Skip to main content

Pentingnya Hormon Bahagia Untuk Kesihatan Emosi...

Hormon ini penting untuk menjaga kesihatan emosi.

Justeru, buatlah sesuatu yang menggembirakan dan membahagiakan kita bagi memastikan hormon-hormon bahagia dan happy sentiasa ada dalam diri kita.
Bila kita bahagia dan happy, seluruh anggota kita juga akan memberikan kerjasama yang baik kepada kita, emosi jadi elok, terhindar daripada penyakit, awet muda dan jiwa tenang. 

Di dalam otak kita ini terdapat empat hormon yang akan membuat kita rasa bahagia. Keempat-empat hormon ini berfungsi untuk menjaga kestabilan emosi seseorang. 

Jom kita kenali secara ringkas, hormon-hormon yang akan dirembeskan oleh otak apabila kita melakukan akitiviti-aktiviti yang menggembirakan:

1. Hormon Endorfin - Hormon ini dihasilkan oleh kalenjar pituitari. Sejenis Kalenjar berukuran kecil yang berada di dalam otak. Hormon ini akan dialirkan ke seluruh badan kita melalui sistem saraf. Contoh aktiviti: Berkebun, kerap ketawa Dan makan coklat 

2. Hormon Dopamin - Hormon ini adalah sejenis hormon gembira yang dilepaskan apabila kita melakukan meditation, exercise dan shopping.

3. Hormon Oksitosin - Hormon ini disebut sebagai hormon cinta kerana ia berkait dengan perasaan, cinta, kasih sayang dan emosi yang baik. Contoh aktiviti yang akan menghasilkan hormon ini adalah apabila kita bersama dengan orang yang kita sayang, memeluk binatang peliharaan juga berbagi hadiah boleh merembeskan hormon Oksitosin ini.

4. Hormon Serotonin - Hormon yang dapat membuat perasaan menjadi stabil dan bahagia. Serotonin ini berfungsi untuk komunikasi antara sel di dalam otak. Hormon ini memberikan kesan kepada seluruh badan. Serotonin ini akan membantu tidur, makan dan pencernaan. Antara cara merangsang otak untuk menghasilkan hormon serotonin adalah, bersyukur atau menulis artikel yang membuat kita rasa happy, berjemur di bawah matahari, dan makan makanan yang kaya dengan Triptofan seperti telur, kacang dan produk daripada tenusu dan berurut (Massage).

Dikatakan hormon Endorfin adalah hormon yang paling kuat sekali dalam tubuh badan seseorang sehingga ia boleh bertindak sebagai pain killer di dalam badan. Maksudnya hormon ini boleh menyembuhkan apa2 emosi dan perasaan negatif dalam badan kita. Ia dalah penguat untuk imunisasi kita (Meningkatkan respon imun tubuh).

Kehadiran hormon ini adalah sangat penting kepada tubuh kita. Ia memiliki peranan yang sangat penting kepada diri kita di mana dengan ada hormon bahagia ini akan membuatkan kita rasa bahagia dan menjadikan mood kita lebih baik.

Begitu la serba sedikit yang kita perlu tahu tentang empat jenis hormon yang penting dalam tubuh kita. Cari la aktiviti yang merembeskan keempat-empat hormon ini untuk kestabilan emosi dan kesejahteraan kehidupan kita. 

Nak awet Muda...jom jaga hormon dalam tubuh kita...hehe..itu lah antara petua awet muda selain beberapa yang lain...gituuuu...

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...