Skip to main content

Ujian itu Anugerah...

Sesuatu yang berlaku itu ada hikmah Allah yang tersembunyi..anggap ia sbg hikmah...tersembunyi rahsia Allah di sebaliknya.

Jalan terus dan harungi dengan redha dan sabar.

Semua yang berlaku adalah rencana Allah.

Kadang2 kita tak sedar apa yg Allah rencanakan itu adalah yang terbaik buat kita.

Istigfar dan ucapkan alhamdulillah dan melangkah la seperti biasa.

Hati yg rasa kecewa itu biasa...lama2 nanti akan hilang..cuma ia perlukan masa saja.

Berikan masa kepada diri untuk adapt sesuatu yang tak biasa...mindset kita kena fikir bahawa lama2 nanti yang tak biasa tu jadi biasa. Hati dan perasaan perlu beri sokongan kepada seluruh anggota kita untuk kita kuat berhadapan dengan satu2 ujian.

Kdg2 berlaku benda yang kita langsung tak fikir akan berlaku...

Tak apa la..redha dan pasrah...lalui aje. Benda dah mmg berlaku...bukan boleh delete atau reverse...jadi hadap dgn penuh bijaksana.

Ada org kata benda simple jangan di complicated kan...haaa gitu...tarik nafas dalam2 dan hembuskan keluar umpama semua kekusutan itu kita hembus keluar dari badan kita...

Hati dan minda mesti kuat dan kental. Bila diuji, ingat selalu bahawa itu adalah asam garam dalam kehidupan...jangan rasa down atau give up. Setiap kali diuji, ingat bahawa Allah sedang menyusun yang terbaik buat kita...maka lalui dengan sabar dan ikhlaskan diri....redha dan mula senyum kembali...haaaa..gituuuuu.

InsyaAllah semuanya akan okay okay...

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton