Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2024

Bercerita Tentang Perkataan "Kembe Tekok"...

Sekadar singgah sat sambil melayan mata nak lelap Lunch time time tadi keluar mkn dengan team...bercerita hal macam2... Terkeluar la satu term "Kembe tekok" dari salah seorang dari kami...our Designer. Saya terkedu sat bila dengar term tu dari dia...saya berbisik di hati "owhh dah lama saya tak dgr term ni"...lama juga dah tinggalkan negeri Che Siti Wan Kembang...jadi jarang dgr doh ore sebut term ni...terus set di mind.."boleh la jadi content di blog" Terus terimbau term "kembe tekok" ni selalu digunakan oleh ore kelate termasuk saya juga..cuma bila dah lama berada di perantauan langsung terlupa kewujudan term ni sehinggalah saya mendengar Mr. Designer menyebutnya .. Haaaa gitu..kemahhhh...banyak term kelate dia wak tubik...ambo pulok hok sero heran dia blh tahu byk term kelate...padahal tidak membesar di kelate... Orait jom kita cerita apakah maksud di sebalik term "kembe tekok" ni...sebutannya meme "kembe tekok" deh...jange

Aura Diri dan kepentingannya...

Apa itu aura diri... Aura diri adalah energi yang dipancarkan oleh seseorang, yang dapat mempengaruhi suasana sekitar dan cara orang lain merasakan atau menginterpretasikan dirinya.  Aura yang tinggi ni adalah berkait dengan karakteristik positif seperti kebaikan, kedamaian, keberanian, dan kepercayaan diri,  keperibadian, emosi, dan mindset seseorang. Aura yang tinggi dapat mempengaruhi interaksi sosial dan hubungan dengan orang lain.  Aura diri yang positif biasanya membuat orang merasa nyaman dan tertarik kepada seseorang, sementara aura diri yang negatif atau tidak menyenangkan dapat membuat orang merasa tidak nyaman  justeru menjauhi seseorang. Orang yang memiliki aura tinggi cenderung lebih mudah menarik perhatian, rasa hormat, dan kebaikan dari orang lain. Berikut adalah beberapa manfaat memiliki aura yang tinggi: 1. Menarik energi positif: Aura yang tinggi cenderung menarik energi positif dan menciptakan suasana yang menyenangkan di sekitar seseorang. 2. Meningkatkan daya tarik

Dah kenapa...Uncertainty?

Dah kenapa... Entah la..tak ada jawapan..uncertainty... Kadang2 dalam rutin hidup kita ni macam2 hal kita kena hadap... Kena selesai...bila nak selesaikan kena cari punca..bila dpt puncanya baru boleh cari solusinya. Setiap perkara yang kita tak tahu punca penyebab sudah pasti kita tak dpt cari solusi yang tepat. Bila berlaku uncertainty...apa perlu kita buat. Cuba tips ni: 1. Recall apa yang berlaku itu dan cuba cari clue nya. 2. Jika tiada apa2 yang kita jumpa, makanya hantar mesej kepada diri...ignore saja. 3. Jika rasa dlm diri masih belum settle down...instinct kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena.. 4. Renung kembali ke dalam diri...buat scanning, istigfar sebanyaknya dan doa pada Allah supaya memberikan kita petunjuk. 5. Jika masih resah juga...buat solat taubat..solat hajat dan doa...insyaAllah, hijab Allah bukakan... Uncertainty dalam diri tidak boleh bertamu lama dalam diri kita...ia boleh menyerap gelombang positif kita...gelombang negatif akan lebih banyak akan memusnah

Budi Bicara Dalam Peraturan...

Last entri pada 10 Jun... Begitu la masa ni..cepat sangat berlalu..rupanya sudah hampir 10 hari tak sempat berkarya... Malam ni luangkan masa sekejap ...sekadar say hai kat blog. Badan penat tu memang dah tentu penat la, tapi since baru selesai menyiapkan satu report, makanya intai la sekejap di sini..sekadar menitip sesuatu yang lalu di fikiran. Satu perkongsian menarik yang ingin saya share dalam keterbatasan masa ni...(Sebab dah ngantuk ni sebenarnya)..hehe Perkongsian tentang satu term ini... "Ada budi bicara dalam peraturan" Apa agaknya maksud atau perkara yang tersirat di sebalik kata2 ini. Kata2 ini saya belajar dari salah seorang boss dulu...sekarang beliau dah pencen, namun statement ini walaupun telah hampir 20 tahun lalu saya mendengarnya...sehingga kini masih segar di ingatan saya dan bukan sekadar di ingatan tapi saya memang kebetulannya telah praktikkan dalam kepimpinan saya sejak awal bekerja lagi. Dalam bekerja atau dalam dunia kerjaya kita memang semuanya ada

Rasa Selesa itu Indah...

Dalam hidup ni kita akan jumpa pelbagai ragam manusia. Ada yang buat kita selesa dan ada yang tidak. Bila jumpa yang kita rasa selesa akan membuat hidup kita rasa tenang, nyaman dan bahagia. Bila ini berlaku apa jua yang kita lakukan tingkat suksesnya pasti hebat... Rasa happy boleh membuatkan kita sentiasa cergas, tangkas dan bersemangat dalam melakukan apa jua tugasan. Agile orang jawa kata...bila agile semua benda jadi bereh cepat...rasa happy juga akan meningkatkan semangat kita..mmg bombastik la hasilnya...haaaa gituuuu. Selesa ni punyai pelbagai makna...kita selesa dengan seseorang mungkin kerana personalitinya, sikapnya, penampilannya, gaya komunikasinya, tutur kata dsbnya. Terkadang kita suka pemikirannya....apapun bila kita rasa selesa, maksudnya seseorang itu membahagiakan kita. Namun bila kita tak happy...Allahhhh mcm2 hal tak kena aje la jadinya...bosan, buntu, malas, hilang mood dan macam2 lagi...Bila ini terjadi, habis la...beri kesan kepada segalanya...punah habih. Dalam

Marah!

Menahan marah tu sakit! Belajar menahan marah tanpa hati sendiri rasa sakit tu adalah ilmu yang tinggi. Kebanyakannya menahan marah dengan memilih melukai hati sendiri...supaya tiada hati orang sekeliling terluka. Menahan marah...ramai yg mampu...tapi menahan marah tanpa hati rasa sakit tanpa hati rasa terluka...yang ni mmg susah...hampir semua orang tak mampu....sakit di dlm tu hanya Allah yang tahu...masa sakit tu terlupa sekejap untuk beristigfar...walhal kalau marah tu betul2 di puncak paling tinggi...beristigfar akan mampu meruntuhkan rasa marah tu... Tak semua rasa kita boleh kongsikan dgn orang..ada sbhgn rasa yang kita perlu telan sendiri...tak dpt share sebab bimbang org akan salah faham...miscommunication pulak...sudahnya hadap la sendiri. Ini yang sakitnya... Haaaa...masa kena hadap ni la menjadikan muka kita kelat...tegang...muram...tak ceria...masam mencuka dan macam2 reaksi wajah...masa ni kalau ambik gambar pun..mmg tentu kena delete gambar tu...hilang semua perangai cer

Bahagia itu Bukan Payah...

Mengenali seorang yang baik akan memberikan vibes yang positif kepada diri kita. Vibes positif ini akan buat kita rasa bahagia dan senang. Sebenarnya, tidak semua kita ditakdirkan bertemu dengan orang yang baik. Jadi jika kita orangnya yang dipilih oleh Allah untuk bertemu dengan orang yang baik maka hargailah dan raikan lah. Sebab bila dah terlepas nanti sukar untuk mendapatkannya kembali. Justeru, tunjukkan kita menghargai dia dan selesa dengan kehadirannya dalam hidup kita. Pamerkan kita rasa senang dan selesa dgn adanya dia...haaaa gituuuu. Seorang yang baik ini pada definisi umum adalah seorang yang membuat kita rasa selesa, rasa bahagia, gembira dan rasa diri dihormati dan dihargai. Dalam masa yang sama dia memiliki perwatakan yang baik...memahami, concern, cakna dan alert...pendek kata pakej yang cukup lengkap la dengan budi bahasa dan perangai yang elok. Orang yang baik ni adalah orang yang elok luar dan dalam....jujur dan ikhlas....dalaman dan luaran sama hebat...itulah helokk