Skip to main content

Silent Treatment...😉

Last penulisan pada 22 Julai...pagi ini 7 Ogos, 2 minggu tak sempat singgah di blog..banyak hal yang berlaku dan terkejar2 rasa...bercampur pula hal kesihatan melamar manja..hmmmm..penat sangat agaknya. Tapi so far okey semua...masih dlm kawalan.

Pagi ni tersedar lebih awal drpd biasa...byk hal dlm minda..susun dan keluarkan satu persatu..di permulaan tadi lakukan tanggungjawab rutin seperti biasa...perkara kedua wajib juga ni..bancuh coffee...aroma dan rasa memberi energy yang berbeza...menikmati secawan coffee di awal pagi yang sunyi sepi ni memang indah juga nikmatnya tu....gituuuu...

Sekian lama nak menulis tentang "Silent Treatment" tapi sentiasa tertangguh...okey pagi ni kita kongsikan cket berkaitan silent treatment ini...sejak hampir 10 tahun saya mempraktikkan silent treatment ini..di permulaan on and off kemenjadiannya..tetapi lama-kelamaan kita semakin pandai dan selesa menggunakan kaedah silent treatment ni dan sejak lima tahun lepas saya merasakan kaedah silent treatment ini sudah blend dengan diri saya dan dia menjadi salah satu ciri dalam diri.

Apa agaknya maksud di sebalik Silent Treatment ini?

Silent Treatment merupakan satu bentuk perilaku atau perbuatan di mana seseorang itu mengabaikan (Ignore) atau menolak (Refuse) untuk berkomunikasi dengan orang lain sebagai cara untuk menunjukkan ketidakpuasan, marah atau mengawal situasi...kebiasaannya silent treatment ni banyak berlaku atas hal personal...atas hal profesional ada juga berlaku, namun pada saya ianya hanya mengikut kes bersesuaian saja. Dalam konteks profesional, ia agak berbeza cket....

Silent Treatment ini sering dianggap sebagai bentuk manipulasi emosi atau perilaku pasif-agresif di mana individu yang melakukan silent treatment ini mungkin berharap orang lain akan memahami kesalahan mereka atau merasa bersalah tanpa perlu kesalahan itu, atau perasaan juga pemikiran orang yang melakukan silent treatment itu diperjelaskan atau dimaklumkan secara direct....hmmmm mmg sukar la juga orang yg buat kesalahan tu nak faham sebab terlalu broad bendanya tu..cuma saya percaya "ikatan batin" yang kuat akan mengambil tempat di sini...telepati sampai tu..org yang berbuat salah tu pasti merasa tak senang ataupun dia mungkin tahu yg ada sesuatu yg tak kena berkait dgn dirinya. Gituuuu.

Kesan drpd silent treatment ni sebenarnya agak besar sebab, ia boleh merosakkan komunikasi dan perhubungan, juga memberi kesan kepada hati dan perasaan. Menyebabkan rasa stress, emosi terganggu, kebingungan, keliru, dan ketegangan dalam hubungan.

Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu memilih silent treatment:

1. Malas dan penat nak bising2 atau nak menghuraikan...jadi memilih diam sehingga hati dan perasaannya kembali reda dan back to normal.

2. Memilih untuk terlalu menjaga hati dan perasaan orang dan tidak ingin melukakan hati orang dengan teguran atau sikap terus terang..sudahnya dia redha redah dan telan sendiri sakitnya di permulaan tu sehinggalah rasa sakit tu reda dan konflik berakhir.

3. Menghindari konflik yang lebih besar. Jadi memilih diam lebih baik. Seseorang mungkin memilih silent treatment untuk menghindari konfrontasi langsung atau mungkin mencari jalan menenangkan diri sebelum menghadapi situasi yg sukar. Jika dalam tempoh tertentu kaedah silent treatment ini berjaya, maka kes akan selesai begitu saja....jika tak selesai juga, akan proceed sesuatu ke level berikutnya...tapi normally orang yang memilih silent treatment ni memang dia akan diam sampai sudah....dia hang mcm gitu aje sehingga hatinya dah tawar habis...sudah pasti dalam tempoh diam tu banyak cabaran hati yang akan dilalui..kuat ataupun tidak saja...untuk kuat, dalaman diri mesti kuat..kalau tidak, jangan bercakap tentang silent treatment...

4. Bagi tujuan mengontrol situasi. Silent treatment ni dapat digunakan sebagai suatu kaedah untuk mengawal atau memanipulasi perilaku orang lain, membuat mereka rasa bersalah dan cemas. Membiarkan mereka dalam keadaan tertanya-tanya...mengapa tiba2 senyap, mengapa tiba2 lain..mengapa dan mengapa....bagi kes yang tidak besar....biasanya situasi dah dapat dikontrol..bila hati orang yang melakukan silent treatment okey, maka situasi tegang juga akan berakhir...sbb silent treatment ni adalah perbuatan diam sediam2nya, jadi orang sekeliling tidak tahu puncanya...semua orang tak tahu marah siapa....sehinggalah orang yg melakukan silent treatment tu kembali normal..then semua akan kembali okey. Tiada siapa yang akan tersinggung atau berkecil hati sebab mereka tak tahupun punca orang tu marah....

5. Bagi tujuan menghukum orang lain secara diam tapi berkesan..hukuman emosi namanya ni. Hukuman emosi ni sebenarnya lagi sakit sebab kita hang atau gantung orang tanpa diperjelaskan apa kesalahan mereka...hmmmm RZH suka sgt yang ni sebab dia kalau marah yang melibatkan hati dan perasaan memang jenis tak suka confront...memilih diam dulu untuk redakan dulu rasa marah atau kecewa...bila dah okey, then tutup kes...tak perlu diperjelaskan lagi. Jika tak okey juga, dan perkara tu adalah dlm haknya...dia akan memilih next level, iaitu berbincang.

6. Kadang2 apa yang menjadi kemarahan tu bukan hak mutlak untuk marah...tapi perbuatan itu memberikan kesan pada hati..maka kaedah silent treatment juga akan dipilih...sehingga tahap marah reda dan rasa terluka hilang dengan sendirinya.

7. Memilih silent treatment juga disebabkan oleh seseorang itu ingin melihat ke dalam dirinya dulu untuk penambahbaikan. Sebelum dia confront dan keadaan menjadi lagi teruk, dia memilih untuk merenung dan memperbaiki diri dulu..jadi dia memilih diam supaya tiada hati ya g terluka dan dalam tempoh berdiam diri tu dia kenalpasti mungkin itu kesilapan dirinya dan bukan kesilapan orang lain...then settle.

8. Memilih silent treatment juga merupakan satu terapi...malah ia merupakan the best therapy bagi orang yang menyukai konsep ini. Pada saya, ya betul ia adalah suatu terapi yang cukup baik untuk diri...kita boleh kawal diri, boleh muhasabah diri, boleh betulkan diri dan mungkin dalam masa yang sama orang yang melakukan silent treatment ni rasa win bila orang yang telah melukai hatinya tu menjadi kebingungan dan keliru dok mencari punca marah..mereka tertanya2 mengapa, mengapa dan mengapa..dan akhirnya bila situasi dah pulih seperti sedia kala... pertanyaan itu berakhir tanpa jawapan 

Rasanya setakat ini dulu perkongsian ringkas tentang silent treatment...sekadar memahami apa konsepnya saja.....atleast kalau sekeliling kita ada yang buat perilaku mcm gini..maka kita faham bahawa ia adalah silent treatment.

Salam pagi...

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton