keadaan dan kesesuaian.

2. Membaca Al-Quran. Embaca Quran ni adalah amalan rutin kita. Cumanya masa bulan Ramadan, kita pertingkatkan lagi untuk merebut pahala Allah yang lebih besar di bulan mulia ini. Buatlah pembahagiaan juz...tadarus keluarga. Bahagikan juz mengikut bilangan ahli keluarga dan bacalah dengan istiqomah...selepas setiap solat dan paling lama masa untuk kita baca adalah di antara waktu slps sahur dengan menunggu waktu azan masuk. Sebaik selepas bersahur, terus bersedia untik menunggu masuknya waktu subuh..dan bacalah Quran...antara masa ini sangat damai..suasana di awal pagi yang masih sejuk, sunyi dan sepi dari hiruk pikuk itu ini. Antara masa ini insyaAllah akan dapat selesaikan bacaan dalam 10 muka surat...dah dpt satu juz sebenarnya. Istiqomah untuk baca..jangan malas..lawan nafsu malas tu..

3. Banyakkan dan pertingkatkan zikir kepada Allah. Ini juga merupakan amalan rutin kita. Buar zikir itu selalu di mulut dan di hati kita sehingga menjadi darah daging...blend elok dalam diri kita.

4. Amalkan berbuka dan bersahur dengan makanan yang sihat..kurangkan gula. Jaga kesihatan kita. Pada bulan puasa inilah kita merehatkan perut kita...membuat "pemutihan" dan dengan kata lain mengeluarkan toksik2 dlm badan yang sekian lama berkumpul...insyaAllah cara ini dapat menghindari atau merawat penyakit2 kita yg ada dlm badan.

5. Banyakkan bersedekah. Sedekah yang ikhlas. Banyak atau sikit itu bukan isunya...yang penting buat..dan istiqomah! Hulur dan kongsi2 jyadah berbuka dengan jiran2 antara contoh...

6. Banyakkan buat solat malam..tahajud secara istiqomah jika selama ini kita tidak istiqomah. Ibadah di bulan Ramadan ini akan mendidik kita ke arah yang lebih baik sebagai hamba Allah. Bulan puasa adalah bulan yang sangat baik untuk mendidik hati.

7. Jaga lisan..jaga lidah...berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata2. Bimbing diri untuk bercakap benda2 yang baik sahaja..jika ada terdetik benda2 tak elok..maka lebih baik kunci mulut..diam.

8. Banyakkan membaca atau membuat revision buku2 tentang agama...tentang kewajipan berpuasa, tentang sejarah nabi2 dan sebagainya lagi supaya kita sentiasa refresh diri dgn info2 yang wajib kita tahu dan kita ingat sbg hamba Allah.

Ini lah serba sedikit amalan yang boleh kita buat sepanjang bulan Ramadan. Jangan lepaskan peluang ini kerana kita adalah insan yang bertuah kerana masih dipilih untuk melalui Ramadan kali ini dengan Allah panjangkan umur kita...jangan lupa panjatkan rasa syukur kepada Allah atas nikmatnya.

Salam hormat,

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke...